CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 28-10-2019 11:19 AM | Show all posts
dani-rox replied at 28-10-2019 04:58 AM
Memandangkan cerita yg ai nak share masih lg tersangkut sbb MALAS  , buat sementara waktu ai sh ...

Wah! Welcome back dani

Kes basikal hijau ni, clear kut bukti tuju pada pembunuh tu

Tapi as people said la, mungkin ada campur tangan politik since pembunuh tu dari famili  kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Best dani, thanks. Nampak sangat sebab perbezaan status sosial tu sampai tak peduli history Ronald
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 05:50 PM | Show all posts
nah bunga tt.. sebab semua kisah yg tt share semua best. terbaik

harini baru rasa nak komen, wlpn dah lama jd sr je.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ada blogger cilok tulisan sini tanpa kredit kat tuan tanah.

plagiat = babi tonyok.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 03:54 PM | Show all posts
ada cerita baru x..lama x baca cerita best2 mcm kt sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2019 11:12 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 3-12-2019 03:07 AM
ada blogger cilok tulisan sini tanpa kredit kat tuan tanah.

plagiat = babi tonyok.

Hahaha... tp babi tonyok lebih mulia kot, tak mencuri dan capitalize usaha org lain.
Semoga dia org enjoy lah hendaknya setiap sen yg ai tak halalkan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2019 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-12-2019 11:12 PM
Hahaha... tp babi tonyok lebih mulia kot, tak mencuri dan capitalize usaha org lain.
Semoga dia  ...

oh kalau begitu plagiat ni lebih hina lah ya dari babi tonyok?memang zizik kirana lah kan kalau macam tu.

jangan halalkan dani .... biar kembung perut dia makan hasil haramjadah tu.

sudahlah bebal mencuri pula.kalau tak reti menulis minta tolong saja inspektor nahu ajarkan bukan kau cilok hak orang kau credit nama kau.

hei bebal plagiarism can involve uncited ideas, even if paraphrased laa, taking someone else's words, ideas, clauses or even a pile of shit pehtu presenting them macam bapak kau punya reta sama je macam pencuri lah dol.

ingat idea tu macam taik ayam agaknya, jalan sikit berak, jalan sikit berak ....



Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 02:28 PM | Show all posts
happy new year semua.
TT takde citer baru ke???? hehehe sis dah ulang ulang baca kes yang sama banyak kali ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2020 08:05 AM | Show all posts
MISTERI BILIK HOTEL BERNOMBOR 1046










Pada 2 Januari 1935, pukul 1.20 petang, seorang lelaki mendaftar masuk bersendirian di Hotel President, yang terletak di bandaraya Kansas City.

Lelaki tersebut tidak membawa sebarang beg bagasi, hanya satu sikat dan sebatang berus gigi – Dia meminta untuk sebuah bilik di salah satu tingkat atas hotel. Mendaftar masuk dengan nama Roland T. Owen, lelaki itu sempat merungut dengan salah seorang pekerja di situ, bellhop bernama Randolph Propst mengenai sebuah hotel yang berdekatan kerana menawarkan harga bilik yang terlampau mahal. Setelah mendaftar masuk dan menerima biliknya yang bernombor 1046 di tingkat 10, Owen pun keluar dari hotel itu dan hanya beberapa kali kelihatan sepanjang penginapannya di situ.


Ronald T. Owen

Bilik 1046


Walaupun perlakuan lelaki itu nampak aneh di mata pekerja-pekerja Hotel President, mereka menganggapnya sebagai sebahagian daripada pekerjaan yang bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Tambahan pula, mereka sudah biasa menerima tetamu yang datang dari bandar lain dan ahli-ahli perniagaan, yang mungkin mencari ‘teman’ lewat malam secara senyap-senyap – Mereka faham tetamu-tetamu ini lebih selesa menjauhkan diri daripada pekerja hotel.

Para pekerja Hotel President tidak mengendahkan perihal Owen sehinggalah enam hari kemudian, apabila lelaki itu ditemui mati, bilik hotel itu berubah menjadi lokasi jenayah kejam dan misteri. Ketika pekerja-pekerja disoal siasat oleh polis, barulah mereka menyedari betapa peliknya perangai Roland T. Owen sebelum kematiannya.

Pada 3 Januari, sehari selepas Owen mendaftar masuk, tukang kemas bilik bernama Mary Soptic singgah untuk membersihkan biliknya. Waktu itu sekitar 12 tengah hari – Kebanyakan tetamu dijangka keluar untuk bersiar-bersiar, makan tengah hari atau menjalankan urusan. Namun, setibanya di bilik Owen, Soptic mendapati pintu dikunci dari dalam.

Dia pun mengetuk pintu dan Owen membukanya, lantas menyuruh wanita itu untuk datang mengemas pada petang nanti. Apa pun, Soptic berkeras untuk masuk juga - Bilik itu dalam kegelapan dengan langsir tertutup rapat dan satu-satunya sumber cahaya datang daripada lampu meja yang agak malap.

Ketika Mary Soptic sedang membersihkan biliknya, Owen memberitahu bahawa seorang rakannya akan datang melawat tidak lama lagi dan meminta agar wanita tersebut untuk mengunci pintu. Soptic menjawab dengan akur, dan Owen pun meninggalkan bilik itu.

Empat jam kemudian, Mary Soptic kembali ke bilik 1046 dengan beberapa tuala bersih. Dia menemui pintu itu masih tidak berkunci selepas dia habis membersihkan bilik itu tengah hari tersebut. Apabila Soptic masuk, dia melihat Owen sedang tidur dalam pakaian lengkap di atas katil yang masih kemas. Secebis nota di atas meja bersebelahan tertulis: “Don, aku akan balik dalam masa 15 minit. Tunggu.”

Keesokan paginya, 4 Januari, penemuan dan interaksi aneh Mary Soptic dengan bilik 1046 berterusan.

Pada pukul 10.30 pagi, Soptic menjalankan tugas seperti biasa dan mendapati pintu bilik Owen dikunci dari luar seperti tetamu-tetamu yang lain. Beranggapan Owen tiada di dalam, wanita itu pun membuka pintu dengan kunci induk. Soptic sangat terperanjat melihat Owen sedang duduk di atas kerusi di sudut bilik dalam kegelapan. Namun, dia cuba berlagak biasa dan menjalankan tugasnya. Sewaktu Soptic sedang mengemas, telefon pun berdering dan Owen menjawab panggilan itu.

“Tidak, Don, aku tak mahu makan. Aku tak lapar. Aku baru saja bersarapan,” kata lelaki itu. Seketika kemudian, dia mengulang,”Tidak. Aku tak lapar.”

Selepas meletakkan gagang telefon, Owen mula menyoal Soptic mengenai pekerjaan dan hotel itu – Itulah kali pertama kedua-duanya berbual-bual. Dia bertanyakan berapa banyak bilik yang dipertanggungjawabkan kepadanya, jenis-jenis tetamu yang menginap di Hotel President, dan sekali lagi mengadu harga bilik hotel bersebelahan.

Soptic menjawab dengan tergesa-gesa, menyiapkan tugasnya dan meninggalkan Owen bersendirian. Apabila keluar dari bilik, wanita tersebut barulah tersedar sesuatu: Oleh kerana pintu itu terpaksa dibuka dengan kunci, bermaksud seseorang telah mengunci Owen dari luar.

Lewat tengah hari, Mary Soptic datang semula membawa tuala-tuala bersih, untuk menggantikan tuala yang telah dikumpul dan diambil pagi itu. Namun, sewaktu dia mengetuk pintu bilik 1046, wanita itu terdengar dua suara sedang berbual-bual di dalamnya. Apabila Soptic memberitahu dia menghantar tuala baru, satu suara lantang dan garau mengarahkannya untuk beredar, sambil menyatakan yang mereka mempunyai tuala yang mencukupi.

Walaupun Soptic yakin yang dia telah mengeluarkan semua tuala di bilik tersebut pagi itu, dia pun akur dengan jawapan itu, lantas meneruskan tugasnya ke bilik lain. Jelas sekali kedua-dua lelaki di dalam bilik itu enggan diganggu perbualan mereka yang kedengaran seperti amat penting dan rahsia.

Pada petang hari yang sama, Hotel President menerima dua orang lagi tetamu. Individu-individu ini akan menyumbang elemen misteri yang besar ke atas apa yang bakal berlaku di dalam bilik bernombor 1046.

Individu pertama, Jean Owen (tiada pertalian dengan Roland). Wanita itu tiba di Kansas City dengan menaiki kereta, untuk menemui teman lelakinya. Oleh kerana berasa tidak sihat secara tiba-tiba dan  perjalanan agak jauh untuk kembali ke kampung halaman, Jean memutuskan untuk bermalam di bandar tersebut dan mendaftar masuk ke Hotel President. Dia diberikan kunci bilik bernombor 1048 – bersebelahan dengan bilik Roland.

Berdasarkan dokumen keterangan dengan polis, Jean mendengar beberapa bunyi kekecohan.

“Saya mendengar pelbagai bunyi bising, datang dari tingkat yang sama, suara tinggi lelaki dan wanita yang saling menengking dan penuh sumpah seranah,” menurut Jean dalam keterangannya. “Apabila bunyi bising itu berpanjangan, saya ingin membuat membuat aduan kepada penyambut tetamu yang bertugas. Namun, saya tukar fikiran dan membiarkannya saja.”

Kemudian dia terdengar seperti pergelutan dan bunyi seseorang sedang tercungap-cungap. Jean menganggapnya sebagai bunyi dengkuran.

Individu kedua pula bukanlah tetamu hotel tetapi disyaki seorang pelacur. Seorang bellhop yang juga operator lif, Charles Blocher memberitahu polis mengenai aktiviti wanita misteri tersebut pada malam yang sama. Menurut Charles, wanita itu biasa dilihat berada di hotel kerana ramai tetamu lelaki yang melanggannya. Namun pada malam 4 Januari itu, wanita itu mencari seorang lelaki yang menginap di bilik 1026. Blocher lantas menekan butang lif dan membawa wanita itu ke tingkat 10. Walau bagaimanapun, lebih kurang 5 minit kemudian, wanita itu masuk semula ke dalam lif. Dia memberitahu Blocher bahawa lelaki yang dicarinya tiada di dalam bilik. Wanita itu berasa keliru kerana setiap kali dia datang ‘melawat’ sejak beberapa malam sebelum itu, lelaki itu sentiasa menunggunya.

Selepas menghabiskan satu jam mencari lelaki itu di semua tingkat hotel, wanita tersebut berputus asa dan pulang ke rumah. Adakah lelaki bilik 1026 (dan juga wanita itu) mempunyai perkaitan dengan apa yang bakal ditemui keesokan harinya?

Polis juga syak wanita itu barangkali tersilap nombor bilik, atau melindungi alibinya dan sebenarnya mencari bilik nombor 1046? Ini kerana menurut seorang bartender, dia pernah melihat Owen bersama wanita itu dalam keadaan yang mesra.

Keterangan Jean dan kehadiran wanita yang tidak dikenali itu menimbulkan banyak persoalan mengenai nasib si lelaki di dalam bilik 1046.

Pada keesokan paginya, bellhop Randolph Propst yang mengiringi Owen ke biliknya pada hari dia mendaftar masuk, menerima panggilan daripada operator telefon hotel, Della Ferguson. Della memberitahu bahawa telefon bilik 1046 tidak dapat dihubungi selama 10 minit, berkemungkinan gagang tidak diletakkan dengan betul. Maka Propst pun pergi memeriksa keadaan Owen di biliknya, tetapi dia melihat kad “Do Not Disturb” telah digantung pada tombol pintu.

Dia pun mengetuk pintu, dan terdengar suara Owen menyuruhnya masuk. Namun apabila Propst mengatakan pintunya berkunci, dia tidak menerima sebarang jawapan. Bellhop tersebut mengetuk pintu itu sekali lagi, dan menjerit kepada Owen agar meletakkan gagang telefon dengan betul – dia beranggapan Owen tengah mabuk dan mungkin terlanggar meja telefon atau tersalah letak gagang.

Walau bagaimanapun, hampir dua jam kemudian, Della Ferguson menghubungi Randolph Propst lagi. Gagang telefon bilik 1046 masih tidak diletakkan ke tempat asal. Kali ini Propst terus masuk ke bilik Owen dengan menggunakan kunci induk.

Lelaki itu kelihatan mabuk dan sedang berbaring di atas katil dalam keadaan bogel. Tidak mahu memanjangkan masalah, Propst pun menuju ke arah telefon dan meletakkan gagang ke tempat asal. Kemudian sebelum keluar, dia mengunci pintu bilik itu dari dalam.

Apa yang memeranjatkan, sejam kemudian Della menghubunginya dan menyatakan bahawa telefon itu tidak diletak dengan betul lagi.

Sebaik saja Propst membuka pintu 1046, dia melihat bilik itu penuh dengan percikan darah terutamanya dinding, tuala dan selimut. Owen dijumpai sedang duduk mengerekot di sudut bilik, sambil kedua-dua tangannya melindungi kepala. Badannya telah menerima beberapa tikaman.

Randolph Propst lantas menghubungi pihak polis dengan segera, yang kemudiannya membawa Owen terus ke hospital. Para doktor mendapati Owen telah diseksa dengan kejam – kedua-dua lengan, kaki dan leher diikat dengan sejenis kawat, dan dadanya ditikam beberapa kali. Dia juga mengalami paru-paru bocor dan tengkorak retak.

Roland T. Owen diisytiharkan mati tidak lama selepas tiba di hospital.

Pihak doktor juga menemui beberapa luka besar pada badan Owen yang diterimanya sebelum lawatan pertama si bellhop Propst ke biliknya pagi itu. Mereka berpendapat Owen mungkin berkali-kali cuba membuat panggilan untuk meminta tolong, tetapi akibat kecederaan seriusnya itu dia cuma mampu mengangkat gagangnya saja.

Apabila para penyiasat memeriksa bilik tersebut, kes itu menjadi semakin aneh. Tiada pakaian yang dapat ditemui termasuklah pakaian Owen pada hari dia mendaftar masuk. Kemudahan bilik hotel seperti sabun dan ubat gigi juga hilang. Begitu juga dengan senjata yang mengakibatkan kematian Owen. Penyiasat hanya menemui empat cap jari kecil, berkemungkinan besar kepunyaan seorang wanita, pada telefon. Pemilik cap jari itu akhirnya gagal dipastikan identitinya.





Tidak lama selepas kes mendapat perhatian orang ramai, seorang lelaki bernama Robert Lane tampil dan memberitahu polis berkenaan peristiwa pelik yang berlaku pada dirinya. Pada malam kejadian pukul 11 pada 2 Januari (malam selepas Owen mendaftar masuk) Lane sedang memandu keretanya di kawasan bandar Kansas City. Seorang lelaki hanya memakai baju t dan seluar dalam melambai dan menahan keretanya, menyalah anggap kereta Lane sebagai teksi. Lane menjelaskan yang dia cuma seorang pekerja perbandaran tetapi dia bersetuju menghantar lelaki itu ke tempat yang dia boleh mendapatkan teksi. Robert Lane perasan akan kecederaan pada lengan lelaki tersebut dan berkata kepadanya,”Awak nampak dalam keadaan teruk.” Penumpangnya itu cuma mengangguk dan bersumpah akan membalas dendam pada “seseorang” esok. Siapa pun lelaki ini, kata Lane, cara percakapannya agak kasar.

Polis meminta Lane untuk mengenalpasti mayat Owen yang disyaki sebagai lelaki yang menumpang keretanya. Dia serta merta melihat calar yang sama pada lengan mayat dan mengesahkan pada polis bahawa Owen adalah lelaki yang menaiki keretanya pada malam itu.

Menambahkan kebingungan kepada para penyiasat, nama Roland T. Owen tidak pernah wujud. Tiada sebarang rekod lelaki mempunyai nama itu yang tinggal mana-mana kawasan di Amerika Syarikat, dan mereka mula menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mangsa misteri itu agar membantu siasatan polis.

Hotel berdekatan yang dikutuk Owen kerana harga biliknya yang mahal, memberitahu polis: pada 1 Januari, mereka pernah menerima tetamu lelaki yang sepadan dengan rupa dan fizikal mangsa bunuh itu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Eugene K. Scott di hotel tersebut. Namun sekali lagi, seperti nama “Roland T. Owen” penyiasat menemui jalan buntu kerana tiada rekod kewujudan “Eugene K. Scott”.



Dua bulan seterusnya, beberapa individu mengakui mangsa sebagai ahli keluarga dan orang tersayang mereka, dan cuba menuntut mayatnya tetapi tiada satu pun yang dapat membuktikannya. Akhirnya, setelah lama tiada perkembangan kes, pihak polis pun mengebumikan mayatnya. Ketika mereka sedang merancang majlis pengebumian yang kecil, sejambak bunga beserta wang derma untuk membantu kos pengebumian telah dihantar ke rumah pengurusan mayat. Sekeping surat yang dikirim bersama, tertulis: “Love for ever – Lucille.”




Dalam masa yang sama rumah pengurusan mayat itu menerima panggilan-panggilan misteri yang mendedahkan kononnya Owen dibunuh kerana mencurangi tunangnya, dan menipu status sebenar dengan teman wanitanya. Kedua-dua wanita itu dikatakan telah membuat perhitungan dengan Owen di Hotel President. “Pasangan curang sentiasa mendapat balasan!” Kata si pemanggil misteri sebelum meletakkan telefon.

Setahun kemudian, seorang wanita bernama Ruby Ogletree menghubungi polis dan menyatakan bahawa Owen/Scott adalah anaknya, yang telah lama menghilangkan diri. Nama sebenarnya adalah Artemus Ogletree, berusia 19 tahun.



Kali terakhir Artemis dilihat keluarganya pada 1934, sewaktu dia pergi mengembara ke California. Kata Ruby apa yang pelik, anaknya itu selalu mengirim surat bertaip kepadanya walaupun hakikatnya dia tidak tahu menggunakan mesin taip. Malah cara penulisannya dalam itu sangat kekok. Surat terakhir yang diterimanya adalah pada Mei 1935 untuk memberitahu yang Artemus ingin melihat dunia dan belayar ke Eropah. Sehinggalah pada satu hari dia menerima satu panggilan pelik.

Pada bulan Ogos 1935, seorang lelaki bernama “Jordan” menelefon Ruby Ogletree, mengatakan Artemus telah menyelamatkan dirinya, dan dia telah mengahwini seorang wanita kaya dan menetap di Kaherah, Mesir. Namun, apabila pencarian dijalankan, pihak berkuasa dan kedutaan gagal menemui Artemus di situ. Kata “Jordan” lagi Artemus tidak lagi dapat menulis dan mengutus surat kerana salah satu ibu jarinya terpotong ketika menyelamatkan dirinya.

Apa yang menarik gambar-gambar terbaru Artemus yang dikirim oleh “Jordan” kepada Ruby dan polis, sangat menyerupai dirinya termasuklah parut di wajahnya. Seandainya individu itu adalah Artemus yang masih hidup, maka ia mengesahkan keaslian surat-surat bertaip kepada Ruby Ogletree dan panggilan telefon berlaku selepas pembunuhan Owen/Scott.

Adakah identiti sebenar Roland T. Owen, Artemus Ogletree? Jika ya, bagaimana dia boleh berada di Kansas City? Adakah Jordan yang misteri adalah “Don” – lelaki yang didengar berbual dan dilihat bersama Owen di Hotel President? Adakah dia yang membunuh Artemus dan menghantar surat serta menelefon keluarga Ogletree selepas kematiannya? Sekiranya benar, kenapa? Atau, adakah “Don” sebenarnya untuk nama panggilan bos mafia? Siapa Lucille? Siapa wanita yang suaranya didengar oleh Jean Owen di bilik sebelah?

Sehingga ke hari ini, kes tersebut masih tidak dapat dirungkaikan. Polis Kansas City masih membuka failnya setiap tahun kerana ada saja petunjuk dan bukti baru ditemui. Buat masa sekarang, tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Owen/Scott, Artemus Ogletree dan bilik 1046.



Hotel President hari ini


Nota kaki: Kes nih banyak details dan laporan yg bercanggah


- Owen dijumpai di sudut bilik, atau berbaring atas katil dan ada versi mengatakan dia ditemui duduk di dlm tab mandi
- Ada yg mengatakan pelacur tuh dilihat bersama seorg lelaki tak dikenali dan ada yg tulis dia balik tanpa jumpa sesiapa
- ada laporan yg mengatakan kakak Owen/Artemus, Eleanor, bukan mak dia org Ruby yg mula2 menghubungi polis
- ada tulis nama pengirim "Lucille", ada yg tulis "Louise"
- Owen dikatakan tak sedarkan diri dan terus jatuh koma, tp ada melaporkan dia sempat disoal oleh polis:

A detective was summoned to the hotel room. Artemus was still conscious. When the detective questioned, "Who did this to you?" , the young man replied, "Nobody". "What's your name?".
Unitelligible response. "Who was here with you?" Response: "Nobody". "How did you get hurt?" Response: "I fell against the bathtub". "Did you try to commit suicide?". Response: "No".



https://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Artemus_Ogletree

https://www.findagrave.com/memorial/172315577/artemus-w_-ogletree

https://www.mentalfloss.com/article/545298/love-forever-louise-mystery-room-no-1046

https://allthatsinteresting.com/room-1046-murder-roland-t-owen

https://mysteriousuniverse.org/2018/12/a-bizarre-death-and-the-mysterious-room-1046/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2020 08:14 AM | Show all posts
Selamat Tahun Baru semua


Kes di atas ai mula tulis awal tahun lepas kunun nak share sebelum CNY, tp oleh kerana malas dan kurang motivasi ai peram sampai sekarang. Syukur ai dpt post jua sebelum CNY 2020
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2020 08:25 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 13-12-2019 08:02 PM
oh kalau begitu plagiat ni lebih hina lah ya dari babi tonyok?memang zizik kirana lah kan kalau ma ...

Sakit hati sgt sbb ai post cerita sbb ai minat kes2 misteri nih, dan best rasanya bila dpt 'jumpa' dan berdiskusi dgn org yg sama minat sharing is caring gitteww penat taw csi dan translate. alih2 org curi... copy paste jah cerita pastuh letak kat blog pprt dia org. mati hidup semula ai takkan halalkan masa dan tenaga ai utk pencurik2 nih.


Khas utk korang yg lebih hina drpd babi tonyok

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2020 08:26 AM | Show all posts
aryza replied at 2-1-2020 02:28 PM
happy new year semua.
TT takde citer baru ke???? hehehe sis dah ulang ulang baca kes yang sama bany ...

wah ulang2 baca... terharu iols


membaca jambatan ilmu konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yezaa.. Tq Dani... Sambung baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 11:04 AM | Show all posts
dani-rox replied at 3-1-2020 08:26 AM
wah ulang2 baca... terharu iols

Thank you!! update citer baru.

hahaha.. sebab cara pembunuhan semua macam tak masuk akal normal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank you tt... nak minta tt kupas kisah pembunuhan yang dilakukan oleh masumi hayashi bleh x?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yayyyyyyyyyyyyyyyy... @dani-rox kembaliiiiiii...sblm ni tertunggu2 jgk kupasan kes..siap cek kt page lg..tp xde update..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2020 01:25 PM | Show all posts
Jadinya, banyak versi kes Owen ni ya.


Dani, ada kes budak cantik, Janbanet ke namanya, dia dibunuh sampai parents disyaki pembunuh tapi sampai sekarang kes tu unsolved.
Polis yang kendalikan kes tu sekarang ni dah tua dan dia masih siasat. Andaiannya, tu kes pedo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2020 02:34 AM | Show all posts
lum_lum replied at 3-1-2020 11:10 AM
Thank you tt...  nak minta tt kupas kisah pembunuhan yang dilakukan oleh mas ...

kisah acik jepun bunuh org dgn letak racun dlm kari? ai pernah tengok bideo psl kes nih, masumi berdendam katanya sbb dia dipandang hina (atau perasan) sbb laki dia cuma keja insect exterminator. bukan kes misteri rasanya sis, more like mass murderer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2020 02:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 4-1-2020 01:25 PM
Jadinya, banyak versi kes Owen ni ya.

JonBenet Ramsey? personally ai syak abang dia yg bunuh, mengamuk sbb JonBenet termakan potongan nenas dia. Dan makpak dia ada kaitan. Tapi entahlah byk nau plot twist dan teori. apapun ai akan coba usahakan, sister. buat masa sekarang, ai tgh baca info dan artikel psl dua-tiga kes. kalau diikutkan byk jugak kes rare nan menarik dlm list yg ai kumpul dari thn2 lepas, nak menulisnya tu yg tetiba malas
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 6-1-2020 02:34 AM
kisah acik jepun bunuh org dgn letak racun dlm kari? ai pernah tengok bideo psl kes nih, masumi be ...

O...tp x patut kan..kanak2 pon terlibat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.149879 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list