|
Oleh : TS LOO
sumber foto: laman facebook Tun Mahathir
Bekas perdana menteri, Tun Mahathir akhirnya dibenarkan keluar dari Institut jantung negara (IJN), selepas seminggu berada di hospital.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, Tun Mahathir telah dibenarkan balik ke rumah pada pukul 4.30 petang tadi.
Namun demikian, difahamkan beliau akan menjalankan fizikal terapi dan aktiviti pemulihan ketika berada di rumah kelak.
Tun Mahathir berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik sekeping gambarnya semasa di IJN untuk mengucapkan penghargaan buat semua penyokongnya.
Terdahulu, akibat masalah jangkitan paru-paru, Tun Mahathir dimasukkan ke wad umum dan diletakkan di bawah pemerhatian pada 9hb Ogos. - CARI
|
|