CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12556|Reply: 108

Kisah Bapa Ini Buat Ramai Tidak Percaya Dengan Insuran Lagi

[Copy link]
Post time 16-8-2016 04:19 PM | Show all posts |Read mode


Seorang bapa telah melempiaskan rasa marah dan tidak puas hati, juga kecewa dengan perkhidmatan kad perubatan sebuah syarikat insuran.


Memang sebagai pengguna kad perubatan atau medikal, pastinya berharap sesuatu yang terbaik daripada perlindungan insuran yang diambil.


Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kesihatan anak sendiri. Kata lelaki ini, semoga kisah yang terjadi kepadanya menjadi iktibar untuk rakan-rakan yang turut mengambil polisi sama daripada syarikat insuran tersebut.


Lelaki ini mendakwa pihak insuran tidak 'cover' untuk kes demam seperti yang dialami oleh anaknya dengan alasan ia merupakan kes pesakit luar sahaja.


"Saya tanya insuran what type of justification u need untuk jenis demam yg kritikal perlu warded or tak. Dah sampai tahap doktor tahan ward pun takkan tak kritikal lagi ke? Bukan aku suka2 nak tidur hospital kot.."













Itu antara yang dituliskan dan banyak lagi. Namun, kesimpulan yang dibuat oleh lelaki adalah untuk menghentikan polisi kad perubatan tersebut bermula bulan hadapan.


Kisah ini memberi banyak kesan sebenarnya kepada orang ramai, sama ada untuk lebih berwaspada dengan mana-mana polisi insuran, tidak mengambil langsung atau menghentikannya serta merta.


Apa pun, semuanya harus bermula dari peringkat awal, iaitu hubungan pengguna sebagai pemegang polisi insuran dan juga agen insuran. Mereka ini berhak diberitahu setiap butir dengan sejelas-jelasnya agar tidak berlaku lagi perkara seperti di atas.


Apa pendapat anda? - CARI





Foto: sarangapsychiatry.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Byr bulan2 msti mahal kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:44 PM | Show all posts
honestly insurans ni yang mana yg dah ambek lama dah, ok la..sebab yg lama akan terpakai..yang mana yang baru, memang worst. rasa x da guna ambek insurans ni..better cari yg lain.. bacaan saya dia reject sebab u langkau 1 step dia..which is lps g clinic, x hilang gak demam, then clinic kena buat refer letter untuk ke hospital..dan sampai hospital bila admitted baru boleh cover by insurance. tu fahaman saya yang kawan saya dok terang semasa menggoreng saya untuk membeli insurans. dia cakap rule baru sebab ramai buat fraud claim. jdnya, rasa better ambek yang senang nak hospitalized..dr skim baru dari syarikat ni..correct me if im wrong..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:46 PM | Show all posts
insurance mmg akan seboleh2nya decline payment. Sekarang ni mcm2 diorg minta as supporting kalau kata demam dia nak blood result...nak temperature chart...segalanya. Kita bayar bulan2 x pernah missed nak claim punya la payah. Tapi ada juga pembeli yang nakal saja2 je nak masuk ward x nak outpatient sebab boleh claim insurance.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape sket je komen ni..mana2 yg otai psl insuran kongsilah.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:54 PM | Show all posts
Ni Prudential BSN ek?
Dulu aku pun ada amik insurans ngan dorang ni
sekali ada masuk TV pasal management ke pe
aku terus kontek agent
tukar ke MAA Takaful
sekarang MAA pun dah jadi Zurich

entahlah..
aku pun tak tau mana satu insurans yg bagus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha! Aku pun pernah kene dgn PruBSN ni. Now aman2 aje dgn AIA
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat seriau nk claim nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
I think kita sbg pengguna pn kene dpt agent yg bagus.. Meaning bukan setakat nk close deal and malas nk update clients. Agent yg bagus akan jaga clients dia and advise.. Bukan lepas tgn mcm kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 07:41 PM | Show all posts
Sebenarnya sila buat pemilihan agen yang bagus.yang ramai kawan kita guna yang memang ternyata beri service yang terbaik.ciri agen yang bagus aku amik insurans selama 8 tahun.bila aku sign perjanjian aku dapat payung,goodies.tiap awal tahun tak kedekut bg diari pada pelanggan, aku mendiam diri tanya khabar,aku mengandung bg buku,aku bersalin bagi hadiah,raya dapat sampul duit raya,dapat goodies. (Ni tanda pertama agen yg baik.berapa ramai ada agen mcmni?atau main sauk?)

Mamat ni aku rasa MCM pertama kali ke apa masuk hospital swasta?sebab kalau masuk hospital private even kau under full cover insurance dr syarikat mana pun.tengah malam tengah pagi atau petang,kau memang akan bayar deposit terlebih dahulu.dan akan dipulangkan kemudian.ni berdasarkan 2 insurans aku dr syarikat yg berbeza.ada hospital yg kena deposit sampai rm450.tapi bila keluar dia pulangkan balik.anak dia pun bukan sakit teruk,anak aku dah kena kat kempas Medical center bila malam demam,dia bg ubat je suruh balik,tak boleh admit walau suhu tinggi.dia bg ubat shj.ingat satu je kalau ilmu dah cukup tinggi dlm insurans baru kau boleh PG sendiri hospital tanpa agen,kalau masih xtahu cara supaya mudah untuk admit Jgn pandai2.

Kedua agen yg baik takkan tinggalkan korang uruskan diri sendiri bila kau admit.dia akan pantau GL kau dengan hospital,dengan pihak insurans .walau tengah malam buta,walau kau kat Terengganu dia kat KL.tiap kes biasanya akibat salah pilih agen,,sbb agen yg ajar kau cara cakap dengan pihak hospital yang biasanya kalau kau salah cakap boleh menjadikan potensi GL kau decline.ada yg lagi bagus Memandai terus PG hospital xinform agen,dah tu polisi lindungi apa pun xtahu.satu kesalahan kita cakap,satu kesalahan dr report doktor akan sebabkan GL kita tak lepas.contoh kes aku dulu akibat mandai2 aku sakit perut,doc salah tulis report (ada term yang digunakan doc akan sebabkan GL kita decline.kat sini perlunya agen)bila dah decline even 2nd attempt bila pihak insurans dah ragu mmg GL kau xkn lulus.kau kena guna pay n claim.lpastu pihak insurans akan siasat rekod kesihatan kau.lagi2 kalau insurans kau baru 1 tahun.

Dan yang paling penting dgn agen ni Jgn menipu,cakap kau sihat kau ok.kalau kau amik insurans bila kau ada tanda sakit.contoh kau mula syak kau ada darah tinggi,kau amik insurans Lpstu..sila beritahu agen.dia akan bg penerangan.aku tahu ramai yg gini kan?sebenarnya dh ada tanda sakit baru mik insurans,,TP kelak bila kau nak explain kat doc pasal rekod  kesihatan kau,kau kantoi..

Yang utama..PILIH AGEN YANG BAGUS, jangan admit tanpa tanya agen.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 16-8-2016 04:38 PM
Byr bulan2 msti mahal kan

Kene tgk kemampuan anda. Serendah rm 80 pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 16-8-2016 05:32 PM
Haha! Aku pun pernah kene dgn PruBSN ni. Now aman2 aje dgn AIA

Kena mcm mana tu u....cu citer.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 16-8-2016 04:54 PM
Ni Prudential BSN ek?
Dulu aku pun ada amik insurans ngan dorang ni
sekali ada masuk TV pasal mana ...

Setiap insurance pun baik, kene tgk benefit dia. Kalo tk keberatan saya leh tolong review policy saudara saudari secara percuma.

Tk perlu bayar duit pun, hantar ke watsapp saya je.

016-9598429
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 16-8-2016 05:32 PM
Haha! Aku pun pernah kene dgn PruBSN ni. Now aman2 aje dgn AIA

Yg komen kat fb....AIA pun sama....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 16-8-2016 07:41 PM
Sebenarnya sila buat pemilihan agen yang bagus.yang ramai kawan kita guna yang memang ternyata beri  ...

Bagus komen anda.

Apa yg anda kata memang betol.

Lebih baik medical card digunakan utk penyakit yg kecemasan atau berat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bibi_michelle at 16-8-2016 09:10 PM


Biasa suggest kat orng kalo deman biasa atau selesama lebih baik jgn guna medical card. Jgn kedekut duit tersebut untuk bayar kat klinik, medical card lebih elok digunakan u tuk kes kes kecemasan, seperti cancer ke accident ke kes kes yg berat.

Disarankan bagi semua yg ada medical card, sila pastikan insurance anda masih aktif dgn bayaran Bulanan.

Jgn tipu semasa beli insurance, kalo anda ditimpa apa apa penyakit kat mana2 hospital swasta ke klinik kecik ke klinik private ke, team team dari pihak insurance comfirm memang boleh detect anda, skrg zaman moden ma -.-"

Once kene warded dgn penyakit a adalah pulak penyakit b keluar, masa ni maka terbocor la rahsia penyakit anda selama ni. Maka pihak insurance berhak batal insurance anda maka anda bayar lah sendiri kos perubatan tersebut. Kalo nasib kurang elok lagi maka anda kene saman sivil atau saman jenayah sebab kes beri maklumat palsu atau kes tipu.

Kalo nak masok wad ke emergency case ke sila call agent anda, sebelum anda buat apa2 keputusan. Malam kul 12.30 ke pagi buta ke mereka akan standby untuk menolong anda.

Tula sebab jgn lepas beli insurance ko senyap agent pun senyap u tk msg dia tanya khabor. Kadang kadang kite sebagai agent 24 jam memang kerja je, kalo agent tk cari u call la agent keluar minum ke apa ke borak utk tau agent tersebut masih aktif ke tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 09:11 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 16-8-2016 09:06 PM
Yg komen kat fb....AIA pun sama....

Saya dari aia bang, kalo abg tk keberatan saya leh tolong review policy abg secara percuma.

Biar abang lebih mengetahui apa jenis peelindungan yg ada pada policy abg.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 09:13 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 16-8-2016 04:54 PM
Ni Prudential BSN ek?
Dulu aku pun ada amik insurans ngan dorang ni
sekali ada masuk TV pasal mana ...

Kalo saudara tk keberatan saya leh review policy anda secara percuma serta terangkan kepada saudari pelan aia public takaful.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 09:20 PM | Show all posts
ms_furby replied at 16-8-2016 04:44 PM
honestly insurans ni yang mana yg dah ambek lama dah, ok la..sebab yg lama akan terpakai..yang mana  ...

day 1 - g klinik sebab sakit perut , doc check kata sakit perut biasa masok angin je perut tu.

Day 2 - sakit lagi g klinik B, check doc kata makan ubat lepas tiga hari lagi tak ok dtg lagi

Day 3 - sakit teruk dah, g balik klinik b, doc check kene appendix kene bedah segera. Kene masok ward - tukis surat rujuk ke hospital

--------------

Kemasukan segera ke hospital panel terdekat buat operate


Jawapan -

Pre hospitalization u tuk day 1 ke day 3 boleh claim balik within 60 days


Post hospitalization - lepas pembedahan kene balik hospital cuci luka buka jahitan tu semua leh swape pakai card. Within 120 days


Kalo nak g tukang urut ke tukang jarum ke kene pasti kedai tu ada sijil berlesen yg disahkan - tu leh claim balik gok


(Segala tertakluk kepaza terma syarat dalam polisi anda)

Sila rujuk balik polisi anda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 09:40 PM | Show all posts
semua insurans ni menipu

mne ada nk baya..........tuduh kita fraud

derang asal miskin............tpi nk idup seng lenang.............buat la ponzi skeme,dengan amik duit org rmai.........jual nya pada publik gerenti cover itu ini............masa bneda da jadi,ini salah awka sendiri,ini x cukup syarat,ini sabotaj,klua klausa yg plan awak amik x kaver

cuba tngok insuran yg 30 ringit tu..............x de masa nya nk refund riban riban dekat kau..........makan atas angin je 30 ringit tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.081916 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list