oleh Adib Za
Penyanyi Yuna mendapat kritikan daripada netizen apabila didapati memeluk penyanyi Usher dalam sebuah persembahan di Live at The Roots Picnic, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Namun, penyanyi itu menerusi Berita Harian tampil 'menepis' segala tanggapan negatif terutama di kalangan haters dan juga sebilangan penulis blog yang dilihat sengaja memanaskan keadaan dan mencari kesalahannya.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda juga yang mahu bergambar," ujarnya.
"Ada segelintir penulis blog pun sama. Kalau ada benda menarik, baru nak tumpang. Apabila tiada berita, cari dosa dan buka aib orang, pecah-belahkan bangsa sendiri sebab nak dapatkan trafik di blog dan iklan.
"Semua sebab nak duit. Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda," terangnya. - CARI
Sumber: Berita Harian
Sumber foto: The Hive Asia
|