CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3454|Reply: 15

12 Orang Terkorban Dalam Kesesakan Lalu Lintas Sejauh 20 KM Di Indonesia

[Copy link]
Post time 9-7-2016 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





Bagi negara yang mempunyai paling ramai orang Islam, Indonesia, sambutan hari raya Aidilfitri sudah pastinya amat meriah, akibatnya berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang 20 km di Pulau Jawa yang menyebabkan 12 orang terkorban selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang berpanjangan selama tiga hari.



sumber foto: www.theguardian.com



Menurut laporan media tempatan, berpuluh ribu kenderaan terkandas di sebuah lebuhraya utama di jalan susur keluar Brebes, sebuah bandar di Jawa.


Brebes merupakan salah satu pintu keluar utama bagi sistem pengangkutan tempatan, oleh itu kesesakan lalu lintas di kawasan itu boleh dikatakan agak serius sehinggakan warganegara Indonesia telah memanggil pintu tol itu sebagai 'Brexit' dari perkataan 'Brebes exit'.


Menurut jurucakap Kementerian Pengangkutan negara itu, Hemi Pramuraharjo, kesesakan di 'Brexit' pada tahun ini adalah parah kerana puluhan ribu kereta masuk ke lebuhraya tersebut.


"Dalam kes 'Brexit' ini, terdapat 12 mangsa meninggal pada hari-hari yang berbeza," katanya.



sumber foto: www.theguardian.com



Beliau berkata kematian itu berlaku antara 3 Julai dan 5 Julai, dan bukannya dalam sehari seperti yang dilaporkan sebelum ini.


Pramuraharjo berkata beberapa mangsa yang meninggal adalah orang tua, di mana ada yang meninggal kerana kepenatan melampau atau masalah kesihatan lain.

Dari 3hb sehingga 5hb Julai, seramai 12 orang telah maut akibat terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang melampau ini.- CARI






sumber info : www.theguardian.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2016 02:39 PM | Show all posts
okeh...mmg lain pulak ceritanya utk time raya mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2016 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yindon mendunia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2016 10:17 PM | Show all posts
dhsyt tul smpai meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2016 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Panas, sesak sambil hidu carbon monoksida,maunya tak mati.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2016 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang meninggal tu mesti pakai manual
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2016 11:43 AM | Show all posts
kesian. mesti stress melampau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 09:52 AM | Show all posts
dengan panas2. azabnya. sian org tua and budak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 01:11 PM | Show all posts
Kalau macam nih punya jem, aku sanggup tak balik raya. Takpun cuti sebulan sebab nak elak jem
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:48 AM | Show all posts
baliklah hari lain tak leh ke
dari bersesak mcm ni hadap penat letih
mana nya keseronokan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 06:11 PM | Show all posts
Sian nak balik kg pun sampai ada yg hilang nyawa.  Kat malaysia ramai yg hilang nyawa akibat kemalangan jalan raya masa nak balik kg.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyer....teruk2 malaysia ...teruk lagi negara org....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 11:49 AM | Show all posts
dia sesak psal tol, cuma 4 lorong je dibuka,
kenderaan beratur puluh ribu,
bangang punye pemilik tol

ptut buka je la jalan.
kt malaysia pun sama, pentingkn duit sgt.

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 05:14 PM | Show all posts
kesiannyer..takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 01:31 PM | Show all posts
parah betul sampai ada yg meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 09:35 AM | Show all posts
Kat msia pun Jem teruk bile Musim perayaan. Tingat adik nak balik kelantan ambil masa 18 jam. Sakit punggung weyyyyyy tp x sampai la 3 hari jemmmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.247525 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list