CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3548|Reply: 2

Sering Bergaduh, Punca Rezeki Susah Masuk Ke Dalam Rumah?

[Copy link]
Post time 19-8-2016 03:49 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Kata orang, perkahwinan itu merupakan salah satu punca rezeki. Ditambah lagi bila adanya kehadiran cahaya mata. Semakin melimpah ruah rezeki yang diperoleh seisi keluarga.


Namun, jika sebaliknya berlaku seperti rasa gundah gulana, sering tidak cukup duit, anak pun selalu sakit, pasti ada puncanya.


Marilah kita bermuhasabah dan cuba menjadi suami dan isteri yang lebih baik. Memetik laman Irfan Khairi, di bawah ini merupakan antara sebab utama mengapa sukarnya rezeki masuk ke dalam rumah tangga.




Foto: Carian google





1. Sering bergaduh
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.




2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.




3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.




4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak.
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.



Foto: Carian google




5. Gagal mengawal emosi dan amarah.
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.




6. Kurang sabar.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit.




7. Kurang berdoa.
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. - CARI




Sumber: Irfan Khairi/ Facebook
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 09:19 AM | Show all posts
InsyaAllah...akan cuba amalkan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 05:21 PM | Show all posts
الأسرة السعيدة
bina keluarga bahagia gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.374659 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list