Akibat cuaca panas yang keterlaluan, sehinggakan haiwan pun tidak dapat menahan bahang kepanasan.
Baru-baru ini penduduk di California, Amerika Syarikat terkejut nampak 3 ekor beruang hitam bermandi air di Tasik Tahoe.
Gara-gara gelombang haba yang melanda California, terdapat beruang hitam yang dipercayai merupakan ayah, kelihatan membawa 2 ekor beruang kecil secara perlahan-lahan berjalan ke dalam tasik untuk bermandi air.
Selain bermain air di tasik, malah selepas itu mereka kembali ke pantai untuk bersuka ria, rata-rata pengunjung yang berada di pantai tertarik dan rasa hairan dengan kehadiran mereka.
Ramai mengambil kesempatan merakamkan gelagat ketiga-tiga beruang hitam tersebut dari jarak jauh, namun tidak berani menghampiri mereka.
Wanita yang merakamkan video itu merasakan amat hairan dengan apa yang dilihat, dan menyatakan ketiga-tiga beruang hitam itu kelihatan kembali semula hutan dengan penuh kegembiraan.
Papran video tersebar dengan meluasnya di media sosial sehingga menarik kira-kira 70 ribu orang menontonnya. Terdapat netizen menyatakan sangat gembira manusia dan haiwan berenang bersama dengan penuh keceriaan di tasik.- CARI
Post time 31-8-2016 12:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by chazey at 31-8-2016 12:35 AM
MissMamamia75 replied at 30-8-2016 01:43 PM
baca tajuk tadi..ingatkan beruang hitam bawak anak orang gi mandi..
skali dia bawak anak dia sn ...
Ini binatang yang cerdik. Binatang ni walau tak berakal tapi aku percaya ada jah yang cerdik ada pula yang bodo nak mampus.
Anjing aku masa kecik2 dulu bila dah nak mati pi korek kubur sendiri pastu baring mati dalam tu taknak susahkan tuan dia korek kubur untuk dia. Sedih siot. Tanah dia korek tu og course shallow jah namun muat2 la pula untuk dia. Pandai sheol agak size.
Kat kampung kawan aku lak nun di Perak masa pak belang nak melintas depan gerai dia dehem2 dulu dua kali nak bagitau orang kampung dia nak lalu. Tapi deyol buat bodo bila dengar bunyi heshe. Nyampah kot takda respon heshe pun lalu lenggang kangkung depan gerai. Abis bertempiaran orang2 yang lepak situ lari.