CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1679|Reply: 0

Rayuan Kerajaan Ditolak Berhubung Kerosakan Harta Benda Ketika Bersih 3

[Copy link]
Post time 24-8-2016 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://4.bp.blogspot.com & aeshahadlina.files.wordpress.com



Rayuan kerajaan dalam saman sivil difailkannya terhadap jawatankuasa pemandu Bersih berhubung kerosakan ke atas harta benda awam dalam perhimpunan Bersih 3 pada 2012 ditolak Mahkamah Rayuan kelmarin.


Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lepas yang menolak saman kerajaan bagi menuntut ganti rugi.


Beliau berkata mahkamah mendapati tiada peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang secara jelas menetapkan hak kerajaan untuk membuat tuntutan.


Katanya Seksyen 6(2) PAA tidak mewujudkan “satu hak tuntutan sivil oleh kerajaan" dan kerajaan persekutuan pada masa sama juga tidak diberikan hak untuk menyaman bagi kecuaian di bawah undang-undang lain.


Terdahulu, kerajaan menyaman jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, termasuk bekas pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga dan 14 anggota jawatankuasa itu.


Dalam saman sivil difailkan pada 15 Mei, 2012, kerajaan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan menuntut ganti rugi khas sebanyak RM110,543.27, sebagai kos untuk membaiki kenderaan polis yang rosak.


Di luar mahkamah, Ambiga berkata Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa di bawah PAA, kerajaan tidak boleh menyaman bagi ganti rugi dan menurutnya keputusan itu merupakan keputusan penting.- CARI





sumber berita: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Shuhada ‘block’ acik forum… apa yang sedang berlaku? (page 200)
JoyahMengayahShuhada ‘block’ acik forum… apa yang
Views : 156699 Replies : 4492
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 57238 Replies : 531
Tular sebuah video berhubung dakwaan bahawa isteri Nabi Muhammad SAW, Sayidatina Siti Khadijah Khuwailid RA berasal dari alam Melayu,UIAM ambil tindakan,
YgBenarTular sebuah video berhubung dakwaan bah
Views : 38800 Replies : 13
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97821 Replies : 5198
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21875 Replies : 525
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42940 Replies : 342
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 44591 Replies : 44
Aishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebumbung?
mojarean_XAishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebum
Views : 34050 Replies : 59
Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.Al Fatihah
YgBenarPenulis blog, Raja Petra Kamarudin menin
Views : 18582 Replies : 71
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 27027 Replies : 51

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.446028 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list