View: 1114|Reply: 0
|
Tian Chua Didapati Bersalah Menghasut Ketika Ceramah Tiga Tahun Lalu
[Copy link]
|
|
sumber foto: https://4.bp.blogspot.com/
Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, atau Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di Dewan Perhimpunan Cina, tiga tahun lalu. Dia dikenakan hukuman penjara 3 bulan dan denda RM1800.
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas berpuas hati pembelaan Ahli Parlimen Batu itu gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.
"Saya berpuas hati ucapan yang dibuat tertuduh ada kecenderungan untuk menghasut orang ramai untuk melakukan perkara yang dinyatakan."
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang selesai membela diri selepas pada 24 Februari lalu mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Pada 29 Mei 2013, Tian Chua didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.
Perlu diketahui, mana-mana ahli parlimen yang bersabit kesalahan dengan hukuman penjara lebih setahun atau denda melebihi RM2000, seseorang itu mungkin kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen.- CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|