CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2639|Reply: 14

Rumah Lelaki Ini Hampir Dipecah Masuk, Dengarkan Pengajaran & Nasihat Dariny

[Copy link]
Post time 26-8-2016 06:44 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Kejadian jenayah terhadap kanak-kanak nampaknya semakin membimbangkan. Terbaru, seorang netizen telah berkongsi kisah ngeri bagaimana seorang lelaki hampir menculik kanak-kanak di rumahnya.


Lelaki dari Wangsa Maju ini berkata, isterinya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak di rumah. Berlaku kejadian yang menakutkan apabila adanya cubaan untuk pecah masuk ke dalam rumahnya pada waktu tengahari baru-baru ini.


"Ketika kejadian isteri dan anak-anak jagaan berada di dalam rumah. Isteri saya sedang membuat kerja di ampaian bekalang perasan bunyi seperti orang cuba membuka kunci," tulisnya.










Namun, perlakuan lelaki itu sempat dihalang apabila isteri lelaki ini terus menjerit dan menutup pintu serta tingkap.


Modus operandi penjenayah itu pula memang bijak apabila dia akan cuba menarik perhatian anak-anak kecil ke bahagian pintu dengan meletakkan selipar anak di bahagian dalam grill.


Kejadian yang berlaku ternyata memberi pengajaran kepada netizen ini dan isterinya. Justeru mereka tidak lupa untuk memberikan nasihat terutamanya kepada para wanita yang berada di rumah tanpa lelaki untuk melakukan perkara seperti:

1. Peka dengan perubahan di hadapan rumah.

2. Pasangkan jaring pada gril peintu atau tingkap atau tutup pintu ketika tiada orang lelaki di rumah.

3. Simpan selipar anak-anak dalam rumah.

4. Simpan nombor telefon balai polis berhampiran.














Semoga kita sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga agar si penjenayah tidak mudah mengambil peluang terhadap sekeliling kita. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mst dh lama dia perhatikan rmh ni..taw sape yg tnggal waktu2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak tutup pintu. Maksudnya grill dah kunci lah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak tutup pintu. Maksudnya grill dah kunci lah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 08:58 PM | Show all posts
munchkin replied at 26-8-2016 08:21 PM
Baru nak tutup pintu. Maksudnya grill dah kunci lah tu?

Aku rasa dia kunci grill je. Pintu di bukaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 08:58 PM | Show all posts
Makin menjadi2 pulak kes colik budak2.... agak2 ada kena mengena ngan penjualan organ ke uolss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Naya ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Naya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg kita kt umah kunci grill and buka pintu sbb nk bg angin masuk dalam rumah.. Biar sejuk tp dah mcm ni org luar memerhati.. Tutup je la pintu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 11:13 PM | Show all posts
Betul tu zaman sekarang ni tak yah le gigih nak buka pintu kalau tak ada orang lelaki dirumah dan nak kena alert selalu.  Penjenayah suka ambil kesempatan bila ada yang terleka
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 01:42 AM | Show all posts
Bahaya betul. Sentiasa kena berhati-hati.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 02:33 PM | Show all posts
dia dh aim la ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 03:32 PM | Show all posts
masyarakat semakin sakit dan parah...

nak buat jahat pun tak takut lagi....

colek kanak2 then nak buat apa? prostitution? ransom? makanan?

gosh...

kecik2 dulu tanak mati, dah besar nak menyusahkan orang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 03:22 AM | Show all posts
Kena sentiasa beringat kalu mcm nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063006 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list