View: 1358|Reply: 1
|
Tindakan DOJ Ke Atas Kes 1MDB Langgar Keadilan Asasi- Peguam Kanan Australia
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Tindakan Undang-undang sivil yang diambil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai kecacatan dari segi undang-undang.
Kenyataan terbuka itu disuarakan oleh Quintin Rozario, seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane berhubung individu Malaysia yang didakwa melakukan pengubahan wang haram ke Amerika Syarikat, Peguam Negara Loretta Lynch sendiri telah 'keterlaluan dan melanggar keadilan asasi".
Rozario yang dihubungi dari Brisbane memberitahu Bernama, Lynch sudah melampaui batas kuasanya dengan merumuskan bahawa satu kesalahan atau beberapa kesalahan telah dilakukan oleh Malaysia atau ejennya.
Tegas Rozario menjadi prinsip undang-undang bahawa penjenayah paling keji sekalipun layak dan berhak mendapat keadilan asasi mengikut perlembagaan.
Pada 20 Julai lepas, Lynch dalam kenyataannya ketika mengumumkan tindakan undang-undang, antara lain berkata ahli perniagaan Malaysia dikenali sebagai Jho Low melakukan pengubahan wang haram berjuta-juta dolar ke Amerika Syarikat, dengan membeli hartanah serta menjalani gaya hidup mewah.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Thread dah ada 2, kau yg ke 3
Tolong tutup thread sendiri blh tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|