CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3675|Reply: 17

Pengguna Motosikal Dah Tak Boleh Guna Topi Keledar 'Kura-kura'

[Copy link]
Post time 17-8-2016 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Meskipun penggunaan topi keledar berbentuk separuh atau 'kura-kura' ini tidak selamat dan sudahpun diberi amaran pengharaman daripada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kerana tidak mendapat kelulusan SIRIM Berhad (SIRIM), namun penunggang motosikal dilihat masih ramai yang menggunakannya.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar memberhentikan penjualan topi keledar kura-kura kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.


Gambar hiasan



Menurut mStar Online, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar itu walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

Anda perlu tahu, topi keledar sedemikian tidak mampu untuk melindungi bahagian kepala sekiranya penunggang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Orang ramai juga seharusnya mempunyai kesedaran dengan tidak membeli dan menggunakan topi keledar yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Topi keledar yang digunakan perlu mendapat kelulusan SIRIM dan selamat untuk melindungi bahagian kepala, justeru topi keledar separuh ini langsung tidak sesuai di jalan raya.

Paling selamat, semua penunggang dan pembonceng motor wajib memilih atau menggunakan topi keledar penuh muka (full face helmet). - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Da berkurun helmet kura-kura ni di pasaran baru skrg nak hentikan jualan..
Pelik betul..patut dr dulu haramkan terus
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai helmet kura2 ni skali eksiden besepai muka
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Helmet magnum pun sama gak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 09:59 AM | Show all posts
kalau pakai helmet yg full face bila benti nak masuk kedai ke,
kena angkut helmet skali
tak pasal2 kena rembat
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 10:59 AM | Show all posts
Pakai le jenis apa pun kalau tak dipakai dengan betul tak diikat talinya dengan kemas hanya sekadar sangkut atas kepala je pun tak ada maknanya jugak nak lagi kalau merempit memang mendapat le
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2016 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya ninja turtle dan kura kura shj yg selamat pakai helmet kura2 . Kura2 dlm perahu pura2 x tahu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Helmet ni memang lama dah diharamkan. Rasanya dah lebih 5 tahun dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 02:07 PM | Show all posts
baru arini tau topi tu nama kura kura
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 03:03 PM | Show all posts
helmet ni bukan ker dah lama diharamkan.. tp yerlaa, like others said, kenapa kat pasaran masih dijual.. hermmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 03:15 PM | Show all posts
aku pggl helmet steng je
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 03:15 PM | Show all posts
memang dah lama kot diharamkan..tapi dijual macam biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 03:58 PM | Show all posts
hmmmm.... tak nmpak mcm helmet pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli kna GST kot... Xkan nak diharamkan?
Naik cub pakai full face? Kang xpasal kena caj nak mnyamun...  Lagipun helmet kure
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 11:51 PM | Show all posts
helmet kura2 adalah helmet pebret iols. yg lain buat berat kepala okeh...

tp apakan daya demi keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 02:27 PM | Show all posts
Jika ada yang mau merubah nasib melalui judi togel,ritual uang balik,pesugihan tanpa tumbal,dll silahkan hub,,,Aki jagad samudra di,,,085398722048 Atau klik http://dewatogel777.blogspot.com hanya kepercayaan dan keyakinanlah yang bisa merubah nasib anda menjadi orang sukses.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2017 02:34 PM | Show all posts
Comelnya helmet kura-kura ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 02:35 PM | Show all posts
Lahabau punya forumer yang spam, benang lama rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.072418 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list