Belum pun tahu berjalan tapi sudah pandai meluncur atas air! Di Amerika Syarikat, terdapat seorang bayi perempuan yang bernama Zyla yang baru berumur 6 bulan dan 27 hari, mampu meluncur air sejauh 200 meter dengan penuh tenang.
Dia bukan sahaja menjadi sangat popular dan sangat diminati di kalangan netizen, malah dia telah berjaya memecah rekod dalam Rekod Sedunia Guiness Book yang menjadi peluncur air yang paling muda di dunia.
Ibu bapa Zyla kedua-duanya memang merupakan peluncur air yang mahir,mereka membawa Zyla ke Tasik Silverton yang terletak di Florida untuk membuat percubaan.
Berdasarkan video, Zyla berpakaian jaket keselamatan yang berwarna merah ungu, kelihatan berdiri atas papan peluncuran yang bersaiz kecil dan kedua belah tangan berpegang pada pemegang mendatar, meluncur di atas permukaan tasik dengan kadar kelajuan 11km per jam.
Dalam proses meluncur, bayi tersebut pernah pegang pemegang mendatar hanya dengan menggunakan satu tangan sahaja dan kelihatan tetap dalam keadaan yang cukup tenang dan relaks.
Setiap jarak akan terdapat pengawal keselamatan untuk melindunginya dan mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku ke atas bayi tersebut.- CARI