CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
Post time 25-5-2004 03:43 PM | Show all posts
ABANG....?ERMMMMMMMMM.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2004 09:32 AM | Show all posts
Lidah remaja disyaki didera kena kerat
Oleh Norakmah Mat Youb


BANTING: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun disyaki menjadi mangsa dera yang amat kejam apabila lidahnya dipercayai dikerat manakala tubuhnya penuh kesan lebam.
I k l a n




Mangsa dikatakan dibawa seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun yang mengaku bapa mangsa ke rumah rakan lamanya, pada 20 Mei lalu.

Pada mulanya lelaki berkenaan memaklumkan keluarga rakannya itu mereka mahu menumpang di rumah mereka di Teluk Panglima Garang di sini, kerana isterinya tiada untuk menjaga mangsa.

Lelaki berkenaan yang pada awalnya mendakwa anaknya seorang lelaki dan bisu, dikatakan turut menginap di rumah berkenaan selama tiga hari, sebelum helahnya terbongkar.

Keluarga berkenaan mengetahui remaja itu perempuan apabila isteri rakannya menanggalkan jaket mangsa kerana mengesyaki sesuatu, berikutan mangsa memakai jaket sepanjang masa.

Keluarga itu mendapati tubuh mangsa penuh kesan lebam dan remaja terbabit bukannya bisu, sebaliknya mendapati lidahnya mempunyai kesan dikerat. Mereka kemudian membuat aduan di Balai Polis Teluk Panglima Garang.

Lelaki yang berasal dari Klang itu, menghilangkan diri apabila mengetahui rakannya membuat aduan polis.

Mangsa yang berambut pendek dan bertubuh kurus kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk menjalani rawatan, petang kelmarin dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Abu Bakar Mustafa, berkata hubungan lelaki itu dengan mangsa belum diketahui kerana proses mengambil keterangan sukar dijalankan berikutan masalah komunikasi.

揔ita susah untuk mengambil keterangan daripada mangsa kerana dia tidak boleh bercakap dan tidak pandai menulis, tetapi usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan lebih maklumat.

"Polis sedang menunggu laporan penuh daripada doktor pakar bagi mengetahui punca sebenar kecederaan lidah dan tubuhnya yang lebam dan mengambil masa beberapa hari," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis sudah mempunyai lakaran wajah lelaki yang mengaku bapa mangsa, hasil gambaran yang diberikan keluarga pengadu.

"Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan daripada keluarga pengadu dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui motifnya. Kita syak mangsa didera," katanya.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun, denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui talian 03-31872222 atau balai polis berhampiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2004 09:35 AM | Show all posts
Jenayah: Remaja mangsa cabul tarik laporan


SEREMBAN: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang mendakwa dicabul dan diajak menonton video lucah oleh seorang peguam wanita menarik balik laporannya sehari selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban pada Selasa lalu.

Sebaliknya, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri mengarahkan siasatan kes itu diteruskan berikutan laporan pertama daripada budak lelaki itu sudah diterima.

Dalam laporan remaja itu Selasa lalu, mangsa mendakwa peguam wanita berusia 40 tahun itu dikatakan pernah beberapa kali mencabul mangsa ketika budak lelaki itu datang ke rumahnya untuk belajar bersama anak wanita itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku sejak awal tahun lalu di mana bapa mangsa mengenali peguam terbabit mengizinkan anaknya ke rumah wanita itu bertujuan belajar bersama dan membantu pelajaran anak-anaknya.

Sepupu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an mengalami perubahan sikap remaja itu yang lebih nakal memujuknya hingga mangsa mengaku dicabul wanita yang hidup menjanda itu.

Bagaimanapun, sehari selepas laporan itu dibuat, remaja terbabit dikatakan pergi semula ke Balai Polis Seremban kira-kira jam 2 petang dan menarik balik laporannya ke atas peguam wanita itu.

Jurucakap pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri berkata, polis sudah diarahkan supaya mengambil keterangan daripada mangsa dan peguam wanita itu untuk membantu siasatan.

揝iasatan tidak dihentikan. Ia akan diteruskan mengikut prosedur biasa.

揔ami akan mengkaji semua aspek undang-undang dan menentukan ada kes terhadap wanita itu,
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2004 10:32 PM | Show all posts
Nampaknya wartawan Gadis nih aktif melaporkan masalah jenayah.......
He he he..........mesti setiap hari peka kpd perkembangan semasa nih.....
Bagus-bagus.........:clap::clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2004 09:24 AM | Show all posts
wei zudiex ko jangan puji Gadis selalu sangat.  Qilla marah nanti.  Gadis tak tau.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2004 09:31 AM | Show all posts
Tiga profil individu pada tuala di mulut mangsa


KUALA LUMPUR: Cebisan tuala muka yang ditemui dalam mulut Noritta Samsudin ketika dia ditemui mati di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, didapati mengandungi campuran asid deoksiribonukleik (DNA) milik mangsa, Hanif Basree Abdul Rahman dan seorang wanita tidak dikenali.
I k l a n




Ahli kimia, Lim Kong Boon, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, keputusan itu diperoleh menerusi analisis DNA terhadap kain itu yang disumbat dalam mulut Noritta oleh pembunuhnya.

Lim yang juga Ketua Unit Serologi dan DNA Jabatan Kimia, berkata hasil ujian DNA yang dilakukan itu mendapati sekurang-kurangnya tiga profil individu di kesan pada tuala muka itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kesan darah atau air mani ditemui pada tuala muka itu. Analisis DNA itu dibuat dengan membandingkan contoh darah Noritta dengan Hanif Basree.

Katanya, penyumbang kepada kandungan DNA pada tuala muka itu adalah sebanyak 70 hingga 75 peratus daripada Noritta, 20 hingga 25 peratus daripada Hanif Basree dan lima peratus lagi daripada seorang wanita yang tidak dikenali.

Sebelum ini, hanya seorang rakan wanita Noritta, iaitu Nor Azora Abdul Hamid, yang dilakukan ujian DNA bagi membantu kes pembunuhan itu. Bagaimanapun, ujian yang dilakukan terhadap tuala muka itu mendapati tiada kesan profil DNA Nor Azora, tetapi milik seorang wanita lain.

Selain Noritta dan Hanif Basree, ujian DNA dijalankan terhadap teman serumah mangsa, Kenneth Michael Yap Teik Huat serta Lim Sin Kean Childs (teman lelaki mangsa), Mikko Kauko Johannes Jarva (kawan Nor Azora), Shahfrul Azrin Azman (kawan Noritta) dan empat pengawal keselamatan kondominium itu, P Mariadas, A Ramakrishnan, K Thanabalan dan Suzaki Sapok.

Hanif Basree yang menghadapi tuduhan membunuh Noritta kelihatan agak terkejut dengan keterangan Lim. Dia kelihatan mengerut dahi sambil merenung ke arah Lim sebaik ahli kimia itu mengaitkan namanya dengan hasil analisis berkenaan.

Lim, saksi pendakwa ke-14 memberi keterangan pada hari ke-14 perbicaraan terhadap Hanif Basree, 36, yang didakwa membunuh Noritta, 22, di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, antara jam 1.30 hingga 4 pagi, 5 Disember lalu.



Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Stanley Augustin, saksi itu berkata, tiada kesan darah ditemui pada calitan bahagian atas dan bawah kemaluan Noritta, sarung bantal peluk, tisu, cadar, selimut, tilam, coli, baju tidur dan seluar pendek wanita itu.

揟iada kesan darah ditemui pada pisau, kasut dan wayar elektrik. Tiada benda asing ditemui di kuku tangan Shahfrul, Mikko dan Ramli Dahlan (Pengarah Eksekutif Transpro Sdn Bhd, majikan Noritta),
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2004 09:50 AM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Penjaga cabul siang malam

Oleh Srihanasham Noordin
sri@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun memberitahu seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai keadaan dirinya dan tiga adik perempuannya yang menjadi mangsa rogol dan gangguan seksual penjaga mereka.

Selain dirogol, keempat-empat kanak-kanak berusia lima, enam, tujuh dan lapan tahun itu dikatakan terpaksa berhadapan dengan penjaga terbabit yang melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa mengira siang atau malam.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat di JKM daerah Kuala Langat, Rizalina Manaf ketika memberi keterangan terhadap tertuduh, Jamikin Arshad di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Jamikin, 57, seorang nelayan menghadapi 13 pertuduhan membabitkan merogol, mencabul dan melakukan seks oral membabitkan empat orang adik beradik perempuan berusia di antara lima hingga lapan tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di antara bulan Januari 2002 dan Ogos tahun lalu di sebuah rumah di Lot 916, Batu 22 12, Kanchung Darat, Banting Selangor.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Shoib di hadapan Hakim Nor Afizah Hanum Mokhtar sementara tertuduh diwakili peguam, R Jeyendran.

Dalam keterangannya, Rizalina berkata, kanak-kanak lapan tahun terbabit turut memberitahu, tertuduh ada memasukkan alat sulitnya dalam kemaluan mangsa.

Selain itu, katanya, kanak-kanak itu memberitahunya bahawa Wak Ikin pernah memasukkan kemaluan ke mulut adik bongsunya dan kencing di dalam mulutnya.

Terdahulu, dalam keterangannya, saksi berkata, tiga kanak-kanak itu datang ke pejabatnya ditemani dua wanita iaitu ibu mereka dan seorang jiran pada 13 September 2003 kira-kira jam 10 pagi.

Kehadiran mereka, katanya, untuk memaklumkan kejadian rogol itu dan selepas diberitahu adik mereka yang bongsu masih berada di rumah tertuduh, saksi berkenaan ke rumah terbabit untuk mengambil kanak-kanak berkenaan.

揂pabila sampai di rumah itu, saya jumpa Wak Ikin yang kebetulan ada di rumah ketika itu dan dia beritahu kanak-kanak berkenaan ada di rumah neneknya di kampung yang sama,
Reply

Use magic Report

Blink5o5 This user has been deleted
Post time 27-5-2004 09:57 AM | Show all posts
dunia...rosak..akibat pebuatan tangan2 manusia..kita kena fikir sejenak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Blink5o5 This user has been deleted
Post time 27-5-2004 10:00 AM | Show all posts
cuba kita pikir....dalam islam semua dah aturkan..tetapi manusia(nafsu)  yang degil...sudah diberi yang halal..nak jgak yang haram..dapat RM 500 nak banyak lagi..memang sikap manusia tidak pernah cukup apa yang ada.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2004 10:03 AM | Show all posts
tak tau nak cakap apa dah Blink....  yang dilarang tula yang disukai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 04:17 PM | Show all posts
Dunia dah terbalik,yg halal diharamkan.....yg haram dihalalkan......
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 2004-5-27 10:03 AM:
tak tau nak cakap apa dah Blink....  yang dilarang tula yang disukai.


tanda2 akhir zaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2004 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by Pikir at 27-5-2004 04:19 PM:


tanda2 akhir zaman



tulah agaknya..... manusia dan bertindak lebih kejam dari binatang... memang dah dekat tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2004 09:08 AM | Show all posts
Wanita ditemui mati leher dijerut


I k l a n




IPOH: Seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan kesan lehernya dijerut, manakala teman lelakinya dijumpai tergamam dan lemah, dalam sebuah bilik hotel mewah di sini, pagi semalam.

Mayat wanita yang dirahsiakan identitinya itu ditemui terbaring di atas katil di bilik berkenaan oleh pengawal keselamatan hotel terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Ismail Abdullah, berkata pengawal keselamatan membuat pemeriksaan selepas diminta berbuat demikian oleh telefonis hotel yang menerima panggilan daripada seseorang mengenai satu kejadian di bilik itu.

揔etika pengawal keselamatan memasuki bilik hotel itu, dia mendapati mangsa tidak bergerak di atas katil dan seorang lelaki dipercayai teman lelaki mangsa turut berada dalam bilik itu.

揚engawal keselamatan itu kemudian menghubungi polis kira-kira jam 11 pagi,
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2004 11:07 PM | Show all posts
Isnin ni mesti Gadis lapor lagi, tak sabo tunggu berita dari Gadis nih..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2004 09:28 AM | Show all posts
hrhr...tunguuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2004 12:13 PM | Show all posts
Pembunuhan tiga nenek terus menjadi tanda-tanya
ALOR STAR 30 Mei - Misteri pembunuhan tiga nenek di Rumah Orang Tua Bukit Bethel, Kuala Nerang dekat Padang Terap semalam terus menjadi tanda-tanya berikutan belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Zundin Mahmud ketika dihubungi berkata, sehingga kini pihaknya belum menemui sebarang petunjuk atau tanda-tanda jelas yang boleh disabitkan dengan motif pembunuhan kejam tersebut.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihaknya telah menjalankan soal siasat ke atas empat lagi penghuni serta anggota jawatankuasa yang menguruskan rumah kebajikan itu.

``Tiada maklumat baru yang dapat dikaitkan dengan motif pembunuhan itu setakat ini tetapi pihak polis akan terus melakukan siasatan sehingga tertangkapnya suspek,'' katanya.

Ketiga-tiga mereka ditemui mati berlumuran darah di bilik berasingan dipercayai dihentak dengan objek tumpul di kepala dan muka, awal pagi semalam.

Begitupun, kematian mereka mencetuskan misteri kerana pihak polis menghadapi kesukaran mengenal pasti motif kejadian berikutan tiada sebarang tanda pencerobohan atau rompakan.

Law Ah Tai, 83, Yap Lo Mooi, 86 dan Poh Saw Gin, 75, dijumpai dalam keadaan tertiarap dan terlentang di lantai di dalam dua daripada lapan bilik di rumah orang tua yang dikendalikan oleh sebuah gereja beribu pejabat di Alor Star.

Berhubung dengan dakwaan salah seorang penghuni kemungkinan berlakunya rompakan, Zundin berkata, pihaknya belum dapat memastikan sama ada berlaku kehilangan barang milik mangsa atau barangan lain yang ada di rumah berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Rumah Orang Tua Bukit Bethel, Lim Hoe Lian berkata, satu perbincangan dalam usaha mempertingkatkan tahap keselamatan di rumah itu akan diadakan bagi menggelakkan perkara serupa berulang pada masa depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2004 12:19 PM | Show all posts
Edisi KL: Kebas kereta isteri YB


KUALA LUMPUR: Cubaan dua lelaki bersenjatakan pistol merompak isteri Ahli Parlimen Bukit Bintang, petang semalam dan melarikan keretanya tidak berhasil.

Ini kerana kereta jenis Honda I-vtec itu yang dipasang dengan sistem satelit penentu kedudukan global (GPRS) berhenti secara automatik sebelum dijumpai anggota polis di Taman Connought, Cheras, kira-kira jam 6.30 petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Ong Kwai Leng, 55, bersama seorang anaknya berusia lingkungan 11 tahun, baru keluar dari sebuah pusat kecantikan di Taman Desa, di sini.

Menurut suaminya, Fong Kui Lun, isteri dan anaknya kemudian bergegas ke kereta kerana hujan lebat dan secara tiba-tiba didatangi dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol.

揗ereka kemudian merampas kereta itu yang kemudian dipandu seorang daripada lelaki terbabit dan membawa isteri dan anak kami ke Kampung Baru Cheras.

揝elepas menurunkan mereka di situ, kereta kami dilarikan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2004 12:20 PM | Show all posts
Edisi Utara: Lelaki Lesap Bersama RM300,000 Wang Pendahuluan Beli Rumah:
89 putih mata

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Seorang lelaki didakwa melarikan wang tunai berjumlah hampir RM300,000 yang dikutipnya daripada 89 penduduk beberapa kampung di sini, kononnya sebagai wang pendahuluan untuk pembelian rumah.

Kejadian itu berlaku empat tahun lalu dan selepas rumah yang dijanjikan tidak diperolehi sehingga kini, 12 daripada penduduk terbabit membuat laporan ke atas lelaki itu, kelmarin.

Kebanyakan mangsa tinggal di kawasan kediaman sekitar Jalan Sungai, Kampung Rawa dan Sungai Pinang di sini.

Seorang mangsa, Mazli Kassim, 33, berkata dia dan beberapa mangsa lain mengambil masa agak lama untuk membuat laporan polis kerana lelaki itu sentiasa meyakinkan mereka projek perumahan hanya tertangguh buat sementara waktu.

揘amun, selepas empat tahun berlalu kami akhirnya sedar sebenarnya sudah tertipu,
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2004 01:07 PM | Show all posts
Baguih...baguih......cam tu hah......:clap::clap:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.397422 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list