View: 3459|Reply: 8
|
Cara-Cara Membuat Bubur Siam @ Bubur Nasi Berlauk Like A Pro
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Bubur nasi merupakan antara bubur yang popular di kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia.
Untuk menambahkan lagi keenakkan, lauk pauk turut dihidangkan bersama bubur nasi. Antara bubur nasi berlauk yang popular adalah bubur nasi Siam yang merupakan sajian ringkas dan mudah disediakan.
Bagi yang hilang selera makan, bubur nasi Siam sangat sesuai dijadikan makanan ketika demam atau sakit. Kepada yang ingin mencuba membuat bubur nasi Siam dirumah, ikut cara-cara dibawah ini.
Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah
1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)
3 cawan air
1 ketul kiub ayam
Secubit garam
Cara membuatnya
Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.
Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.
1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.
Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.
Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.
Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong. Selamat Mencuba! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
nyum2..bubur nasi..comfort food |
|
|
|
|
|
|
|
terliur nye |
|
|
|
|
|
|
|
I love love love bubur tapi suami ngan anak anak x suka so jarang la buat. X kuasa nak buat last2 i sorang makan. |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnyee...I suke makan bubur nasi simple just dgn kicap +telur masin je pon dh kira sedap sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku sukaaaa sangat bubur siam.... lg2 rasa & bau minyak bawang putih tu... terangkat!! |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for sharing ...boleh try buat |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the info |
|
|
|
|
|
|
| |
|