CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aries_642003

♣ Geng Puchong ♣

  [Copy link]
Post time 7-8-2012 02:44 PM | Show all posts
Kempen Balik Kampung - Rumah Selamat anjuran PDRM, borang2 boleh didapati di Balai2 Polis behampiran rumah anda or download pd ternet.




serahkan kpd Balai Polis sebelum anda pulang ke Kampung & pihak polis akan membuat rondaan di kws rumah anda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 09:51 PM | Show all posts
sape2 tau burger bakar macana puchong tuh bulan pose bukak kul. berape ekkk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 11:58 AM | Show all posts


sapa2 yg ada kelapangan meh singgah ke PU 5 mlm esuk ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 02:35 PM | Show all posts
ajis_kg posted on 8-8-2012 09:51 PM
sape2 tau burger bakar macana puchong tuh bulan pose bukak kul. berape ekkk?

lepas semayang terawih.. dlm 9 lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 02:52 PM | Show all posts
sun_moon posted on 15-8-2012 02:35 PM
lepas semayang terawih.. dlm 9 lebih..


ayoyo.. ade yg pi makan ker.. non muslim kot target die org
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 03:05 PM | Show all posts
ajis_kg posted on 15-8-2012 02:52 PM
ayoyo.. ade yg pi makan ker.. non muslim kot target die org

tapi tatau la kot2 ptg diorang dah bukak petang pastu tutup pastu bukak balik lepas semayang terawih.. ari tu masa saya pergi diorang baru nak bukak gerai dalam kol 9 lebih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2012 09:52 AM | Show all posts
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ........... buat semua warga PUCHONG

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:00 PM | Show all posts
rumah untuk disewa
tingkat bawah, blok 35,apartmen sri indah
seri kembangan (berhampiran tmn equine)
satu rumah ditiled,kitchen cabinet.
rm430 sahaja.
pertanyaan hubungi 013-6026499 fadil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 11:31 PM | Show all posts
lepak75 posted on 26-8-2012 09:00 PM
rumah untuk disewa
tingkat bawah, blok 35,apartmen sri indah
seri kembangan (berhampiran tmn equi ...

untuk makluman:rumah ini telah ada penyewa baru.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 10:48 AM | Show all posts
SUBANG JAYA – Polis mengesahkan penahanan enam warga Myanmar berhubung kes serangan terhadap dua warga tempatan di kawasan rumah kedai Taman Perindustrian Puchong Utama, malam Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya akan menempatkan satu balai polis bergerak serta anggota tugas am di kawasan berkenaan selama seminggu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang kelmarin, sekumpulan lelaki berkumpul di kawasan terbabit dan menyerang mana-mana lelaki warga Myanmar yang melalui lokasi kejadian.

Sinar Harian difahamkan, ia sebagai membalas dendam terhadap serangan yang menyebabkan dua penduduk tempatan cedera parah serta patah tangan dan tengkuk akibat diserang lebih 20 lelaki Myanmar dua hari sebelum itu.

Yahaya berkata, susulan maklumat daripada orang awam, pihak polis yang tiba di lokasi berjaya menahan enam warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan bersabit kes pergaduhan pertama dan kes terbaru berlaku kelmarin.

Beliau berkata, tiada senjata digunakan dan ditemui di tempat kejadian ketika orang ramai membelasah warga Myanmar itu.

Katanya, pada malam Selasa lalu, seorang pemandu lori berusia 31 tahun membuat laporan dia dan rakannya diserang lebih 10 lelaki warga asing selepas berlaku pelanggaran badan antara mangsa dengan salah seorang suspek.

Tambahnya, mangsa memaklumkan berlaku pertengkaran mulut dan terpaksa melarikan diri ke sebuah restoran untuk menyelamatkan diri selepas diserang dengan kayu dan batu.

“Mangsa menerima enam jahitan di kepala manakala rakannya cedera di tangan serta kepala terkena senjata tumpul dan masih dirawat di Hospital Serdang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian.

Semalam akhbar ini melaporkan gara-gara dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan kira-kira 20 warga Myanmar menyerang dua lelaki tempatan sehingga parah malam Selasa lalu, sekumpulan lelaki bertindak membelasah enam warga asing itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin , warga Myanmar yang dikatakan membelasah dua mangsa dikenal pasti sebelum diberkas orang ramai yang berada di tempat kejadian.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 10:50 AM | Show all posts
Taktik licik keluarga penyamun
NUR FARHANA ABDUL MANAN
28 Ogos 2012

Chin Wan (kanan) menceritakan bagaimana dia menunjukkan pemadam api kepada lelaki dipercayai cuba menyamunnya kali kedua. PUCHONG – Seorang lelaki menunggang motosikal bersama seorang wanita dan dua anak kecil dipercayai sekeluarga dikesan melakukan ugutan dan jenayah samun terancang dengan berpura-pura kononnya anak mereka dilanggar kenderaan mangsa sebelum menyamun mereka.

Insiden itu  berlaku kepada seorang pemandu lori, Yong Chin Wan, 68, ketika membuat penghantaran produk makanan dari Jalan Kuchai Lama ke kilangnya di Taman Perindustrian Puchong.

Menceritakan detik malang itu, Chin Wan berkata, dia ditahan lelaki sama sebanyak dua kali.

Katanya, kejadian pertama berlaku pada 2 Jun lalu, ketika dia bersama seorang pembantu warga Indonesia dalam perjalanan ke kilang sebelum ditahan suspek di Jalan TPP 6/6.

Mangsa berkata, akibat ketakutan, dia tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya meneruskan perjalanan sebelum sekali lagi ditahan penunggang motosikal itu di selekoh berhampiran padang bola sepak di laluan yang sama.

Chin Wan berkata, lelaki itu menuduh dia melanggar anak lelakinya berusia empat tahun yang dibawa bersama ketika itu.

Dia yang curiga dengan tuduhan itu meminta lelaki terbabit membawa anaknya ke hospital dan berjanji akan membayar kos perubatan meskipun tidak melanggar kanak-kanak itu seperti didakwa suspek.

Katanya, lelaki itu enggan sebaliknya meminta dia membayar wang, pada waktu kejadian tiba-tiba datang tiga lagi lelaki lain menaiki motosikal yang kononnya ‘prihatin’ dan terus menuduh mangsa bersalah. Mereka menyuruhnya memberi duit kepada lelaki bersama ‘isteri’ dan dua ‘anak’ itu.

Katanya, melihat dia tidak mahu menuruti kemahuan suspek, lelaki itu  mengeluarkan pemetik api dan mengugut akan membakar lorinya.

Bimbang dengan perkara itu, Chin Wan berkata, dia turun daripada lori sebelum lelaki itu meluru ke arahnya dengan topi keledar.

Pembantunya yang ada pada waktu kejadian terus turun dari lori merayu lelaki terbabit tidak memukul mangsa dan memberikan wang tunai sebanyak RM300.

Mangsa berkata, sebaik menerima wang itu, lelaki bersama ‘isteri’ dan dua ‘anak’ serta tiga lelaki dipercayai geng sama terus melarikan diri.

“Kejadian berkenaan tidak terhenti di situ, pada pertengahan Julai lalu, sekali lagi saya ditahan lelaki sama yang turut membawa seorang perempuan dan seorang anak kecil bersamanya menaiki sebuah motosikal.

“Kejadian berlaku ketika saya memberhentikan lori di persimpangan lampu isyarat di Taman Bukit Kuchai, Batu 8 kira-kira jam 7 malam,”katanya yang membuat laporan di Balai Polis Puchong dan membuat aduan kepada Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 02:38 PM | Show all posts
Semalam kat Bukit Puchong, ada 2 kereta polis kat rumah yg bertentangan dgn kedai perabot 88. Masa tu dah 9 malam lebih. Polis ketuk2 pintu pagar, abang sy kata macam nampak pintu depan rumah terbuka luas & memang tak ada lampu / kereta pada masa tu. Anybody tahu tak apa jadi semalam?

Lagi satu, Balai Polis terdekat dr Bukit Puchong mana ya? Sebab dulu ada Balai Polis kat Puchong Utama - kedai 2 / 3 tingkat sebelah LDP. Sekarang nampak macam tengah renovate & warna pun dah coklat. So Balai Polis pindah ke mana? No tel sekali. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 04:48 PM | Show all posts
masih lagi ditempat yg sama, belakang kedai lampu & perabut jati tu

skrg terdpt sebuah hotel bajet dibina di depannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 04:52 PM | Show all posts
Majlis Aidilfitri PU 5 pd 31 Ogos 2012


Ketua Balai Polis Bdr Bkt Puchong bersama pengerusi persatuan penduduk


sebahagian anggota polis Bkt Puchong yg diwajibkan hadir,

maklumat lanjut boleh didpti di http://urusetiapu5@blogspot.com & http://faizmin@blogspot.com
Last edited by TUKANGKEBUN on 6-9-2012 04:54 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 08:12 PM | Show all posts
TUKANGKEBUN posted on 6-9-2012 04:48 PM
masih lagi ditempat yg sama, belakang kedai lampu & perabut jati tu

skrg terdpt sebuah hotel baje ...

Ok terima kasih. Ingat dah pindah sebab tak nampak dr LDP. Hari tu kereta kena curi kat Puteri, tercari2 mana Balai Polis Puteri. Rupa2nya dekat kedai2 area flat Begonia! Lepas tu kena pergi IPD Serdang tapi area tu belakang Giant Kinrara. Terpinga2 cari balai polis & IPD tu!

Anyway, kalau sesiapa nampak kereta Kelisa warna emas no. WLG 1512, tolong inform sy. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 01:14 PM | Show all posts
Bdr Puteri terletak bwh Balai Polis Puchong Jaya di bwh IPD Serdang

Lain2 Balai kws di bwh IPD Serdang ialah  Sri Kembangan & Serdang

Balai Bdr Bkt Puchong terletak di bwh IPD Subang Jaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 02:54 PM | Show all posts
TUKANGKEBUN posted on 7-9-2012 01:14 PM
Bdr Puteri terletak bwh Balai Polis Puchong Jaya di bwh IPD Serdang

Lain2 Balai kws di bwh IPD Se ...

Baru nak tanya2 ttg Balai Polis terdekat dah ada benda lain pulak. Tengahari tadi sy call ibu kat rumah, dia cakap ada perempuan Cina gemuk yg pernah dtg dulu sebelum minggu Raya hari tu. Dia parking depan rumah sy & lepas tu selamba aje jalan sampai pintu pagar, belek2 mangga pagar. Nasib baik kunci dr dlm, tapi niat macam tak baik aje. Dahlah bukan rumah dia! Sebelum Hari Raya tu pun, ada dtg dgn 2 lelaki duduk dlm kereta lagi. Hari tu dtg macam tinjau2 aje, hari ni sampai belek2 manga pagar. Macam nak mencuri / rompak aje.

Macam2lah kat Saujana Puchong. Mentang2 bukan gated / guarded community.

Dulu2 ada geng India mabuk2 kat padang depan rumah, semalam ada geng India mat rempit pulak. That's why better simpan nombor & alamat balai polis terdekat. Boleh dapat dr website tapi kena buat carian arealah. Anyway, tq TK.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 02:27 AM | Show all posts
Saya adalah seorang perunding hartanah untuk kawasan Lembah Klang dan Selangor (Gold Realty).

Sila hubungi saya (Ahmad) di 0123245500 sekiranya mahu menjual/ membeli/ menyewa hartanah.

Tolong war-warkan pada keluarga, kekawan, mengenai perkhidmatan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 11:38 AM | Show all posts
bilik untuk disewa area taman kinrara 4 pangsapuri 5 tgkt..
rumah tgkat 4..
sewa sebulan rm230+api+air
boleh duduk dua org

sms 017-2772365
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 12:16 PM | Show all posts
kaylat posted on 7-9-2012 02:54 PM
Baru nak tanya2 ttg Balai Polis terdekat dah ada benda lain pulak. Tengahari tadi sy call ibu kat  ...

kalau rasa bnyk kes jenayah  dlm kws sedara

call balai terdekat, minta ops payung


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.073979 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list