View: 1816|Reply: 1
|
[Dunia]
Keretapi Bertembung Di Itali, 23 Maut, Puluhan Cedera!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Sekurang-kurangnya 20 maut dan puluhan lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua kereta api bertembung di Puglia, selatan Itali, sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan.
Rakaman media tempatan menunjukkan bantuan kecemasan bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam dua gerabak.
Menurut polis, kemalangan itu berlaku di landasan tengah, di utara bandar Bari, kawasan pedalaman Itali, di antara bandar Corato dan Andria.
Gambar yang diambil dari udara menunjukkan gerabak kereta api pecah dan hancur dengan serpihan berselerak di kiri dan kanan landasan.
Pegawai rasmi negara itu berkata kemalangan berlaku di landasan tunggal laluan kereta api, lapor AFP.
Perdana Menteri Matteo Renzi dalam ucapannya di Milan sempat mengulas insiden itu dengan menyatakan 'negara tidak akan berhenti mencari jawapan kepada perkara tersebut'.
"Ini adalah berita yang mendukacitakan dan kita harus bekerja untuk menyelamatkan mangsa," tambahnya yang segera pulang ke Rom berikutan insiden itu.
Pasukan penyiasat berkata, tidak mustahil kemalangan itu disebabkan kesilapan manusia.
Salah satu daripada empat gerabak kereta api itu seharusnya menunggu lampu hijau di sebuah stesen sebelum bergerak melalui landasan tunggal antara bandar Corato dan Andria.
Setakat ini, punca sebenar kemalangan masih belum diketahui.- CARI
sumber info : http://www.cbsnews.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Kita berharap syarikat syarikat keretapi di Malaysia akan senantiasa menjalankan pemeriksaan rapi agar kejadian serupa tidak berlaku di negra kita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|