View: 4815|Reply: 56
|
[Tempatan]
Isu Ahli Parlimen Taiping Menghina Sambutan Aidilfitri Diperbesarkan?
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-LTS at 12-7-2016 07:38 PM
Artikel Oleh Vincent Loo | Video Oleh Oriental Daily News | Suntingan Visual Oleh Ling Angie
Sebelum ini, dua wakil badan bukan kerajaan (NGO) meminta polis menyiasat Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang memuatnaik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dalam karikatur yang bertajuk Hanya di Malaysia Bawah UMNO, Selamat Hari Raya menyaksikan dua budak sedang menerima derma daripada seorang individu.
Mereka yang membuat laporan polis mendakwa karikatur yang dipaparkan itu telah dipolitikkan, seolah-olah mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika hari raya sebagai rasuah.
Biarpun, Nga Kor Ming telah menafikan karikatur tersebut bukan dimuat naik olehnya, termasuk juga laman facebook itu pun bukan diadakan olehnya, bagaimana pun, isu tersebut kelihatan tidak berakhir di situ sahaja.
Petang tadi, Presiden Gerakan Baju Merah Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju mengetuai ratusan ahlinya berkumpul di hadapan ibu pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menghina Islam.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 12-7-2016 09:48 PM
Ek eleh.....tu pun nk sentap
Betul apa....masa hari raya je bebudak melayu dtg dari rumah ke rumah collect duit raya....ank cina ada buat mcm tu masa CNY?....
Org melayu ni klu tiru org dia yg melebih-lebih....org cina bg angpow...dorang pun nk bg angpow...tapi ank melayu dah jd peminta sedekah gi dari satu rumah ke satu rumah...
Org cina bakar mercun sbb nk halau hantu....mrlayu bakar meriam terus, nk halau apa ntah....yg lg cerdik, bakar jari.... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 12-7-2016 09:46 PM
Ek eleh.....tu pun nk sentap
Betul apa....masa hari raya je bebudak melayu dtg dari rumah ke ru ...
HERO alaf Dedak |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kat hujung hujung menghina Islam... Kat mula artikel menghina Hari Raya..
Punggah. Siapa lagi Melayu dan Muslim yg rasa terhina ni?
Aku baca kartun tu, nampak macam budak dua orang tu, memperkotak-katikkan pakcik tu.
Tak lawak pun kartun tu. Tapi pasal aku takder kena mengena dgn isu derma bilion tu, so aku tak terasa.
Takder rasa terhina ke apa ke. |
|
|
|
|
|
|
|
.... hina umno yang memang hina tu kikata hila Isle.... bahlol...  |
|
|
|
|
|
|
|
bagi duit raya tiru cina.
main mercun tiru cina.
pasang pelita tiru india.
lepas tu sentap.
alahai.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Naik melugai dah aihh hari2 duk cerita pasai ni...cepatttt sapa lagi nak topap buat repot esokk... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sibuk nak kaitkan duit raya ngn derma najib tu apsal? Mmg saja nk cari pasal pon |
|
|
|
|
|
|
|
Aperpun sy setuju isu ini tak perlu dibesar-besarkn...tak elok utk keharmonian kita. |
|
|
|
|
|
|
|
HibinoSama replied at 13-7-2016 12:53 AM
Yg sibuk nak kaitkan duit raya ngn derma najib tu apsal? Mmg saja nk cari pasal pon
Sape makan cili dia terasa pedasnya. Xde pon disebut pasal derma najib ke apa tpi cacai dan lobai jah yg terasa. Pedas kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Cina kalau x hina kaum lain x cina la tolong jangan memperbesarkan kenyataan sy ini demi keharmornian bersama  |
|
|
|
|
|
|
|
Makin lama makin menjadi2.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedar la sikit melayu oi..budaya bagi2 duit dlm sampul ni budaya cina..yg ko terhegeh hegeh meniru ni apahal? 
budaya bagi hadiah kristen dh claim.. |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 13-7-2016 03:59 AM
Sape makan cili dia terasa pedasnya. Xde pon disebut pasal derma najib ke apa tpi cacai dan lobai ...
Tlg jgn buat2 lembab |
|
|
|
|
|
|
|
sebab najib dan derma berpisah teda
yang sentap tu orang umno je
|
|
|
|
|
|
|
|
dizzzzek replied at 13-7-2016 11:26 AM
sebab najib dan derma berpisah teda
yang sentap tu orang umno je
Oo.. Klu bkn org umno xleh sentap?
Keh keh keh |
|
|
|
|
|
|
|
sebab melayu bukan umno tak makan dedak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham kartun? Zunar tawar kursus ‘ketawa’
FMT Reporters | July 13, 2016
Kartun 'dedak' dan 'derma' itu timbul kerana isu hangat melibatkan wang derma RM2.6 bilion
PETALING JAYA: Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar hari ini mempersoalkan respon marah terhadap sebuah karikatur mengenai duit raya, dan berkata ia tidak salah dari segi etika dan budaya.
“Jika kartun begini dianggap jenayah, kartun-kartun satira lain seperti ‘Senyum Kambing’ juga jenayah dan juga patut disiasat. Saya tidak faham IQ dan mentaliti orang-orang berkuasa di Malaysia,” kata Zunar merujuk kartun terbitan Utusan Malaysia yang kerap menghentam pembangkang.
Zunar berkata rujukan “dedak” dan “derma” dalam kartun itu merupakan rententan isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.
“Ia timbul selepas ada orang mengambil wang 2.6 bilion dan dikatakan sebagai derma dan kemudian memberi imbuhan (dedak) kepada pengikut-pengikutnya supaya menutup mulut.
“Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya,” katanya.
Kartun yang menjadi kontroversi itu menggambarkan dua orang kanak-kanak, di mana salah seorang bertanya, “Tahun ini, kami tak mintak duit raya, kami mintak derma,” dan dibalas, “Tak dapat derma, dedak pun OK.”
Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menafikan memuat naik kartun tersebut di laman Facebooknya.
Semalam, penunjuk perasaan berbaju merah berkumpul di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, menuntut Nga memohon maaf sambil membawa sepanduk “penghina Islam harus dihukum” dan “DAP rasis”.
Bagaimanapun, Zunar mengingatkan amalan memberi duit raya berasal daripada budaya Cina dan bukan budaya Melayu.
Justeru, beliau bersedia menawarkan kursus membimbing mereka yang tidak faham mengenai kartun.
“Saya sanggup menerima jemputan untuk mengadakan kursus tersebut di mana juga.
“Saya khuatir kerana kurang ketawa boleh meningkatkan depression dan mengundang berbagai penyakit.
“Saya percaya tidak ada sebuah bangsa yang akan maju jika mereka sudah tidak tahu ketawa,” kata Zunar. |
|
|
|
|
|
|
|
dizzzzek replied at 13-7-2016 11:34 AM
sebab melayu bukan umno tak makan dedak
Melayu bkn umno x amik duit raya?
Skrg masalah dia main2kan amalan kasi duit raya tu |
|
|
|
|
|
|
|
dizzzzek replied at 13-7-2016 11:42 AM
Tak faham kartun? Zunar tawar kursus ‘ketawa’
FMT Reporters | July 13, 2016
Kartun 'dedak' dan ' ...
Lawak ke samakan amalan kasi duit raya ngn dedak ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|