CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20096|Reply: 146

Pelakon Cilik Rykarl Kembali Bersekolah Selepas Dua Tahun Belajar Di Rumah

[Copy link]
Post time 17-8-2016 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Jika dua tahun lepas pelakon kanak-kanak Rykarl Iskandar atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal Norhamizan mendakwa dibuli di sekolah, kini teruja untuk kembali semula belajar bersama rakan-rakan di sekolah selepas dua tahun beralih ke pembelajaran dari rumah atau home schooling.

Rykarl, 11, berkata, dia akan mula belajar di sekolah kebangsaan yang sama iaitu Sekolah Rendah Sri Pintar Al-Amin tahun depan bagi membuat persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Rykarl turut memperlahankan kerjaya lakonannya tahun depan bagi memberi fokus kepada pelajaran.

Sementara itu, bercerita tentang pencalonan kategori Pelakon Kanak-Kanak terbaik menerusi filem Cicakman 3, Rayqal berkata, dia tidak menaruh harapan tinggi untuk menang.

Pemenang kategori yang sama dua tahun berturut-turut ini mengakui berhadapan dengan calon-calon yang sengit kali ini.

Rayqal bakal bersaing dengan pelakon Aliff Firdaus (Jejak Warriors), Harvind Raj (Jagat), Shivatharan Nambiar (Ola Bola), dan Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple).

Malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam. - CARI



















Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia n mia sara dan balqis fefeeling kena buli dan dipulaukan di sekolah ek? Klu ai jadi dorg, harus ala2 mean girls kot sbb kau popular kan? X paham la bdk2 zmn skrg..
Atau sbb kau x pandai akademk kot tu rasa tersisih wpon job acting kencang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:29 AM | Show all posts
ayahanda sohai tgk ni rykal pon pi sekolah balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:33 AM | Show all posts
lazim replied at 17-8-2016 10:29 AM
ayahanda sohai tgk ni rykal pon pi sekolah balik

dah nak upsr besok, masuk la skolah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 17-8-2016 10:22 AM
Kenapa dia n mia sara dan balqis fefeeling kena buli dan dipulaukan di sekolah ek? Klu ai jadi dorg, ...

Bebudak skrg..bukan boleh kira. Mungkin jeles sbb diorg berlakon and glemer. Itu yg kena buli. Nak2 kalau takde kawan kat skola. Lg la sng kena buli
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah kalau org tua pon blamabak kaki buli apetah lg bebudak..dah jenis mak pak kaki buli anak mengikut lah.buat2 heran plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2016 10:39 AM | Show all posts
Buli banyak kaedah..
Macam rakan sekelas pulaukan pun dh dikira buli..
I rasa dia jenis banyak skip kelas sbb program then x ramai kawan, lepastu banyak tertinggal,
sapa je nak kawan dengan dia kalau camtu.
lama2 boleh fed up la asyik akuuuu je nak kena salin nota/homework utk ko.
ingat aku PA ko? haha.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:42 AM | Show all posts
pelkon yang pernah famous (ke?)  pun dah nak masuk sekolah balik.

anak2 mie laksa yang setakat penyanyi pasar malam je nak feeling2 tak nak masuk sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 10:43 AM | Show all posts
aku xsuka budak ni berlakon. over. elok la kau sekolah belajar pandai2..xyah berlakon lagi pun xpe
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:48 AM | Show all posts
anak ayahanda mie laksa dan ina redha x nak masuk skolah ke dik?

ke adik2 ni suka ngn cara ayahanda dan ibunda home schooling uols...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah ke sekolah..

Tak ke sekolah kerajaan, ke sekolah swasta pun ok. Sekurangnya dapat menimba pengalaman bersekolah kan..

Aku dulu pun bersekolah swasta..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:53 AM | Show all posts
Mungkin budak ni kena sisih kat sekolah. Takde sapa nak kawan dengan 'pelakon popular'.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Belajar elok elok dik. Selamat maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla dik, masuk sek balik.
Zaman persekolahan la zaman yang paling best.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah dik. At least mak bapak ko sayangkan masa depan ko
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:57 AM | Show all posts
laa dah 11 thn rupanya dia
aku ingatkan kecik lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mati2 igt nama die mmg rykal iskandar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 11:09 AM | Show all posts
ha'ah ...dia ni kena belajar pandai2 sbb besar esok rasanya muka cam dia ni takde market,just kalau dpt watak pun, sbg pelakon tempelan je boleh lah besar nanti...skrg takpelah dpt watak utama sbb kecik lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 11 tahun?? Nmpk mcm 7tahun  ...dah besar nanti mesti katik mcm tam suhaimi  
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 11:49 AM | Show all posts
mieymiey replied at 17-8-2016 10:53 AM
Mungkin budak ni kena sisih kat sekolah. Takde sapa nak kawan dengan 'pelakon popular'.

ke sebab ko fefeeling diva popular, pastu fefeeling victim kena buli takde orang nak kawan bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052335 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list