CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6871|Reply: 26

Buka Tingkap Kereta Dicampak Botol Berisi Air Kencing, Pelajar Melayu Fobia

[Copy link]
Post time 28-7-2016 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO







Memang terdapat sesetengah individu akan memilih buka tingkap ketika memandu kereta, namun lain pula halnya terjadi apabila seorang wanita dicampak botol yang berisi air kencing akibat membuka tingkap ketika membawa kereta.


26hb Julai, Selasa lalu, netizen yang bernama Hafizha memuat naik satu status yang berserta dengan gambar di laman facebooknya yang memaklumkan, ada seorang individu yang tidak dikenali bermotosikal secara tiba-tiba mencampak satu botol yang berisi cecair kencing ke dalam keretanya. Tindakan tersebut betul-betul membuatkan dirinya rasa terkejut.








Kejadian tersebut berlaku di Penanti,Pematang Pauh, Pulau Pinang, kira-kira pukul 7.45 pagi, Hafizha dikatakan sedang seorang diri membawa kereta dalam perjalanan ke tempat pengajiannya.


Ketika sesak jalan di salah satu jalan, terdapat seorang penunggang motorsikal tiba-tiba muncul di tepi keretanya dan campak satu botol yang berisi cecair melalui celah tingkap ke dalam keretanya. Berikutan tiada penutup pada botol itu, maka cecair yang terkandung dalam botol terpercik dan bertaburan dalam keretanya. Cecair terbabit merupakan campur air mineral dengan air kencing.








Menurut Hafizha, apa yang berlaku ke atas dirinya sekarang adalah berbeza sama sekali kes samun pemandu yang membawa kereta seorang diri sebelum ini.


Berikutan insiden kali ini berlaku dalam keadaan yang agak mengejutkan, Hafizha kata dia langsung tidak berkesempatan lihat dengan teliti wajah penunggang motorsikal terbabit. dan nombor pendaftaran plat motorsikalnya.


Jelasnya lagi, mujur ketika itu pintu kereta telah dikunci, kalau tidak apa yang mungkin berlaku adalah kes samun.


Tegas Hafizha, tindakan penunggang motorsikal itu sebenarnya mempunyai perancangan, tujuannya supaya pemandu wanita akan turun dari kereta dan periksa, lepas itu barulah merompaknya.


Dia mengingatkan seluruh kaum hawa di negara ini harus lebih berhati-hati, jangan mudah bertindak keluar dari kereta termasuk juga jangan buka tingkap kereta.








Hafizha memuat naik dua gambar, menunjukkan botol mineral yang mengandungi air kencing, dan bahagian dalam kereta di tempat duduk depan sebelah kiri dibasahi percikan air kencing.


Setelah baca status yang ditulis Hafizha, segelitir netizen meluahkan perasaan risau dan menyatakan tidak mahu membuka tingkap kereta lagi. Ada juga netizen yang memberi cadangan kepada Hafizha untuk membuat laporan polis.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sotong sawan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 05:20 PM | Show all posts
lawak dan kesian pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jijik
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 05:44 PM | Show all posts
kalau aku kena mmg terus carwash la jwbnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
-electrifying- replied at 28-7-2016 05:44 PM
kalau aku kena mmg terus carwash la jwbnya

Kena samak kereta tu  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 06:26 PM | Show all posts
Macam2 masaalah kejiwaan sekarang ni so kena le lebih berhati2 dan alert selalu.  Demi keselamatan tak perlu le gigih nak bukak tingkap bagai on je air con tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewwwwwwwwwwww sicko!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 07:28 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 28-7-2016 07:33 PM
Artemesiaa replied at 28-7-2016 06:26 PM
Macam2 masaalah kejiwaan sekarang ni so kena le lebih berhati2 dan alert selalu.  Demi keselamatan t ...

mcm2 reason kite kena bukak tingkap sebenarnye.
kadang aircond kreta rosak x sempat nak gi tambah gas so kena jgk bukak tingkap
then kadang bile hujan lebat ttiber berwap pulak cermin side mirror or cermin tingkap belah luar
so kena jgk bukak, kalau kena tahan ngan polis (harap polis ori bukan fake) kena jgk bukak tingkap, kadang psycho mana ntah ttiber langgar side mirror so kena bukak tingkap, gi mcd drive thru, kena jgk bukak tingkap 2 kali pulak tu ...and the list goes on


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejinya manusia sekarang ni takde conscience langsung buat salah dekat manusia lain. Selayaknya mendapat balasan setimpal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 09:22 PM | Show all posts
Eeee psiko!

Ni lagi teruk dari penyamun biasa.
Air kencing tu najis, sanggup pulak g tunjuk najis sendiri kat stranger. Bodoh jijik!!!

Kadang i buka tingkap sebab nak betulkan cermin kereta..maklumla kereta buruk so biasalah kena langgar dek motor atau kereta. Nampaknya i kena lebih hati2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 09:54 PM | Show all posts
manjalara_01 replied at 28-7-2016 07:28 PM
mcm2 reason kite kena bukak tingkap sebenarnye.
kadang aircond kreta rosak x sempat nak gi tambah ...

Dalam kes budak ni tak da pun dia kata air con rosak apa segala so memang mengundang le.  Pemangsa kan suka ambil kesempatan bila si mangsa leka.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wat dna cri. Xble? Puas ati. Nk cri sgt pn nk buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 12:48 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-7-2016 09:54 PM
Dalam kes budak ni tak da pun dia kata air con rosak apa segala so memang mengundang le.  Pemangsa ...

my name is google so i know everything ok?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 08:36 AM | Show all posts
amek no plat motor dier lenkali.... ish aper punya manusia lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2016 08:56 AM | Show all posts

hahaha... xperlu, tu air kencing bdk kcil y masih mumaiyiz
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:22 AM | Show all posts
Bodo... !!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 11:25 AM | Show all posts
manjalara_01 replied at 29-7-2016 12:48 AM
my name is google so i know everything ok?

Ooo mental jugak rupanya

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 11:36 AM | Show all posts
Apakahhhhh? Gila sungguh! Patutnya kejar orang tu, pastu siat bebird dia!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.180091 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list