|
Oleh : TS LOO
Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 bagi bulan Ogos kekal seperti bulan lepas, manakala diesel mengalami kenaikan sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini.
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang Zari Ishak untuk bukan Ogos, harga runcit bagi diesel akan mengalami kenaikan dari RM1.60 seliter menjadi RM1.70 seliter.
Semenatara itu, harga runcit bagi RON95 kekal RM1.75 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.10 seliter. - CARI
sumber info : Bernama |
|