|
|
oleh Adib ZA
Alahai sedapnya kudapan kacang berempah! Tapi mana nak dapat yang sedap dan terbaik ya!
Tak mengapa, jangan gusar, di bawah ini ada resipi yang pastinya terbaik daripada netizen kita, dipetik dari Facebook Resepi Sedap.
Tak sukar rupanya menyediakan kacang berempah ini. Memang rangup, pedas-pedas dan begitu enak sekali. Nah, cuba resipi di bawah ya.

Bahan-bahan:
500gm kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb - Sudu Besar
*sk - Sudu Kecil
Cara-caranya:
1. Bersihkan kacang tanah (bilas dan jemur kering sehari sebelum nak buat).
2. Campur semua bahan (kacang, bawang putih, serbuk cili, gula, garam, telur).
3. Gaul sampai sebati.
4. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati.
5. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana.
6. Bila dah masak, angkat dan tapiskan minyak sebelum dimasukkan dalam bekas. - CARI
Kredit Resipi: Facebook Siit Azura/ FB Resepi Sedap |
|