oleh Adib Za
Siapa sangka pada zaman ini masih ada manusia yang boleh tinggal di dalam gua, malah bukan dalam jangka masa pendek, selama 40 tahun!
Lelaki di Argentina ini, Pedro Luca telah membuktikan dirinya mampu tinggal di situ dan hanya bergantung kepada bekalan air sungai dan haiwan buruan sahaja.
Sudah pasti ia tanpa bekalan elektrik dan air yang bersih, namun lelaki berusia 79 tahun itu mengakui mempunyai keinginan tinggal di dalam hutan sejak dari kecil lagi.
“Saya dibesarkan oleh datuk ketika usia 14 tahun dan memilih untuk mengembara ke utara Argentina selain meraih pendapatan hasil kerja di lombong arang batu.
“Saya tidak pernah bertanyakan diri sendiri mengapa memilih untuk tinggal di gua ini. Saya pernah terfikir untuk mengembara di seluruh dunia dan melihat Eropah, tetapi perjalanannya sangat jauh dan perlu merentasi laut,” ujarnya.
Luca bagaimanapun masih menerima pencen setiap bulan kira-kira AS$200 bersamaan RM800 sebulan, dan mengambilnya di pejabat pos. - CARI
Sumber: Utusan Malaysia
Sumber foto: Carian google
|