|
|
Oleh : TS LOO
Herman, Kucing Berwajah 'Tersentak'
Di ibu kota Denmark, Copenhagen terdapat seekor kucing yang berusia 5 bulan, baru-baru ini menjadi sangat popular di laman web, kerana wajahnya sepanjang masa dalam reaksi tersentak, berikutan mempunyai sepasang mata yang besar dan bulat, amat menarik perhatian.
Kucing tersebut dikenali sebagai Herman, ia berwajah tersentak disebabkan mempunyai sepasang mata yang besar, ketika tidur pun tidak dapat pejam matanya, pemiliknya hanya bergantung kepada bunyi bredengkurnya untuk memastikan samada dia sudah tidur atau tidak.
Setelah dihantar oleh pemiliknya ke klinik rawatan haiwan, ia telah disahkan menghidap sejenis penyakit yang dipanggil "secara spontan kanta mata terkehel", dan harus menjalani pembedahan sebagai usaha rawatan.
Herman seperti kucing yang lain suka main bola...
Selain biji matanya bersaiz terlalu besar, Herman tiada beza berbanding dengan kucing yang lain, antaranya ia gemar main bola, main tali kasut, dan paling suka berlari sambil mengekori tuannya di belakang. Ianya mempunyai ramai peminat dalam laman instagram.- CARI
Herman, Kucing Berwajah 'Tersentak'
sumber info: www.dailymail.co.uk |
|