View: 1343|Reply: 3
|
PDRM Siasat Ali Tinju & Maria Chin, Jangan 'Politikan' Siasatan Polis- KPN
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: internet
Demi keadilan, pihak polis akan menyiasat Maria Chin mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen, manakala Ali Tinju akan disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ada pihak tertentu cuba menerusi laman sosial menyebarkan kenyataan yang tidak berasas, memburukan imej pasukan polis negara, mengelirukan masyarakat umum dengan medakwa Polis Diraja Malaysia(PDRM) adalah tidak adil dan saksama.
Khalid secara khususnya merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan memberi amaran kepadanya jangan 'mempolitikkan' isu-isu berkaitan siasatan polis.
Tambah beliau, Teo Nie Ching mempersoalkan kenapa pihak polis tidak menahan Ali Tinju, tetapi sebaliknya tidak pernah menanya kenapa polis tidak menangkap Maria Chin yang cuba menjatuhkan kerajaan pemerintahan sekarang dan Perdana Menteri menerusi penganjuran BERSIH 5.
Tegas beliau, pihak polis akan terus menjaga keselamatan rakyat jelata sebagai tanggungjawab utama dan tidak akan terpengaruh dengan niat jahat orang-orang seperti itu.- CARI
sumber berita: www.malaysiakini.com |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbat saja mereka berdua tu dalam penjara..
Dua2 menyakitkan hati... |
|
|
|
|
|
|
|
oppol replied at 19-9-2016 05:12 PM
Sumbat saja mereka berdua tu dalam penjara..
Dua2 menyakitkan hati...
Setuju
Dua menyusahkan orang buat jalan sesak
So dua2 xada aman sikit |
|
|
|
|
|
|
|
yg ugut Ali Tinju..tapi maria chin pun kena...hahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|