View: 3130|Reply: 9
|
[Tempatan]
Khadem Al Qubaisi Ditahan Abu Dhabi Berkaitan Skandal 1MDB
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://i2.sarawakreport.org
Terdapat perkembangan terkini mengenai Skandal penyelewengan kewangan bagi Syarikat 1Malaysia Development Berhad, 1MDB.
Berdasarkan sumber yang ada dekat dengan isu itu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, Khadem Al Qubaisi yang dikatakan merupakan individu utama dalam dakwaan penipuan bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana 1MDB telah ditahan pihak berkuasa Abu Dhabi Isnin lalu.
Bagaimana pun, difahamkan masih tiada pertuduhan telah difailkan terhadapnya.
Tambah WSJ, tahanan itu ada hubung kait dengan siasatan Abu Dhabi terhadap penipuan dan rasuah, termasuk peranan yang didakwa dimainkan Qubaisi dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Sebelum ini, Qubaisi disekat daripada meninggalkan Emiriyah Arab Bersatu dan asetnya di negara itu telah dibekukan, menurut laporan April WSJ.
Sehubungan itu, WSJ turut melaporkan penyiasat Amerika Syarikat (AS) memperluaskan siasatan mereka ke atas dana dan urusan melibatkan Qubaisi yang mereka syaki telah mengawal penipuan yang didakwa, menurut sumber yang biasa dengan siasatan.
Bulan lalu, tindakan undang-undang sivil telah dambil Jabatan Kehakiman US untuk menyita aset di AS bernilai kira-kira AS$100 yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada 1MDB, dana yang ditubuhkan pada tahun 2009 untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.- CARI
sumber berita : mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
negara luar mengambil tindakan terhadap kes 1MDB..manakala kita iaitu negara dimana duit 1MDB dicuri tidak mengambil apa2 tindakan malahan membuat keputusan bahawa 1MDB tidak perlu disiasat..jika ditanya manusia normal ianya sangat sangat pelik..sama macam duit anda dicuri dan pencuri ditangkap oleh jiran anda tapi anda tidak ingin menyiasat bagaimana ia dicuri |
|
|
|
|
|
|
|
Najib gak aman2 jah... betapa baiknya rakyat malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong jangan libatkan Najib Razak dalam hal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Samm_BM replied at 19-8-2016 04:20 PM
Tolong jangan libatkan Najib Razak dalam hal ini.
Siapa Najib tu?Hang punya apak ka. Siapa perintah Malaysia,mat bangla,mat yindong,Agung ataupun PM? |
|
|
|
|
|
|
|
Habisla dinasti Razak kali ini, najib ni mmg spoilt brat dlm adik beradik dia yg ramai2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suweei betul bijan ni. Semua org yg dia wish dalam olimpik semua kalah. Tensionnn mak: |
|
|
|
|
|
|
|
Suwey berjangkit... |
|
|
|
|
|
|
| |
|