View: 4328|Reply: 12
|
Atuk Di India Sanggup Cabut Semua Gigi, Hanya Kerana Rekod Guinness!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Memang suatu kepuasan dan kebanggaan buat seseorang itu, sekiranya sesuatu kerja yang dilakukan memperolehi pengiktirafan daripada pihak tertentu seperti The Guinness Book Of Records yang merupakan koleksi buku rujukan yang diterbitkan setiap tahun yang mencatatkan pencapaian manusia yang luar biasa di seluruh dunia.
Justeru, macam-macam cara dilakukan oleh manusia di setiap pelusuk dunia ini semata-mata untuk mencapai impian agar namanya dapat tersenarai dalam The Guinness Book Of Records.
Di India, New Delhi, terdapat seorang atuk tua bernama Rishi yang sudah berusia 74 tahun sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk mencipta rekod dalam Buku Guinness Sedunia.
Antaranya membuat lebih 500 tatto gambar bendera penuh di seluruh badannya, termasuk sebelum ini pernah mencabut semua giginya hanya kerana ingin menyumbat 496 batang penyedut minuman dalam mulutnya.
Dia menggelar dirinya sebagai Guinness Rishi kerana dirinya telah berjaya mencatatkan lebih 20 rekod dunia.
Antara rekod yang pernah dilakukannya termasuk menghantar roti pizza dari New Delhi India ke San Francisco di Amerika Syarikat, habis minum sebotol tomato sos dalam masa 4 minit.
Selain itu, Rishi turut mendorong ahli keluarganya menyertai pertandingan mencipta rekod dunia, di mana isterinya Bimla telah menulis satu wasiat yang pendek saja iaitu " semua untuk anak" pada tahun 1991, dan berjaya memperolehi rekod dunia untuk kata-kata wasiat terpendek.
Dan difahamkan, hajat terbaru atuk tua tersebut dalam usaha mencapai rekod dunia adalah dengan membuat tatto gambar setiap pemimpin dunia pada badannya.
Setakat ini, gambar tatto yang sudah dibuat pada badannya adalah termasuk perdana menteri India, Narendra Modi, presiden Amerika Syarikat Barack Onama, Ratu Britain iaitu Elizabeth dan pemimpin gerakan kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.
Sumber info : www.reuters.com |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lama lagi dia akan dapat gelaran atuk paling banyak rekod..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya atuk ni buat record apa penyakit attention seekers juga ni |
|
|
|
|
|
|
|
Harap takda tatu kat alat sulit dia |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cabut semua gigi,makin kerepot nampak |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai atuk...gigih nau,seram lak ngok tatu penuh kat muka&badan |
|
|
|
|
|
|
|
banyak tatu bendera... dah macam pemadam bendera lekat kat badan je. |
|
|
|
|
|
|
|
adoiiii la....aku nak pegi cabut sebatang pun seriau |
|
|
|
|
|
|
| |
|