CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aries_642003

♣ Geng Puchong ♣

  [Copy link]
Post time 30-5-2012 01:52 PM | Show all posts
Reply 1618# TUKANGKEBUN

wah menariknya....brp rate nak maen mende semua tuh???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 04:03 PM | Show all posts
Reply 1617# TUKANGKEBUN


    tak penah try lagik tp ada gak lar nampak dari rumah...lokasi tmpt ni ngan rumah tak jauh...bukak pintu pun dah nampak lombong ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 09:53 AM | Show all posts
Reply 1620# Farahnas.Irina


    aku nak adu kat Kem Hal Ehwal Pengguna.

    penuh gambar mkn %$#@$&

    x sensitif & peka dgn, org islam
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 09:55 AM | Show all posts
Reply 1622# sfhzuraz

aku pernah ternmpk iklan dia, siap menang award lg,

tp gi kat tempak tu nenguk cam x laku je

sbb mahei sngt kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 10:07 AM | Show all posts
Reply 1610# sfhzuraz


2 hari lepas mak iouls ngan adik pi tukar ic kat jpn putrajaya...dia pi awal pagi kononnya nak beratur... tp dia kata beratur sgt lah sekejap sbb byk kaunter open...
kalau dia taw dtg lambat pon x per...

mengikut laporan mak iouls tukar ic kat putrajaya 1 hari dah siap...
buat pagi then exec. kaunter jpn ckp ptg boleh dtg amik...
tapi mak iouls malas dia pi amik esok nya...

bagus gaks servis JPN putrajaya nih...
dah byk improvement...
thumbs up utk JPN putrajaya kerna berkerja ngan penuh efficient...


kalau servis bagus camnih leh la iouls buat ic n renew passport skalik kat putrajaya on the same day...
sesambil nunggu passport siap renew leh gaks pekene roti canai ka pi alamanda window shopping...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 10:08 AM | Show all posts
Reply 1623# TUKANGKEBUN

sokong sajork...teruskan niat murni mu ittew...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2012 12:11 PM | Show all posts
Reply 1625# Farahnas.Irina

selalu renew pasport kat Kelana Jaya, tapi kena dtg pagi2 le

dlm 45 minit dah siap, sbb org x ramai, lg pun tempat ni ke dlm sikit
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 12:14 PM | Show all posts
semlm baru aku cite, hari ni dah kuar kat KOSMO



AWSV perkampungan sukan air lengkap

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


--------------------------------------------------------------------------------



TATKALA diberitahu salah satu tentatif program Splash and Fun 2012 anjuran Tourism Malaysia Selangor (TM Selangor) baru-baru ini merupakan lawatan ke sebuah tapak bekas lombong bijih timah di Puchong, penulis sedikit hairan.

Mengapa dalam banyak-banyak lokasi pelancongan di Selangor, lokasi yang terletak Taman Tasik Prima itu yang dipilih? Apakah keistimewaannya?

Keterujaan untuk membongkar misterinya menyebabkan penulis merasakan bas yang membawa rombongan terdiri daripada wakil media, penulis blog pelancongan dan wakil agensi pelancongan bergerak terlalu perlahan, sedangkan jarak dari Shah Alam ke Puchong hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.

Bas yang dinaiki hanya berhenti tatkala melewati sebuah kawasan perumahan yang sedang rancak dalam pembinaan. Di hadapannya terbentang luas sebuah tasik yang dikatakan antara yang terbesar di Puchong.

“Ok, kita akan turun di sini sebelum menyeberangi tasik dengan menaiki bot. Anda semua diminta berhati-hati dan sentiasa memakai jaket keselamatan,” beritahu seorang kakitangan TM Selangor yang turut mengikuti lawatan itu.

Peserta-peserta kemudiannya dibawa ke sebuah kawasan lapang menghadap persekitaran tasik seluas kira-kira 81 hektar.


“Selamat datang ke Asian Water Sports Village (AWSV). Macam mana pengalaman menaiki bot tadi, seronok?” sapa Ketua Pegawai Esekutif AWSV, Yong Chen Hui, tatkala menyambut ketibaan para peserta.

Chen Hui berkata, tapak bekas lombong bijih timah itu dipilih kerana kedudukannya yang strategik dan tidak jauh dari Lembah Klang.

“Pada asalnya, lokasi ini merupakan tempat saya melepaskan gian bermain jet ski bersama rakan-rakan, lagi pun ia terletak tidak jauh dari rumah saya di Taman Tasik Prima.


PELBAGAI permainan sukan air yang lasak, esktrem dan jarang ditemui di negara ini menanti pengunjung di AWSV.

--------------------------------------------------------------------------------


“Lama-lama saya terfikir, mengapa ia tidak dikomersialkan untuk aktiviti sukan air seperti yang sering ditemui beberapa pusat peranginan terkenal seperti di Port Dickson, Batu Feringgi atau Pulau Langkawi,” ceritanya yang memberitahu lokasi itu juga popular dalam kalangan kaki-kaki pancing.

Bermodalkan RM500,000, Chen Hui berjaya merealisasikan impiannya untuk membuka sebuah pusat riadah sukan air di Lembah Klang.

Dibuka secara rasmi pada 1 Mei lalu, AWSV menawarkan pelbagai pilihan sukan air kepada pengunjung yang sentiasa dahagakan debaran adrenalin dan ekstrem.

Tambah Chen Hui, antara permainan yang disediakan ialah jet ski, banana boat, kayak selain beberapa permainan sukan air ekstrem yang jarang ditemui di negara ini seperti storm, turbo blast dan evo pro yang diimport dari Amerika Syarikat.

“Di sini, pengunjung boleh bermain apa sahaja tanpa had mengikut pakej-pakej yang disediakan iaitu sesi pagi, sesi tengah hari atau sesi petang.

“Pada masa hadapan, kami merancang untuk menambah beberapa permainan baharu yang lebih ekstrem seperti pro X2, aquafly, thermo 3, r3 dan r4 serta aktiviti menyelam dalam tasik,” katanya.

Pantai buatan

Umpama sebuah pantai buatan, AWSV dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gazebo, kios, tandas awam dan kerusi rehat.

Ketika ini katanya, pengunjung hanya dibenarkan mengakses lokasi itu dengan menaiki bot yang disediakan oleh pihak pengurusan AWSV.

“Ia secara tidak langsung memberikan pengunjung lebih privasi untuk melakukan pelbagai aktiviti lain seperti berkelah atau barbeku bersama teman atau keluarga,” ujarnya yang turut menawarkan pakej khas bagi tujuan itu.

Jelas Chen Hui, pengunjung tidak perlu bimbang mengenai keselamatan kerana semua aktiviti yang disediakan di situ telah diuji dan disahkan selamat.


PENGUNJUNG perlu menaiki bot yang mengambil masa kira-kira lima mnit perjalanan sebelum tiba di AWSV.

--------------------------------------------------------------------------------


Katanya, di samping itu pengunjung juga turut dilindungi insurans di samping kehadiran beberapa kakitangan terlatih yang sentiasa memantau sekiranya berlaku kecemasan.

“Kami amat bertegas dalam soal keselamatan. Pengunjung diwajibkan memakai jaket keselamatan setiap kali berada di atas air di samping mengikut arahan-arahan yang ditetapkan,” ujarnya.

Seorang peserta, Nur Syamimie Ahmad, mengakui cukup teruja saat pertama kali berkunjung ke AWSV.

Berasal dari Kapar, Klang, gadis berusia 22 tahun itu berkata, sebelum ini aktiviti sedemikian hanya terbatas di kawasan pantai semata-mata.

“Saya pernah menaiki jet ski dan banana bot ketika berkunjung ke Port Dickson beberapa tahun lalu.

“Bagaimanapun, AWSV agak berbeza kerana beroperasi di kawasan tasik yang terbentang luas berbanding kawasan pantai yang sentiasa sesak dengan pengunjung dan pastinya sentiasa terdedah kepada risiko,” katanya.

Katanya, pengunjung boleh memilih untuk bermain permainan sukan air biasa seperti banana boat atau kayak sehinggalah ke permainan yang lebih ekstrem seperti storm dan turbo blast.

Jelasnya, pengalaman bergerak di atas tiub pada kelajuan pada kelajuan tinggi sememangnya sukar diungkapkan dengan kata-kata.


KAWASAN tasik yang luas dan tidak sesak seperti di kawasan pantai membolehkan pengunjung menikmati pelbagai permainan sukan air yang disediakan sepuas-puasnya.

--------------------------------------------------------------------------------


“Hentaman pada permukaan air tasik menyebabkan badan terlambung-lambung, percikan air yang mengenai muka pula dirasakan seperti tusukan jarum, namun peliknya semua kesakitan itu mengundang keseronokan sebaik sahaja ia berakhir.

“Ia bukan sekadar aktiviti lasak semata-mata, sebaliknya direka untuk turut menguji keberanian dan keyakinan diri seseorang di samping satu jalan mudah untuk melepaskan tekanan,” katanya.

Sementara itu, Nurul Izzati Roslan, 24, berkata, dia tidak menyangka tapak bekas lombong bijih timah itu mampu dikomersialkan menjadi salah sebuah destinasi pelancongan dan aktiviti riadah sukan air popular di Selangor.

“Kedudukannya yang strategik di Puchong memudahkan pengunjung menikmati aktiviti lasak dan ekstrem dalam suasana penuh privasi,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2012 12:33 PM | Show all posts
* aku terjumpa dlm 1 blog, korang dah try lum

Beger Bakar Kaw Kaw...

Sapa dah pernah mkn beger bakar ni...aku dah byk kali tgk blog review pasal ni..sampai masuk JJCM kan ari tu...mmg teringin tp nak g tu jauh sgt ke Wangsa Maju nun....

Ari tu sembang2 dgn huby citer pasal beger bakar dgn beger besar kt Shah Alam tu...sekali smlm rajin lak huby google...sblm tu pernah nampak cousin post kt FB yg kt Puchong ada buka gak beger bakar ni..so google mmg cfrm kt Puchong dah buka cawangan dia....so kiranya dah ada 2 tmpt la Beger Bakar ni..1st kt Wangsa Maju..yang terbaru kt Puchong...


Landmark ke Beger Bakar Puchong senang je...cari Puchong Utama nanti nampak Carrefour...nanti cari papan tanda Lokas Makana...so ikut je papan tanda tu jumpa la foodcourt Lokas Makana tu...
[img][/img]


Dlm foodcourt ni nampak la gerai Beger Bakar Kaw Kaw tu ;) ....



Kitaorg sampai pukul 6.20pm...ingat yg duduk kt kerusi tu menunggu order diorg...rupa-rupanya diorg buka kul 6.45pm..so yg menunggu duduk kt kerusi tu rupanya menunggu kedai buka...adoiii so terpaksa la duduk dulu...tp yg tak bestnya yg mana datang lambat dh tau yg kt kerusi tu menunggu dgn selamber je diorg menunggu kt kaunter order tu...last2 kami2 yg dtg awal ni terpaksa berbaris belakang2....



Daging beger yang sentiasa di masak...mmg pantas je abis...org sentiasa ada menunggu....




Ini rege setiap jenis beger...


Beger yang kami order...ambil yg triple set...ingatkan cukup...rupanya tak cukup huhuhu...danish atas ayah bwah..ibu dpt daging je...mana aci...so tak puas ati aku lak baris utk order lagi...daging dia mmg sedap tak hingat...masa taip ni pun terbayang2 lagi...



Tp order kali ke-2 tapau je bawa blk..dh nak dekat maghrib takkan nak melepak lagi kt situ...tp lagi puas kali ambil single ni sorang satu...saja je ambil triple nk tgk ketinggian dia...lepas ni g lagi ambik single je 3 set lagi puas hati tak berebut2 hehehehe...


Next time nak cuba Beger besar kt Shah Alam lak...huby dh plan nak g sana pulak ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 01:10 PM | Show all posts
Reply 1629# TUKANGKEBUN

macit penah pegi nak beli bege bakor ritu...dtg kol 9... tp org tuh siap ckp dah habis...
hampeh jer...


last last iouls layan mcD jaah kat puchong prima...
cepat dan murah gitew...
hak hak hak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 02:46 PM | Show all posts
Reply 1630# Farahnas.Irina


    nnti dah try, bg tau ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 03:59 PM | Show all posts
Reply 1631# TUKANGKEBUN

insyaallah.... kut ku rajin nak tunggu...hek hek hek...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 04:19 PM | Show all posts
Reply 1624# TUKANGKEBUN


ye ker menang award...?

biasanya nampak aktiviti kt lombong tu petang sabtu n ahad...hari lain takde pape lar..lori jer lar skrg ni dok sedut pasir...abis berdebu area rumah....dari segi harga tak tau lar pulak...sb memang tak penah pun nk jejak kt lombong tu...kalo nk tau kt lombong tu dah ada beberapa kes orang mati lemas sebelum ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 04:23 PM | Show all posts
Reply 1625# Farahnas.Irina


    kalo pegi jpn putrajaya memang banyak kaunter yg open...saya penah pegi pukul 10 pagi dulu tp masa tu nombor giliran saya ada 100++ orang lagi di depan saya...bila saya tanya kt kaunter amik nombor dia kata nombor saya akan dipanggil dlm pukul 2-3 ptg gitu...terus saya balik sb ada urusan lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 09:35 PM | Show all posts
Reply  TUKANGKEBUN


ye ker menang award...?

biasanya nampak aktiviti kt lombong tu petang s ...
sfhzuraz Post at 31-5-2012 16:19



   

anda bercerita ttg org lemas.. ajis teringat satu kajian ttg hutam simpan.. tahu tak anda hutan simpan ayer hitam puchong? skrg hutan ini ditutup buat seme krn kajian yg telah dibuat oleh pihak upm dan Jabatan Hutan telah mengesahkan bahawa air terjun di dlm kawasan hutan tersebut terrrrrrsgt2 dalam .. kajian yg dibuat ke dalaman air terjun tersebut dgn menletakkan alat pengesan dan dicampak ke dalam air terjun tersebut.. nak tau tak yg alat itu telah dijumpai di sg pahang  dan sekiranya ade org mandi manda di air terjun tersebut dan lemas.. bolehlah mencari mayat tersebut di sg pahang..

pelik tapi benar
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 02:46 PM | Show all posts
selain2 makan aper lagi ade?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2012 02:51 PM | Show all posts
selain makan2 aper lagi ade kot puchong ni selain ioi?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 12:40 AM | Show all posts
Reply 1635# ajis_kg


    tau pasal hutan simpan tu...ada baca kt page belakang2 thn lepas kalo tak silap...tapi saya blur kt celah mana hutan simpan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:42 PM | Show all posts
Reply  ajis_kg


    tau pasal hutan simpan tu...ada baca kt page belakang2 thn lepas kalo tak s ...
sfhzuraz Post at 3-6-2012 00:40



   

naik kut bandar puteri puchong.. sebelah kuarters guru..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:36 AM | Show all posts
Reply 1639# ajis_kg


kalau x silap ada jer org yg pi piknik kat air terjun hutan simpan ayer hitam ittew...
Ku dengar depa naik motor jaaah masuk ikut pagar bocor dekat SP 10.
Rumah ku sblh hutan nih... Sll jer ku dengar motor kuar masuk hutan tuh...
Siap ada rumah lg dlm hutan tuh...
Tapi ku x taw tuh umah sapa... Maybe org asli kut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070607 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list