View: 4533|Reply: 28
|
[Tempatan]
TMJ 'Merajuk' Ke? Berehat Seketika Daripada Bola Sepak
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-IIN at 22-8-2016 12:29 PM
Oleh Izzah Abbasy
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), mengakui dirinya ingin berehat seketika daripada bola sepak.
Beliau yang ditemui pada sesi dialog bersama penyokong dan media, berkata keputusan untuk berehat antara setahun dan tiga tahun itu mungkin dilaksanakan sekiranya JDT meraih kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.
TMJ percaya JDT mempunyai ramai pelapis berkelayakan dalam menerajui kepimpinan sewaktu ketiadaannya, apa lagi ia juga sudah mempunyai sistem pentadbiran yang ditetapkan.
"Saya tidak nafikan sudah banyak kali terfikir untuk mula menjalankan tugas yang lain dan tidak lagi berada dalam kelab.
"Bagaimanapun, saya belum ada apa-apa perancangan jelas dan sedang menilai kelab ini secara keseluruhan," katanya yang turut sedar tindakan itu akan menggembirakan sesetengah pihak yang menginginkan pengundurannya daripada bola sepak.
TMJ berkata JDT bakal kehilangan penajaan antara RM35 juta hingga RM40 juta tahun depan sekiranya kehadiran penonton terus menunjukkan penurunan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Katanya, kedudukan itu bermakna JDT bukan lagi dalam keadaan boleh membeli pemain yang hebat malah terpaksa menjual atau mengeluarkan sesetengah pemain untuk memastikan kewangannya tidak terjejas.
"Sebab itu, saya sering menasihati penyokong dan perkara ini tidak sepatutnya menjadi perkara jangka masa pendek.
"Penyokong mempunyai tanggungjawab ke atas kedudukan JDT kini, sama ada dari segi kewangan ataupun sokongan padu," katanya.
Sumber : Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Thread memancing orang masuk penjara macam peyno.
Berhati hati semua.
Kalau nak komen yang puji2 saja... |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh punya tajuk dia kata nak berehat bukan merajuk ,wartawan cari nak kena repot penyokong tegar tmj ke |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah berehat.... tapi jangan lupa cari sponsor, perhatikan kelab 24 jam sebab orang ni kalau diberi amanah selalu jek terkucil especially bab duit.
dalam pada berehat tu eloklah TMJ pi sambung belajor... study pasal human behaviour ke, psikologi ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
pen drive |
|
|
|
|
|
|
|
jdt seri dgn pkns |
|
|
|
|
|
|
|
oppol replied at 22-8-2016 12:01 PM
Thread memancing orang masuk penjara macam peyno.
Berhati hati semua.
Kalau nak komen yang puji2 s ...
Lawa nyer tmj pakai headband.... hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mampu blank face.. nanti senyum salah, gelak salah, muram pun salah... manusia ni nak butthurt mcm2 punca... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga maju jaya. JDT mmg letgo piala Malaysia sbb nak Jadi Juara Liga & AFC Cup. Perancangan yg bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjaya apa jua bidang yg diceburi |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 22-8-2016 01:28 PM
Lawa nyer tmj pakai headband.... hahahaha
Comel macam baby.. |
|
|
|
|
|
|
|
oppol replied at 22-8-2016 03:05 PM
Comel macam baby..
Ko jgn main2.. Org cakap rosmah cute pun kena tangkap. Jgn plk ko jd mangsa seterusnya satu sel dgn peyno. Jenuh aku nk hantar stok pisang sale. |
|
|
|
|
|
|
|
oo merajuk sebab penyokong xdatang stadium rupanya...ni mesti sebab prestasi hambar kat piala malaysia...
nampak sangat menyokong hanya ketika menang..ingat fanatik sangat |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu kata banyak duit .
|
|
|
|
|
|
|
|
Laa..Aku puji la bukan kutuk |
|
|
|
|
|
|
|
AFC CHAMPION LEAGUE nanti penuh la tu kan INVADE ASIA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|