CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1562|Reply: 0

Omat total gagal nak boat agame baru ke sis?

[Copy link]
Post time 21-7-2016 02:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by changepassword at 21-7-2016 02:09 AM

Mungkin penganot total gagal ni dah bosan dengan agame lama mureka disebab semakin ramei omat menjadi teroris, so dia worang nak buat agame baru, tapi di halang oleh tohan donia. Takde kebebasan dalam agame ke sis?






IPOH, 19 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan berhubung sebuah kumpulan ajaran sesat di negeri ini, yang dikatakan sedang mengembangkan pengaruhnya ke seluruh negara.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kumpulan itu.

"Bagaimanapun, kita minta pihak berkuasa supaya memantau perkembangan ini... sekiranya wujud (kumpulan ajaran sesat itu), ambil tindakan," katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri memandang serius perkara itu.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Lembaga Air Perak di sini, hari ini.

Zambry mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Sabtu lepas yang melaporkan kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi, yang bercadang mewujudkan kumpulan bersenjata digelar Tentera Mahdi.

Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan sedang mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan pengaruh seorang ulama untuk menarik lebih ramai orang awam untuk menyertai kumpulan itu.

Kumpulan itu didakwa mengumpulkan senjata untuk berperang dan mereka dikatakan sedang bersiap sedia untuk berbaiah dengan Imam Mahdi di Mekah, Arab Saudi.

Akhbar berkenaan turut melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta pihak polis supaya segera mengambil tindakan undang-undang bagi membendung ajaran sesat berkenaan daripada terus berkembang.

Dalam perkembangan lain, Zambry mengulangi harapan agar kerajaan Persekutuan dapat menimbang cadangan kerajaan negeri untuk membina terowong laluan air dari Sungai Perak ke Kolam Takungan Empangan Bukit Merah.

Dengan pembinaan terowong air itu, beliau berkata ia kelak dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang sering berlaku di empangan itu ketika musim kemarau.

"Jika pembinaan terowong air bernilai RM500 juta ini dilaksanakan, kita tidak akan berdepan masalah krisis air di Empangan Bukit Merah," katanya.

Zambry berkata Empangan Bukit Merah merupakan empangan tertua di negara ini dengan usia melebihi 110 tahun.

Ada ketikanya, ia menghadapi masalah menampung air pada satu-satu masa kerana proses pemendapan yang tinggi, jelasnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.415026 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list