CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4846|Reply: 26

Nenek Tua Dipukul Dalam Klinik, Bukan Seperti Yang Anda Sangkakan!

[Copy link]
Post time 19-8-2016 05:51 PM | Show all posts |Read mode
sumber foto: laman facebook Friend of BN



Laman facebook Friend of BN memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang perempuan berbaju merah kelihatan sedang menolak kerusi roda yang diduduki oleh seorang nenk tua yang berbaju biru.


Berdasarkan makluman laman facebook tersebut, kejadian tersebut berlaku di sebuah klinik kerajaan yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur.


Rakaman itu dilakukan oleh seorang saksi yang berada di tempat kejadian.


Admin laman facebook tersebut menyatakan di status : " Tak pasti mak sendiri atau orang lain, tapi tak perlulah kurang ajar macam tu."




sumber foto: laman facebook Friends of BN




Paparan visual jelas kelihatan perempuan berbaju merah itu dari awalnya pukul dan tolak nenek tua itu, namun nenek tua itu hanya menjenguk perempuan berbaju merah itu dan angkat tangannya tunjuk ke arah depan tanpa memarahinya.


Individu yang merakam kemudian mengalihkan lensa kamera ke arah yang ditunjuk oleh nenek tua itu.


Di situ kelihatan dua orang jururawat berada di kaunter.


Nenek tua cuba nak mengerakkan badannya ke depan, tetapi ditarik ke belakang secara kasar oleh perempuan itu.







Video tersebut ditonton oleh 860 ribu orang, kira-kira 12 ribu orang berkongsi video itu dan seramai 4,000 netizen memberi komen.


Pada mulanya, rata-rata netizen mengecam tindakan perempuan berbaju merah tu tidak berperikemanusiaan kerana sanggup bertindak sedemikian ke atas seorang nenek tua.


Ada pula rasa hairan kenapa jururawat yang berada di lokasi itu tidak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya dan membiarkan nenek tua itu dikasari oleh perempuan tersebut.


Terdapat juga netizen, yang mengambil keputusan untuk mengesan identiti perempuan yang berbaju merah itu, untuk menggesa dia minta maaf secara terbuka terhadap nenek tua berkenaan.




sumber foto: laman facebook Friends of BN




Susulan itu, seorang netizen yang mengenali perempuan berbaju merah itu dan mengesahkan nenek tua itu sememangnya ibu kepada perempuan terbabit. Tetapi ramai di antara kita tidak sedar, sebenarnya perempuan berbaju merah yang bertindak kasar itu bermasalah terencat akal.


" Dia bermasalah mental, sering akan berketawa seorang diri."


Netizen bernama Afizan beritahu dirinya sering nampak mereka berdua di pasar, namun perempuan yang terencat akal itu tidak pernah mengganggu orang.


sumber foto: laman facebook Friends of BN




Afizan mengecam ramai netizen gemar memberi komen yang negatif tanpa pengesahan atau bukti yang sah, manakala individu yang merakam kejadian itu sepatutnya tampil ke depan dan memberi bantuan buat nenek tua itu.


"Yang paling bermasalah adalah kita semua, suka mengkritik sesuatu perkara tanpa pengesahan yang sewajarnya." - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang suka kritik sesuatu perkara tanpa tahu kedudukan perkara itu sebenar sebenarnya memang ramai. Dlm CI ni pun ramai. Meka pun termasuk dlm kategori mentel jgk. So org mentel komen org lain mentel 2x5 = 5x2 bersamaan 7  lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian org mental ni....diorg pun tak nak kena penyakit tu..
Tp sbb terlampau stress & x dpt khidmat pakar psikiatri, terus jadi cmtu...

Semoga cepat sembuh & mkn ubat sllu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu i kata acik tu ganaih dah serupa isis. Rupanya dia mental, menjaga plak ibu yang dah uzur. Maaf ku pinta atas ketelanjuran mengomen.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 07:07 PM | Show all posts
dubuk sayang semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 07:16 PM | Show all posts
Sebab kena siasat dulu sebelum bercerita dari sekeping gambar atau satu rakaman video boleh mengundang banyak salah sangka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2016 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pdn muka fob = penyebar fitnah. Sape caya sgt follow page ni mmg xbtol.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian.. Mak dia mesti tak marah ngn ank dia wat gitu sbb dh phm kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.m merangkaklah aku di padang mahsyar nanti sebab pandang serong dan maki pompuan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kneepad buy 1 free 1. Tehehehe. Sapa nakk?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetap rasa kesian pd nenek yg dh tua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesianla nenek dpt anak mental...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga allah bantu dan permudahkan segala urusan dan usaha dia menjaga ibunya dan diri dia juga...sebak....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sekarang. Sikit2 nak viral. Dah la tak nak siasat dulu. Gila glemer yg suka viral benda tah apa2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif nak viral kan.?????
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 04:05 PM | Show all posts
entah iyer entah tidak kurang siuman... info x sahih pakai petik jer aku pn boleh reka citer camni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
X kira la mcm mn pn.aku ttp x stuju dgn kegilaan org lani.sikit2 nk viral.nape tukang viral yg amik vid tu x leh p tlg nenek 2 ms die kena pukul.ni dok sibuk amik vid n did nothing.pastu ada hati upload vid hentam akak tu.kalau btul ikhlas p la tegur depan2.sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:55 PM | Show all posts
Nham22 replied at 21-8-2016 01:55 PM
Motif nak viral kan.?????

Orang yang ambik bideo tu takde teloq di dunia nyata. Viralkan kat fb jer baru nampak macam ada teloq dan jadi wira papan kekunci..kiki
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih nak viralkan tanpa tahu hujung pangkal...
gi cari pokemon laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 01:45 PM | Show all posts
kesiannya nenek tu...huhuhu

anak2 lain tak ada ke?

anak yang kurang sihat juga yang bawa nenek g hospital
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064252 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list