View: 2079|Reply: 16
|
Stesen Angkasa China, Tiangong-1 Akan Jatuh Ke Bumi Pada 2017
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Stesen Angkasa China, Tiangong-1
BEIJING: Tiangong-1, stesen angkasa China yang pertama dijangka jatuh ke dalam atmosfera Bumi pada akhir tahun 2017. Perkara itu disahkan sendiri oleh Pegawai China.
Modul sepanjang 10.4 meter dan seberat 8.5 tan itu dilancarkan pada 2011. Namun makmal angkasa yang mengorbit ruang angkasa China itu dihentikan awal tahun ini selepas gagal berfungsi selepas dua tahun di angkasa.
Minggu lalu, Timbalan Pengarah pejabat pengendali kejuruteraan angkasa, Wu Ping, memberitahu sidang akhbar ia sudah memenuhi misi bersejarah secara menyeluruh dan ketika ini masih kukuh dan mengorbit pada ketinggian purata 370 kilometer.
Lokasi serpihan Tiangong-1 yang akan terhempas ke bumi juga masih menjadi tanda tanya dan ia menimbulkan kebimbangan banyak pihak walaupun pihak kejuruteraan angkasa China menjangkakan Tiangong-1 akan terbakar dan hancur sebelum sempat terhempas ke bumi.
"Berdasarkan pengiraan dan analisis kami, kebanyakan bahagian makmal angkasa itu akan terbakar ketika jatuh," katanya, menurut agensi berita rasmi negara, Xinhua. Katanya ia tidak mungkin memberi kesan kepada aktiviti penerbangan atau menyebabkan kerosakan di darat kerana China sangat mengambil berat hal pengurusan serpihan ruang angkasanya.
Bagaimanapun pengumuman itu masih gagal meredakan kebimbangan pakar astrofizik, Jonathan McDowell yang memberitahu akhbar Guardian, keadaan itu bermakna China kini sudah hilang kawalan ke atas stesen angkasa berkenaan. - CARI
Sumber - BeritaHarian/Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Tiangong1 yang tongong
|
|
|
|
|
|
|
|
made in china the worst
xdpt menandingi stesen angkasalepas Mir dan ISS |
|
|
|
|
|
|
|
lawak2..
tapi measat-1 juga aman2 je kat angkasaraya. lagi lama kot lancar 1996.. tongong-1 ni lancar 2011 dah nak jatuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
mintak2 jatuh kat tempat china buat kubu kat spratly island tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai tanya, kalau bumi keliling matahari, camne satelit boleh lekat kat atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
harap jatuh atas kepala zionis laknatullah... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap jatuh di Mainland China |
|
|
|
|
|
|
|
Made in china kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan pertikai kan, ok...
dulu masa darjah 5, aku cakap la bulan tiada oksigen pasal aku tahu ada tengok tv...sekali adalah seorang dewasa ni sound aku balik kalu tiada oksigen macamna orang boleh pergi bulan....aku trus specless ....
|
|
|
|
|
|
|
|
OmJualGas replied at 22-9-2016 04:18 PM
jangan pertikai kan, ok...
dulu masa darjah 5, aku cakap la bulan tiada oksigen pasal aku tahu ...
Dorang percaya neil armstrong masuk islam setelah dengar azan kat bulan |
|
|
|
|
|
|
|
toksah la tanya lagi lobai.
elok arr lobai gi sambung study lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
made in china.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|