View: 1492|Reply: 2
|
Permainan Pokemon GO Mulai Dilarang Di Arab Saudi
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
Menurut laporan AFP, Pokemon Go, yang boleh dimuat turun dengan telefon pintar dan kini menjadi kegilaan orang ramai dikatakan mulai dilarang oleh kerajaan Arab Saudi.
Difahamkan sebelum ini Arab Saudi memperbaharui fatwa 2001 untuk melarang permainan atau kartun Pokemon.
Dalam pengumuman terbaru di laman webnya, Jawatankuasa Tetap Kajian Akademik dan Ifta menyatakan fatwa 2001 terhadap Pokemon Go diterbitkan semula selepas menerima pelbagai persoalan mengenainya daripada orang ramai.
Menurut fatwa 15 tahun itu, permainan seperti ini sama dengan aktiviti perjudian dan konsep watak berdasarkan teori evolusi Charles Darwin yang ditentang Islam.
Walaupun Pokemon Go tidak boleh diperolehi secara sah di negara ultra-konservatif Arab Saudi, ramai yang memuat turun secara tidak sah dan mula “memburu” raksasa itu di alam maya itu.
Aplikasi yang berdasarkan Nintendo 1996 itu menarik perhatian global apabila pengguna dilihat berkeliaran di dunia sebenar kononnya mencari watak kartun yang tersembunyi.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Xrilis kat tanah ereb pon nak kena declare harom? Setakat apk version boleh tgkap starter pukimon jah. Gelabah tetek betul la lobai saudi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Laki macik tengah giat memburu pokemon hatta di stadium masa tengok bola..dalam peyok kt dapoq pn ade
Macik tekanan sebab ifon macik xleh donlod...ifon laki macik aman2 ja bole donlod walau curik dari tenet |
|
|
|
|
|
|
| |
|