CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 2

Polis Bunuh 2 Warga Kulit Hitam: Rakyat Marah, Obama Kesal

[Copy link]
Post time 8-7-2016 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto: http://blogs.reuters.com



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kesal dengan kes tembak mati yang terbaru ke atas dua warga kulit hitam oleh polis di Louisiana dan Minnesota.


Beliau dalam kenyataannya berkata negara berkenaan sudah terlalu kerap menyaksikan tragedi seumpama itu berlaku.


Obama merayu supaya penduduk di negara itu tidak melihat perkara itu sebagai isu sampingan.


Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa berkenaan, yang dibunuh oleh seorang anggota polis.


Obama berucap sebaik tiba di Warsaw bagi menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).





sumber foto: http://media2.s-nbcnews.com



Pada Rabu, seorang pegawai polis Minnesota menembak mati Philando Castile, ketika mangsa berada dalam kereta dengan tunangnya, Diamond Reynolds, dan anak Reynolds yang berumur empat tahun.


Kejadian itu disiarkan secara langsung dalam video yang dikongsi secara meluas di Facebook sehari sebelum kejadian.


Sementara itu, pada hari Selasa dan Rabu waktu tempatan Amerika Syarikat, berulang kali tersebar berita tentang pegawai polis menembak mati warga Afrika sehingga timbulnya pertikaian.




sumber foto: http://img.huffingtonpost.com/



Di beberapa bandaraya seperti New York, Chicago, bandar Minnesota di St.Paul berlakunya tunjuk perasaan yang dinamakan 'Black Lives Matter' anjuran masyarkat setempat kelmarin yang bertujuan untuk mengadakan bantahan jalanan.


Hasilnya, dalam tunjuk perasaan yang diadakan di Dallas, Texas, seramai 11 pengawai polis kena tembankan, 3 orang daripadanya telah meninggal dunia.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2016 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara cowboy,biasa la tu:zz
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 02:08 PM | Show all posts
Hasilnya, dalam tunjuk perasaan yang diadakan di Dallas, Texas, seramai 11 pengawai polis kena tembankan, 3 orang daripadanya telah meninggal dunia.- CARI


maksud tembankan itu apa ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048553 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list