View: 14725|Reply: 50
|
Netizen Buat Kajian Minyak Petrol, Petronas Paling Teruk Kualiti?
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Satu perkongsian datangnya dari netizen yang kononnya membuat perbandingan minyak petrol terbaik di Malaysia.
Daripada 'kajian' yang dilakukan dengan mengisi minyak setiap jenama dalam botol, maka kesimpulan dibuat minyak petrol daripada syarikat petroleum negara, Petronas adalah yang paling tidak berkualiti.
Tanpa bersandarkan teori mahupun penjelasan dari segi saintifik, sebaliknya ia dibuat berdasarkan warna minyak daripada Petronas yang nampaknya paling 'cair'.
Perkongsian itu segera mendapat perhatian dan jumlah 'share' daripada netizen lain juga menunjukkan betapa berita tanpa asas sangat mudah diterima.
Adakah warna pada minyak petrol menunjukkan kualiti yang bagus atau sebaliknya?
Isu ini telah menarik perhatian sebuah laman dipanggil Pseudoscience Watch untuk memberi komen, seperti di bawah.
"Suatu kisah tahyul merebak di alam maya berkenaan petrol dan warna. Penulis mengaitkan warna minyak petrol dengan kualiti minyak petrol tersebut.
Post tersebut boleh membawa kepada kefahaman bahawa kerana warna minyak Petronas paling "light" antara semua brand, maka minyak Petronas adalah paling rendah kualitinya.
Saya ingin menegaskan, kualiti minyak petrol tidak boleh dilihat dengan sekadar melihat warnanya seperti yg dikatakan. Warna tersebut adalah kerana tambahan dyes dalam minyak2 tersebut dan ia biasanya berbeza2 mengikut syarikat, sbb tu warnanya berbeza. Dyes ditambah untuk membezakan antara produk untuk tujuan2 tertentu.
Isu ni mungkin tak kritikal seperti isu2 penipuan tentang produk kesihatan yg didedahkan sebelum ini, tapi ini menunjukkan tahap kecelikan sains orang kita. Share tanpa usul periksa."
Ini pula komen beberapa netizen lain menerusi laman Pseudoscience Watch tersebut:
Oleh itu, bagi anda yang gusar dengan kualiti daripada Petronas, sebuah badan dan aset penting negara, warna pada minyak petrol langsung tiada kaitan dengan kualiti ya.
Jom terus menyokong produk tempatan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
yang berbeza additive dalam petrol je yang dicampur....lain pengeluar lain additive dia... |
|
|
|
|
|
|
|
kan..org kita malas nak gugel & baca & cari info yg lebih tepat.
terus nak blame itu ini....agree dgn last statemnt, patut la selalu kena tipu dgn MLMers & politicns.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak petrol umpamakan rokok, ada pelbagai jenama. Ada Dunhill, Benson, Mallboro dsb. Tengok dari luar sama saja batang rokok. Yang tahu perbezaannya hanya penghisap rokok sahaja rasanya nya macam mana. Begitu juga dengan petrol, isi dulu start engine baru tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
oo baru tau..aku pon caya je..haha |
|
|
|
|
|
|
|
utk perasaan syok sendiri pilihan aku:
1) caltex
2) petron
3) shell
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi baguslah ada masyarakat yang masih celik. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau apa pun alasannya minyak Petronas memang jadi pilihan terakhir bila nak isi minyak. |
|
|
|
|
|
|
|
sama la kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam botol minyak wangi yang dijual di booth2 tu ghope di |
|
|
|
|
|
|
|
aku pakai skuter,klo buh minyak kt petron sama petronas mmg x sedap.klo buh shell mg sedap skit. |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 15-7-2016 04:40 PM
utk perasaan syok sendiri pilihan aku:
1) caltex
2) petron
Aku pun lebih kurang ni la...kalo petronas kire kes terpaksa isi pun rm10 jek...enjin kete rs lembab jek pakai petronas |
|
|
|
|
|
|
|
So minyak jenama apa yg terbaik? Yg paling teruk? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah bising bising . Berapa ekor sangat bahalol yang percaya |
|
|
|
|
|
|
|
isi je yg mana brhampiran |
|
|
|
|
|
|
|
dualstereo replied at 16-7-2016 12:36 AM
support company nasional
Aku pun isi petronas sbb point kad mesra dh byk.. |
|
|
|
|
|
|
|
i isi petron je..cz sng bila balik kg, tu yg terdekat sekali |
|
|
|
|
|
|
|
shell n petronas dekat ngan umah aku. aku tgk lg ramai isi kt shell berbanding petronas. so aku pon turut pilih isi kt shell. aci gitu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|