Misteri Kehilangan dan Kematian Ahli-ahli Keluarga Jamison
Mayat tiga beranak ditemui empat tahun setelah kehilangan mereka dilaporkan pd 8 Okt, 2009. Bobby Jamison, 44 tahun, Sherilynn Jamison, 40 tahun dan anak mereka Madyson Jamison, 6 tahun dikhuatiri hilang dari trak mereka ketika dalam perjalanan untuk membeli sebidang tanah di luar kawasan Eufaula, Oklahoma.
Beberapa hari selepas kehilangan mereka yg mengejut, trak keluarga itu ditemui oleh pihak berkuasa - ditinggalkan begitu saja bersama dokumen2 pengenalan mereka, telefon2 bimbit, system GPS dan wang tunai sebanyak USD32 ribu. Anjing mereka turut ditemui di dlm kenderaan itu, kelaparan akibat ditinggalkan dan diabaikan tanpa air dan makanan berhari2 lamanya. Pada November 2013, tulang rangka dua org dewasa dan seorg kanak-kanak yg dijumpai oleh pemburu di tempat yg agak tersorok dan terletak 3 batu dari kenderaan mereka; disahkan sbg ahli2 keluarga Jamison. Menurut pakar bedah forensik, mereka gagal menentukan punca kematian kerana ketiga-tiganya dalam peringkat sangat reput. Para penyiasat percaya kesemuanya mati dalam masa beberapa jam selepas kehilangan mereka. Apa yang agak membingungkan, Bobby dikenali sebagai seorang yang mahir dengan kawasan hutan.
Peta menunjukkan kedudukan mayat dan trak Jamison
Banyak teori bertebaran berkenaan kehilangan misteri keluarga ini. Ada yg percaya mereka memalsukan kematian sendiri, membunuh diri beramai2, atau dibunuh oleh kultus yg ganas. Seiring dgn kelakuan pasangan Jamison yg pelik sebelum mereka lenyap secara tiba2, ada juga yg berpendapat kematian mereka berpunca drpd urusniaga dadah yg gagal. Menurut sebahagian pengikut kes ini pula, bapa Bobby mungkin ada kaitan kerana waktu itu dia dan anaknya sedang berselisih faham dan terlibat dlm kes saman menyaman.
Teori paling seram adalah yg membabitkan seorg paderi, satu pengakuan dan sebuah buku. Pernah sekali, pasangan Jamison memberitahu paderi mereka bahawa rumah mereka berhantu dan terpaksa menggunakan kitab syaitan untuk menghalau roh-roh hantu tersebut. Ketika pihak berkuasa memeriksa rumah Jamison, mereka menemui tulisan pada kontena kapal kepunyaan Bobby: “3 ekor kucing telah dibunuh oleh orang di kawasan ini… Ahli sihir tidak suka kucing hitam mereka dibunuh.”
Kitab syaitan
Selain itu, mereka juga memperolehi rakaman kamera keselamatan keluarga Jamison yang menunjukkan pada hari kehilangan mereka, pasangan itu keluar masuk rumah membawa barang untuk disimpan ke dalam trak. Bobby dan Sherilynn seolah-olah dalam dunia sendiri, tiada komunikasi langsung antara mereka. Berdasarkan tingkah laku kedua2nya di dalam video itu, polis beranggapan pasangan Jamison berada di bawah pengaruh dadah. Dikatakan pada waktu kehilangan mereka Bobby dan Sherilynn sangat kurus dan tidak bermaya – membuatkan pihak polis mengesyaki mereka menagih crystal meth. Namun selepas menggeledah rumah itu, mereka tidak menemui sebarang kesan dadah ataupun bahan terlarang.
Post time 19-12-2018 11:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
gadis_tulip replied at 22-11-2018 03:41 PM
You tengok CI selalu siri yang mano ye?
Guiltylogy, sebenarnya kat CI dah mcm tak byk yg best mungkin kes2 tu yg tak best bagi iols kot huhu cenel EVE tu ade crime stories yg best gak tapi astro dah buang plak cenel tu.
kat tumblr pun subur dgn peminat fanatik serial killers dan mass shooters. byk blog yg dedicated utk dia org.
yup, ai syak faktor Zac Efron yg membuatkan para penonton terutamanya gadis2 muda fetishize dan jatuh simpati pd Ted Bundy. ugghh. dulu khabarnya masa perbicaraan Ted Bundy, berduyun2 pompuan datang... berebut2 tempat duduk kat belakang Ted. Siap pass2 surat cinta kat legal team, soh bg kat dia. Bayangkan pembunuh bersiri pun ada groupies. Sejak ada doku dan filem baru nih, nama Ted Bundy hidup semula... groupies generasi baru yg anggap dia cool dan glamour.
Yg paling sedih takda siapa peduli kisah2 mangsa. Ada di antara mereka bakal tamatkan pengajian universiti, berkhidmat dgn kanak2 OKU, bercita2 utk jd social worker, atlet sekolah, pelajar terbaik etc. Promising lives and bright futures ahead of them, Ted musnahkan dan rampas drpd mangsa2nya. Berpuluh2 keluarga merana.
Post time 4-2-2019 07:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Terjumpa semalam..gigih la membaca smpi tido pun mimpi sedang membaca kalah nak exam...khatam jugak hari ni..dengan blog sekali sapu..tq Dani dll yg turut share citer kat sini. Rajin2 ler tempek lagi..
sejujurnya ai dah ada cerita yg ai nak share. tp masa belum mengizinkan dan sgt mencemburui diriku utk kaji dan translate. mungkin hujung minggu nih atau awal minggu depan. we'll see