View: 1599|Reply: 4
|
Kejadian Culik & Samun Berlaku Serentak Di Perairan Sabah!
[Copy link]
|
|
sumber foto: http://uf.cari.com.my/
Memetik laporan akhbar The Star, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun, pihak polis mengesahkan terima dua laporan polis yang mengatakan berlakunya kejadian culik dan samun di kawasan perairan Sabah.
Menurut Abdul Rashid, pada mulanya tersebar khabar angin yang mengatakan sebuah bot nelayan telah diculik di perairan Semporna kira-kira pada pukul 9.50 malam, kemudian tersebar pula berlaku satu lagi kejadian samun bot nelayan di perairan Lahad Datu.
Pihak polis mengesyaki kedua-dua kejadian berkemungkinan dilakukan oleh kumpulan yang sama.
" Seorang pemilik bot yang berumur 39 tahun diculik oleh kira-kira enam penjenayah di perairan Semporna, telefon bimbit dan segala dokumen yang berada di botnya turut diambil sekali oleh penjenayah."
Kemudian, kumpulan bersenjata berkenaan sekali lagi merompak sebuah bot nelayan di perairan Lahad Datu, termasuk merampas enjin bot, telefon bimnit, walkie-talkie, wang tunai RM300, beras dan minyak masak.
Ketika itu, terdapat 19 orang dalam bot terbabit, termasuk lapan orang Indonesia dan 11 orang Romany.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang romany tu apa,mereka nelayan juga ke...?? |
|
|
|
|
|
|
|
tetap juga ada Indon kat mana2... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang romany tu apa?x pernah dengar pun |
|
|
|
|
|
|
|
Adik I duty kat sipadan. dia pun crita bnda ni smlm. Perintah berkurung dah dikenakan, tp mungkin sbb dorg ni cari rezeki, so langgar perintah tu. Nasib tak baik, kena culik pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|