CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hujatul_Jihad

Aktiviti tuhan dan syaitan di masa lapang

[Copy link]
Post time 2-8-2016 01:44 PM | Show all posts
unoryah replied at 2-8-2016 01:29 PM
Memang injil lebih dahulu 600 tahun, tetapi ia start dimodified oleh pendeta yahudi dizaman nabi m ...

Kalau kau nak tahu betul-betul tentang agama kristian, kau bacalah betul-betul injil tu dan fahamkan, ada 400 lebih versi. Kau akan dapati injil itu sendiri suruh kau ikut nabi yang terakhir... iaitu nabi muhammad yang telah dipadam namanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 01:50 PM | Show all posts
unoryah replied at 2-8-2016 01:40 PM
bodohnya pendeta Yahudi tu nak edit Injil hanya pada zaman nabi Muhammad
kenapa tak modified dari ...
bodohnya pendeta Yahudi tu nak edit Injil hanya pada zaman nabi Muhammad
kenapa tak modified dari semula jika benar mereka mengesan tanda-tanda bahawa nabi akhir zaman itu
bukan dari kalangan bangsa Yahudi...
Didalam Injil tidak diberitahu nabi Muhammad dari bangsa apa. Yahudi tidak tahu.

ya aku tahu Nabi Ibrahim bukan berbangsa Yahudi dan bangsa Arab
tapi Yahudi dan Arab adalah keturunannya dari isterinya Sarah dan Hajar
tapi hampir semua nabi adalah dari bangsa Yahudi adalah fakta yang terpaksa diakui
Memanglah ramai Nabi dari Bangsa Yahudi.. Islam tidak ada masalah tentang ini. Bahkan Orang islam sangat kasih dan mencintai semua nabi-nabi termasuk nabi berbangsa yahudi.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 01:50 PM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 01:37 PM
Mereka tidak memadamkan jesus christ 1. kenaran nabi Isa yang menerima kitab Injil(jesus). 2. Berb ...

Mereka tidak memadamkan jesus christ 1. kenaran nabi Isa yang menerima kitab Injil(jesus). 2. Berbangsa jews 3. Mereka takut orang nasrani(kristian dan yahudi) masuk islam beramai-ramai.

aku dah agak jawapan awak mesti begini

tapi jawapan aku pula ialah mereka tidak padamkan nama Jesus Christ sebab mereka tidak berani mengubah apa-apa tulisan Injil tersebut
jika sungguh mereka berani mengubah, mereka pasti akan gambarkan yang baik-baik saja tentang bangsa mereka

takut masuk Islam beramai-ramai?
sejarah membuktikan pengembangan agama Islam sendiri itu bagaimana
maaf jika tersinggung tapi hakikatnya, Islam berkembang dengan peperangan







Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 01:54 PM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 01:44 PM
Kalau kau nak tahu betul-betul tentang agama kristian, kau bacalah betul-betul injil tu dan fahamk ...

aku akui aku tak baca Injil 400 versi

tapi tolong bagi aku ayat yang mengatakan tentang nabi yang terakhir
yang merujuk pada nabi Muhammad di dalam mana-mana Injil versi apa sekalipun


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 01:55 PM | Show all posts
unoryah replied at 2-8-2016 01:50 PM
Mereka tidak memadamkan jesus christ 1. kenaran nabi Isa yang menerima kitab Injil(jesus). 2. Berb ...

Islam tidak berkembang dengan peperangan, jika kamu kata dengan peperangan bermakna masuk islam secara paksa. Tidak ada paksaan untuk memeluk islam. Terdapat bangsa arab yang masih kristian sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw sehingga sekarang di arab, kalau secara paksaan sudah tentu tidak ada orang arab beragama kristian di arab.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 02:09 PM | Show all posts
unoryah replied at 2-8-2016 01:54 PM
aku akui aku tak baca Injil 400 versi

tapi tolong bagi aku ayat yang mengatakan tentang nabi ya ...

book of deuteronamy ch14 v.8  - Jangan makan Babi
book of Leviticus Ch. 11 V. 7-8
Isaiah Ch.65  V. 2-5

book of deuteronamy Ch 22 V.5 -Tudung kepala

Gospel of John ch16. V12-14  --- Ok, ini adalah ayat yang dimaksudkan ialah Nabi Muhammad saw.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2016 02:12 PM | Show all posts
Edited by zamkumis at 2-8-2016 02:14 PM

Untuk pengetahuan kamu, banyak dalam Quran perkataan Bani Israil", "Nasrani", "Majusi", nasrani adalah kristian, Bani Israil adalah yahudi, Majusi adalah kaum yang sembah api seperti Buddha, Hindu dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 04:04 PM | Show all posts
unoryah replied at 2-8-2016 01:54 PM
aku akui aku tak baca Injil 400 versi

tapi tolong bagi aku ayat yang mengatakan tentang nabi ya ...

Gospel of mark Chapter12 v.29
Dengarlah, Hai orang Israil!, "Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa".

Nabi Isa sendiri berkata bahawa Tuhan itu "esa", esa maksudnya hanya Allah tuhan, tidak ada lain-lain tuhan. Termasuk dirinya, Nabi Isa juga TIDAK PERNAH mengatakan "Akulah tuhan Sembahlah Aku" kalau kamu cari dalam bible 400 versi sekalipun kamu tidak akan jumpa. Nabi Isa hanyalah manusia biasa yang diangkat menjadi nabi. Sama seperti nabi-nabi yang lain.

Dalam Quran Allah swt memberitahu tentang dirinya:

Surat Al-Ikhlas
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴿٤

1). Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"
2). "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"
3). "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan"
4). "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Quran: 122:1- 122-4)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 11:25 PM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 01:55 PM
Islam tidak berkembang dengan peperangan, jika kamu kata dengan peperangan bermakna masuk islam se ...

mengapa Nabi Muhammad terlibat dengan peperangan di sana sini?bukankah untuk mengembangkan syiar Islam?

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:44 PM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 02:09 PM
book of deuteronamy ch14 v.8  - Jangan makan Babi
book of Leviticus Ch. 11 V. 7-8
Isaiah Ch.65   ...

aku tak makan babi sama ada babi hutan ataupun bandar spt dalam Deuteronamy  14:8

aku juga tak makan semua  binatang haram yg disenaraikan dalam  Leviticus 11
untuk tambahan, aku juga tak minum kopi, teh, arak seperti yang disarankan dalam agama aku

apa yang dinyatakan dalam Isaiah 65 itu menggambarkan kejahatan dan dosa bangsa Israel
yang akhirnya menyebabkan mereka menerima hukuman berat

John 16:12-14 bukanlah merujuk pada Nabi Muhammad tapi tentang Roh Suci
dalam ayat 14 juga dinyatakan bahawa Roh itu akan memuliakan Jesus Christ
dan dalam ayat 13 secara jelas sudah dinyatakan bahawa roh itu tidak akan berkata-kata
tentang dirinya sendiri tapi Nabi Muhammad?
adakah baginda tidak asyik berkata tentang diri baginda sendiri?







Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:45 PM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 02:12 PM
Untuk pengetahuan kamu, banyak dalam Quran perkataan Bani Israil", "Nasrani", "Majusi", nasrani adal ...

aku tahu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 12:12 AM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 04:04 PM
Gospel of mark Chapter12 v.29
Dengarlah, Hai orang Israil!, "Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa".
...

Mark 12:29
(sebenarnya aku pernah bertanya dengan lulusan teologi tentang ayat ini
dan jawapan yang aku terima adalah spt yang aku nyatakan pada ayat berikutnya)
*Esa di sini adalah terjemahan terus dari bahasa asal Injil
dan tidak bermaksud tunggal tapi kesatuan
tapi tidak ada perkataan dlm bahasa melayu yang dapat
menyatakan dengan tepat maksud kesatuan tersebut *

bagaimana pula dengan perkataan 'Kami' di dalam AlQuran?
Kami juga sering diguna pakai apabila Allah berfirman tentang diriNya bukan?







Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 12:41 AM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 04:04 PM
Gospel of mark Chapter12 v.29
Dengarlah, Hai orang Israil!, "Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa".
...

carilah di dalam Injil 400 versi itu apakah ada ayat yang mengatakan bahawa Jesus Christ PERNAH MENGATAKAN Dia bukan Tuhan?

sebaliknya cuba baca di dalam John 9:35-39, fokus pada ayat 36 dan 37, ketika orang buta yang disembuhkanNya memanggil Dia Tuhan, apakah Dia menolak untuk dipanggil demikian?

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 12:48 AM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 01:37 PM
Mereka tidak memadamkan jesus christ 1. kenaran nabi Isa yang menerima kitab Injil(jesus). 2. Berb ...

aku masih berpendapat, lebih baik mereka ubah Injil sama ada Old atau New Testament untuk buang semua cerita yang buruk tentang bangsa Israel daripada sekadar mengikis nama Ahmad atau Nabi Muhammad...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 12:50 AM | Show all posts
zamkumis replied at 2-8-2016 04:04 PM
Gospel of mark Chapter12 v.29
Dengarlah, Hai orang Israil!, "Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa".
...

fakta Injil 400 versi yang TIADA mencatat bahawa Jesus Christ claim diriNYa Tuhan adalah satu bukti bahawa Injil yang ada sekarang adalah tidak dimodified
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 03:27 AM | Show all posts
adakah islam ni sudah menyimpang? mengharamkan apa yg halal  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 09:11 AM | Show all posts
unoryah replied at 2-8-2016 11:25 PM
mengapa Nabi Muhammad terlibat dengan peperangan di sana sini?bukankah untuk mengembangkan syiar I ...

Perang dalam islam ada beberapa kategori yang aku tahu. 1. Apabila musuh datang menyerang maka orang islam akan berperang untuk mempertahankan diri. 2. Untuk menghapuskan ancaman yang merbahaya. 3. Sebagai jalan terakhir setelah perundingan dengan ketua negara gagal secara total. Sebagai seorang nabi terakhir, misi beliau atau medan dakwah beliau yang ditugaskan oleh Allah swt meliputi seluruh dunia. Jadi orang islam perlu masuk ke semua negara untuk berdakwah(sebarkan islam), jika terdapat halangan maka dijalankan perundingan, tugas orang islam hanya untuk memberi penerangan tentang islam dan invite masuk islam. Tidak ada paksaan untuk masuk islam. Sesudah penerangan diberikan terpulang pada orang ramai mahu masuk islam atau tidak, tidak ada paksaan. Apa yang penting mesej kebenaran dari Allah swt telah disampaikan. Jika ketua negara menghalang dakwah orang islam masuk kenegara mereka, membawa maksud mesej dari Allah swt telah disekat, peperangan terpaksa dilaksanakan untuk membolehkan mesej kebenaran dapat disampaikan kepada semua penduduk. "Hanya untuk hantar mesej", bukan untuk merampas kekuasaan, harta dan membuat kerosakan. Ini adalah keadilan, dimana agama yang benar semestinya bertindak secara benar.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 09:45 AM | Show all posts
unoryah replied at 2-8-2016 11:44 PM
aku tak makan babi sama ada babi hutan ataupun bandar spt dalam Deuteronamy  14:8

aku juga tak  ...

Baguslah tak makan babi, mungkin kau dari kristian ortodok.
16:12-14 bukanlah merujuk pada Nabi Muhammad tapi tentang Roh Suci
dalam ayat 14 juga dinyatakan bahawa Roh itu akan memuliakan Jesus Christ
dan dalam ayat 13 secara jelas sudah dinyatakan bahawa roh itu tidak akan berkata-kata
tentang dirinya sendiri tapi Nabi Muhammad?
adakah baginda tidak asyik berkata tentang diri baginda sendiri?
Ayat ini jika kamu fikirkan betul-betul ia merujuk kepada seseorang yang akan datang selepasnya, perkataan suci mungkin membawa maksud seseorang yang bertaraf nabi kerana hanya nabi-nabi sahaja yang terpelihara dari sebarang dosa(suci). Nabi tersebut akan memuliakan Nabi Isa as, tidak memburukkan, tidak merendahkan, dan memberitahu tentang Isa as adalah seorang nabi yang mulia darjatnya(darjat nabi-nabi).


Saya memiliki lebih banyak untuk mengatakan kepada Anda , lebih dari anda sekarang dapat menanggung.

Ayat ini mungkin merujuk kepada hukum-hukum dan peraturan yang lebih banyak untuk disampaikan, tetapi itu bukan masanya.
Ia mengisyaratkan orang yang datang selepasnya yang akan memberitahu perkara tersebut, ia bermaksud hukum dan peraturan.

Nabi Muhammad tidak berkata mengikut nafsunya, tetapi berkata mengikut panduan wahyu dari Allah swt (ciri khusus). Dia akan memberitahu perkara yang belum terjadi, iaitu perkara yang akan datang.
Nabi Muhammad tidak membawa agama baru, tetapi sebagai penyempurna agama, hukum-hukum yang diaksanakan oleh nabi Isa seperti larangan makan babi, arak, zina, membunuh tanpa hak dan berbagai larangan dan suruhan diteruskan oleh Nabi Muhammad saw. Hukum-hukum tersebut dapat dikenal oleh orang kristian ada persamaan.

Secara kesimpulannya, siapakan yang memiliki ciri2 dalam ayat john kecuali seorang nabi yang akan datang sesudahnya? Jawapannya Nabi Muhammad saw.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 09:46 AM | Show all posts
zamkumis replied at 3-8-2016 09:11 AM
Perang dalam islam ada beberapa kategori yang aku tahu. 1. Apabila musuh datang menyerang maka ora ...

terima kasih atas penjelasan

kesimpulannya,  peperangan tetap memainkan peranan dalam pengembangan agama Islam

sebaliknya bagi agama Kristian, pada  awal pengembangan Injil, ramai pengikut Jesus Christ mati syahid.   11 murid Jesus Christ semuanya mati disebabkan membawa ajaran Kristian.  Ada yang mati disalibkan secara terbalik, ada yang dikuliti, ada yang diikat badannya pada dua ekor kuda dan kuda itu dilepaskan bertentangan arah sehingga badan tercarik dsb.  Hanya John yang mati secara alami, itupun kerana pihak Rom telah cuba menggorengnya di dalam kuali panas tapi kerana tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya,  dia terpaksa dibuang ke Pulau Patmos.  Pada awalnya kekuasaan Rom sangat menekan semua orang Kristian tapi akhirnya menerima keKristianan secara luaran sahaja dengan membawa kebiasaan kafir mereka seperti masih menyembah berhala tapi hanya menukar patung yg disembah kepada patung Jesus Christ dan orang-orang suci (mereka yang gelar suci).   Kenapa pemerintah Rom akhirnya menerima Kristian? Kerana setiap kali mereka membunuh seorang pengikut Kristian, akan muncul dua orang yang menerima ajaran itu.   Mereka tahu lama kelamaan, praktik kekafiran akan dilupakan sebab ajaran Kristian itu sendiri penuh dengan belas kasihan.      Demikianlah perbezaan ketara awal pengembangan Kristian dan Islam.


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 10:23 AM | Show all posts
unoryah replied at 3-8-2016 12:12 AM
Mark 12:29
(sebenarnya aku pernah bertanya dengan lulusan teologi tentang ayat ini
dan jawapan y ...

Mark 12:29
(sebenarnya aku pernah bertanya dengan lulusan teologi tentang ayat ini
dan jawapan yang aku terima adalah spt yang aku nyatakan pada ayat berikutnya)
*Esa di sini adalah terjemahan terus dari bahasa asal Injil
dan tidak bermaksud tunggal tapi kesatuan
tapi tidak ada perkataan dlm bahasa melayu yang dapat
menyatakan dengan tepat maksud kesatuan tersebut *

bagaimana pula dengan perkataan 'Kami' di dalam AlQuran?
Kami juga sering diguna pakai apabila Allah berfirman tentang diriNya bukan?

Di dalam bahasa arab ESA bermaksud tunggal. Kesempurnaan perkataan Esa dimana ia tidak bercampur. Baru-baru ini pengkaji dari barat telah membuat kesimpulan bahawa bahasa arab adalah bahasa ibunda kepada semua jenis bahasa dalam dunia, sebab bahasa surga adalah bahasa arab, Nabi Adam turun ke dunia dari surga sudah semestinya menggunakan bahasa arab. Didalam semua jeis bahasa didunia jika dikaji, semuanya masih banyak menggunakan perkataan arab yang sama makna dalam bahasa arab dan bahasa tersebut, cuma bunyinya telah lain sedikit kerana faktor masa yang panjang dan generasi demi generasi yang terpisah melahirkan bunyi bahasa yang baru.

Perkataan "kami" dalam Al-Quran membawa maksud Allah swt dan seluruh kerajaannya, sebagai contoh PM Najib berkata "KAMI tidak akan membela orang orang yang membuat kejahatan", maksudnya PM najib serta askar, tentera, polis, mahkamah dan semua rakyatnya tidak akan menjadi pembela kepada orang yang melanggar undang-undang negara". Maksud yang lebih sempoi "Kau berani buat jahat, kau tanggunglah sendiri akibatnya, tidak ada siapa nak tolong".

Apabila Allah swt, memerintahkan supaya menyembahnya, dia menggunakan perkataan "Aku". "Sembahlah aku" tidak menggunakan perkataan kami.
Boleh faham?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.304187 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list