Oleh Izzah Abbasy
Siapa yang jenis main cabut pendrive atau USB yang digunakan semasa menyambungnya di komputer riba?
Kalau dah nak cepat, tak ramai pun nak klik butang 'eject' atau 'Safely Remove Hardware'. Betul tak?
Untuk pengetahuan anda, perbuatan 'malas' dan tak kisah ini akan menyebabkan pendrive dan USB malah komputer anda cepat rosak. Ha, agak-agak kenapa?
Terlebih dahulu, kita lihat dulu 3 cara drive (pengkongsian data melalui sambungan USB) :
1) USB Mass Storage
Kaedah biasa bagi pengkongsian data. Contoh : pendrive, flashdisk, memory card. Pada Windows, kita akan melihatnya sebagai drive baru pada File Explorer atau My Computer, sedangkan pada Mac dan Linux akan muncul di Desktop. Berfungsi sebagai medium pertukaran data/fail. Kaedah ini memerlukan fungsi eject.
2) Picture Transfer Protocol (PTP)
​Daripada namanya, kaedah ini digunakan oleh kamera digital untuk transfer atau memindahkan gambar ke komputer. Kaedah seperti ini tidak memerlukan eject.
3) Media Transfer Protocol (MTP)
Kaedah ini tersedia secara built-in bagi pengguna Windows, tetapi memerlukan software tambahan bagi Mac dan Linux. Kaedah MTP adalah daripada PTP yang dinaiktaraf. Dengan MTP, kita boleh mengirim file berupa media secara automatik, tapi sistem akan melihat sebagai drive portable yang tidak perlu di-eject.
Kenapa perlu melakukan 'Eject' pada Flashdisk daripada komputer?
Flashdisk boleh melakukan proses read/write data ke komputer sebaik sahaja disambungkan. Jika sistem sedang melakukan write di Flashdisk dan tiba-tiba kita cabut dari USB, maka data yang ditulis akan corrupt atau rosak.
Sebaik sahaja kita klik 'eject', sistem operasi (OS) akan melakukan kerja pembersihan cache, proses di mana semua tindakan yang belum selesai ke atas Flashdisk akan ditamatkan serta merta.
Akibat Mencabut Flashdisk Tanpa 'Eject'
1. Flashdisk akan error.
2. Data dalam flashdisk akan hilang atau corrupt.
3. Komputer jadi 'hang'.
4. Merosakkan komponen komputer dan flashdisk.
Sumber : Era
|