CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3475|Reply: 3

Jangan Biar Orang Cium Bayi Anda Raya Nanti, Ini Sebabnya

[Copy link]
Post time 5-7-2016 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Hari raya bakal disambut esok, sudah pasti yang ada baby comel kena lebih berjaga-jaga bila sanak saudara dah ramai berkumpul.


Sebab bila dah ramai, baby biasa nya akan digomol-gomol sesedap rasa saja tanpa meminta izin mak ayah baby tu. Tahukah anda bahawa macam-macam virus dan wabak boleh tersebar dengan cara ciuman?



Gambar Hiasan



Dikongsikan oleh Puan Puteri Zahararina Zulan, beliau telah tampil memberi panduan penting mengenai bahaya membiarkan baby anda dicium dan tips mengelakkan dari perkara ini.


Raya nanti kalau boleh elakkan orang sekeliling mencium anak anda. Terutama kawasan muka. geram, geram jugak. Cium nak bau baby ke hapa ke, pikir 3 4 kali naa. Baby imun lemah lagi. Kalu boleh tkyah cium2. Cukup la dukung main cak cak udahhh.


Jom baca dan kongsikan pada saudara mara dan rakan-rakan agar semua "alert" akan perkara ini.






Penting


1. Terutama pada yang pakai gincu. Jangan sesekali cium bayi kerana kulit bayi amat-amat sensitif.


2. Tak pakai gincu pun tak boleh cium..


3. Yang tak sihat lagi la jangan cium, jangan dukung. Kalau boleh jangan dekat dgn baby. Lambai2 je dari jauh.


4. Salam baby pun takkn tak boleh? Itu kena tanya mak pak dia.


5. Yang paling penting, mintak izin dgn mak pak dia dulu. Jangan terus cium, gomol bagai.


Tips


1. Elok lepas ni korang buat baju, “no kiss” utk bayi korg. Atau pakaikan je bibs “no kiss”.


2. Tgk dh lama sgt dukung n gomol2, boleh la mintak izin nk nyusukn ke. Nk tido kan ke.


3. Terus terang je, “kulit baby sensitif, jangan cium2 yea.” Yang penting, senyum. Jangan muka cuka.


Kot ada lagi nak tambah tips, leh share yea.


Mak bapa ni bukan kedekut atau poyo tak nak bagi orang gomol-gomol anak dia, cuma untuk berjaga-jaga. Terutama orang dewasa. Orang dewasa ni kalau tak sihat tak ada simptom2 pun. Jadi susah kita nak kesan penyakitnya.


Orang lain jangan jeling-jeling atau mengata pula bila mak bapa tak bagi gomol-gomol. Sebab itu anak mereka, mereka ada hak. Jika anak mereka sakit, mereka yang sengkang mata dan susah, bukan anda. 😊


Jadi hormati pilihan dan cara mereka. Jika anda tidak mahu baby anda dicium, terus terang sahaja cakap elok-elok anak elergik ciuman. - CARI.











Sumber: SiakapKeli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2016 02:59 PM | Show all posts
Kalau dah berlonggok reramai waktu balik beraya di kampung nanti bukan senang nak control lain le kalau kat rumah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 11:53 AM | Show all posts
tu la.. kang x bg org kata sombong.. tak kan nk kurung diri dalam bilik.. pn org kata gak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 03:45 PM | Show all posts
            
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049817 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list