View: 3013|Reply: 8
|
Wanita Tua Tercekik Daging, Tidak Menyangka Diselamatkan Oleh Dr. Henry Heimlich
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Kebiasaannya makanan atau objek yang menutupi sebahagian laluan trakea itu mampu dikeluarkan apabila seseorang itu batuk dan pernafasan mereka akan kembali normal.
Kadangkala, timbul juga situasi di mana makanan atau objek tersekat di bahagian trakea yang menghalang pernafasan seseorang.
Laluan udara ke paru-paru yang tersekat akan menyebabkan otak kekurangan oksigen dan ini boleh menyebabkan kematian. Situasi ini serius dan perlu diberi perhatian penuh.
Dalam situasi ini, anda boleh menekan perut, juga dikenali sebagai Heimlich Manuver. Ia adalah prosedur standard menyelamat jika anda sudah dilatih.
sumber foto: google image
Teknik menekan perut adalah dimana penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma (bahagian perut) yang boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.
Baru-baru ini, bertempat di sebuah rumah orang tua di Cincinnati, Amerika Syarikat, Patty Ris, seorang wanita warga emas yang berumur 87 tahun tercekik daging ketika makan roti hamburger.
Pada masa itu, seorang lelaki warga emas yang berada di sebelahnya menyaksikan situasi yang berlaku, dengan segera dia menghulurkan tangan dengan menggunakan teknik menekan perut atau dikenali sebagai Heimlich Manuver untuk menolak keluar ketulan daging yang tercekik di bahagian kerongkong Ris.
sumber foto: www.telegraph.co.uk
Tanpa disangka-sangkakan oleh Ris, warga emas yang berjaya selamatkannya itu adalah Doktor Henry Heimlich iaitu orang sebenar yang mencipta teknik pertolongan cemas Heimlich Manuver yang terkemuka di dunia.
Selepas itu menurut Ris, kalau bukan kebetulan Dr. Henry Heimlich berada di lokasi kejadian sudah semestinya dia akan mati tercekik.
" Tuhan Yang Maha Esa merancang saya duduk di sebelah awak." Patty Ris beritahu Doktor Henry Heimlich ketika mereka ditemubual media tempatan.
Doktor Henry Heimlich pula berkata, itulah kali pertama dia berpeluang menggunakan teknik pertolongan cemas yang diciptanya pada tahun 1974. - CARI
sumber info: www.telegraph.co.uk
|
|
|
|
|
|
|
|
Granny ni memang amat bernasib baik |
|
|
|
|
|
|
|
wow dr ni cipta teknik ni tp tak pernah guna pun. tahniahh |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada cerita viral tahun 90an bila ada org tercekik n keadaan pun kelam kabut, penyelamat guna vacuum untuk sedut makan keluar daripada mulut. Surprisingly, teknik tu pun berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dramatic irony . |
|
|
|
|
|
|
|
ye kee.....eleh ..ke makcik ni saja nak tekel pakcik heimlich tuuuu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|