'Saya tidak akan makan daging' , kenyataan itu disuarakan oleh Zada, seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun.
Pada suatu hari, Zada rasa terkejut mendapati daging yang dihidangkan atas meja adalah hasil daripada pembunuhan haiwan, sekali gus menunjukkan reaksi yang amat sedih malah bertekad tidak akan makan daging buat selama-lamanya.
Ibu Zada memuat naik rakaman perbualan dirinya dengan Zada di laman sosial serta-merta disebar secara meluas, tindakan murni Zada terhadap haiwan berjaya menambat hati netizen.
Dalam rakaman video, ibunya bertanya kenapa membuat keputusan tersebut? Zada menjawab, "sebab mereka adalah haiwan, saya menyukai haiwan." Dia juga berkata dengan nada simpati, "haiwan kebanyakkannya baik-baik belaka, tetapi saya sedar manusia tidak baik kerana memasak mereka."
Akhir sekali ibunya bertanya adakah dia berpendapat haiwan merasakan apa yang dialami mereka itu adalah sesuatu yang sangat pedih, Zada jawab, "Saya fikir mereka tidak akan suka diletakkan di dalam ketuhar gelombang mikro." - CARI