View: 3650|Reply: 17
|
Badan Penuh Tahi Lalat Pelbagai Saiz, Wanita Jadi 'Popular' Di Media Sosial
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Yulianna Yussef, seorang wanita berketurunan Ukraine- Lubnan yang berumur 26 tahun dan kini menetap di Warsaw, Porland difahamkan menghidap sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku iaitu Congenital Melanocytic Nevus.
Dalam erti kata lain, penyakit tersebut mengakibatkan seluruh badannya dipenuhi tompokan hitam seperti tahi lalat dalam bentuk pelbagai saiz.
Walaupun sejak zaman kanak-kanak sering dibuli dan digelar sebagai 'Dalmatians' atau sejenis anjing yang juga seluruh badan dipenuhi tompokan hitam, tetapi dia berfikiran positif dan beranggapan penyakit yang berlaku ke atas dirinya itu satu kelainan dan keunikan berbanding dengan orang lain yang normal.
Setiap hari dia memuat naik gambar dirinya, dan menerusi paparan tubuh badannya yang penuh keyakinan itu sehingga menjadi individu yang popular di media sosial serta berjaya memberi semangat yakin diri kepada ramai orang.
Difahamkan penyakit Congenital Melanocytic Nevus ini merupakan penyakit yang jarang berlaku, hanya kurang daripada satu peratus orang terpengarauh sahaja dengan penyakit berkenaan.
Apabila dilahirkan, kulit Yulianna memang kelihatan lain daripada yang lain. Sepanjang tempoh tumbesaran, walaupun kawan-kawan di sekolah pernah memberi pelbagai gelaran kepadanya, seperti Dalmations, lembu, rusa dan sebagainya. tapi ia langsung tidak dikecewakan oleh ejekan itu, malah sering tunjukan gambar yang memaparkan badannya yang unik dengan penuh keyakinan. Sikapnya yang optimis dan positif terhadap kehidupannya telah merangsangkan ramai netizen.
Terdapat netizen mengongsi pengalaman dirinya dengan menyatakan anak perempuannya ketika dilahirkan juga memiliki tanda lahir yang besar, terima kasih Yulianna kerana memberi semangat yang positif.
" Anak perempuan saya yang berumur 5 bulan itu ketika dilahirkan turut memilki tanda lahir atau 'birthmark', malah tanda lahir yang bersaiz kecil juga kelihatan dari masa ke semasa. Sebelum ini, saya amat sedih. Kegigihan anda melegakan saya, terima kasih pengongsian anda, Cik Yulianna."- CARI
sumber info :http://www.dailymail.co.uk/ |
|
|
|
|
|
|
|
kalola mampu bg cadangan kat akak tu
cuba makan habbatus sauda |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya xpatah semangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Confidence level dia tinggi kalau orang lain mau nak tutup-tutup lagi |
|
|
|
|
|
|
|
byk sgt xlawa pulak kan
seketul dua sweet lak |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla she take it positively |
|
|
|
|
|
|
|
love ur body conceptnyerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Positif itu yang mencantikkan sisi dia |
|
|
|
|
|
|
|
lawa n very self confident, tu yg nmpk lgi lawa |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah die positip..mungkin aku pn x setabah beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sgt positif dan konfiden.hebat |
|
|
|
|
|
|
|
kat luar negara ok le kut rupa pelik2
kalau kat sini mau stress org duk kutuk2 bagai..
tau je la org malaysia ni macam mana..
mau makan hati se umur hidup |
|
|
|
|
|
|
|
self confident die tinggi.. baguss |
|
|
|
|
|
|
| |
|