CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 13

Beku Aset Majikan Yang Lindungi PATI Mulai Oktober- Datuk Seri Mustafar Ali

[Copy link]
Post time 14-9-2016 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: http://wartadaily.com.my/



Jabatan Imigresen akan menguatkuasakan undang-undang pembekuan serta penyitaan terhadap aset atau akaun milik majikan industri yang melindungi pendatang asing tanpa izin bermula Oktober ini.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, langkah tersebut adalah selaras dengan beberapa peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Seksyen 56 (1) Akta Imigresen 1959/63.


“Langkah ini bagi memastikan semua pihak terutama industri mematuhi undang-undang sedia ada melibatkan tempoh pasport, permit dan visa pekerja asing mereka."


Tambah beliau, masa akan diberikan kepada majikan untuk mendapatkan pendidikan dan kesedaran sewajarnya, sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.


Kita minta perkara ini diperluaskan oleh pihak media bagi memastikan majikan tidak tersentak dengan penguatkuasaan kelak.


Bagaimana pun, tindakan Jabatan Imigresen itu tidak disetujui oleh pihak Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MIEF), ini kerana menurut MIEF masih terdapat sebilangan besar industri yang memerlukan pekerja asing.


Jelas MIEF, langkah yang lebih munasabah dilaksanakan dalam isu ini adalah dengan meningkatkan lagi kadar gaji minimum pekerja supaya lebih ramai rakyat tempatan berminat menceburi industri yang terpaksa mengambil pekerja asing untuk melaksanakannya.


Sementara itu, tegas MIEF, pihak kerajaan harus mencari punca sebenar permasalahan itu berlaku dalam usaha menyelesaikannya.- CARI




sumber berita: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 10:52 AM | Show all posts
haramjadah MIEF, bukannya susah hire la yg ada permit, imigresen kata dia nak bekukan aset majikan yg hire PATI sahaja kalau ada permit apa nak takut???
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 11:10 AM | Show all posts
Masa iolls kerja kontraktor dulu,
Terdengar cerita sesetengah supplier buruh ni sengaja ambil pekerja takde permit.
Habis kerja lepas 2-3 bulan, mereka sendiri yang report polis/imigresen bagi info psl PATI ni.
Pasal tak nak bayar gaji....
Entah ya ke tidak, tak tau la.
Tapi pernah ikut boss masuk kampung PATI, siap ada mesin kuda bersusun bukan 1-2, dkt 20 juga.
Mesin kuda masuk 20sen, pilih kuda mana, menang keluar duit.

Siapa supply? Misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeahh jgn ikan bilis je kena
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeahh jgn ikan bilis je kena
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 11:21 AM | Show all posts
mana industri yang takde pati?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2016 11:42 AM | Show all posts
Hapuskan pati... byk buruk drp baik makin lama makin bercambah keturunan diaorg kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti bolehlah majikan merayu macam pati....
Kita cuma cari makan la boss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 12:03 PM | Show all posts
Jgn sekadar melalak jew, esok lusa terus diam dan klu ianya kampeni org2 tertentu no action taken
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 12:17 PM | Show all posts
eh..yg kt kdai mkn 222 tu..aku igt mamak ke ape..xreti ckp melayu..pastu ade plak yg mcm rohingya..geli plak nk mkn
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 replied at 14-9-2016 12:17 PM
eh..yg kt kdai mkn 222 tu..aku igt mamak ke ape..xreti ckp melayu..pastu ade plak yg mcm rohingya..g ...

Kau masak je sendiri pasti selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 12:35 PM | Show all posts
oppol replied at 14-9-2016 12:32 PM
Kau masak je sendiri pasti selamat...

kt situ lg bahaya utk poket..mkn otak2 sebakul..byr..mkn nasi lemak..byr..mkn beger byr..sume kena trs byr ms mknan dh smpai..jd ko xrs duit kuar..klu mkn kdai awe duit skali kuar rs mcm mhl..pdhal..bl kira blik kn kt 222..situ lg byk kuar duit
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukurrr ilham dolah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 14-9-2016 11:10 AM
Masa iolls kerja kontraktor dulu,
Terdengar cerita sesetengah supplier buruh ni sengaja ambil peker ...

Betul la tu

Hello neelofake
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.285983 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list