Marah adalah satu sifat yang normal dan wujud dalam setiap diri manusia.
Pasangan bercinta juga tidak dapat lari dari marah kerana banyak sebab antaranya seperti cemburu dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pasangan. Mungkin kita sering melihat rakan kita dan pasangannya sentiasa happy dan bahagia, tidak pernah bertengkarkah mereka? Jawapan jujurnya, sedangkan lidah lagi kan tergigit ini kan pula sesama manusia.
Sudah tentu mereka juga bertengkar tetapi cara bijak yang mereka amalkan untuk mengatasi perasaan marah membuatkan mereka kelihatan sentiasa cool dan bahagia. Apakah cara-cara itu? Nah kami kongsikan untuk anda amalkan.
#1. Sentiasa Bersifat Tenang Dan Jangan Mudah Melenting
#2. Berpisah Untuk Sementara Agar Masing-masing Dapat Tenangkan Diri
#3. Ingatilah Kebaikannya, Lupakan Keburukannya
#4. Jangan Pernah Mengatakan "Aku Menyampah Dengan Kau"
#5. Tegurlah Si Dia, Anda Takkan Menjadi Hina Kerana Mengalah
#6. Cuba Hadiahkan Sesuatu Yang Si Dia Suka
#7. Jangan Ego, Maafkan Kesalahan Pasangan
Selamat mencuba beberapa tips diatas untuk menghadapi permasalahan dengan pasangan. Jadilah dewasa dan rasakan bahawa berdamai itu sangat indah tanpa harus diwarnai dengan rasa marah yang merugikan diri. Jangan biarkan kemarahan beraja di hati anda kerana sesungguhnya marah itu adalah sebahagian dari sifat Syaitan yang sentiasa ingin merosakkan manusia. - CARI