CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4265|Reply: 10

5 Tips Fesyen Untuk Lelaki Kurus Agar Tidak Nampak Lebih Keding

[Copy link]
Post time 28-9-2016 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Memiliki tubuh kurus sentiasa menjadi idaman lelaki dan wanita, namun jika terlampau kurus mungkin membuatkan penampilan seorang lelaki itu hilang "gagah".


Untuk menaikkan berat badan agar mendapat berat yang ideal mungkin agar sukar bagi sesetengah orang yang berbadan kurus. Pelbagai usaha telah dilakukan namun berat badan tetap masih tiada penambahan. Hal yang sama juga berlaku pada orang yang gemuk yang cuba untuk kurus.


Sebenarnya, gaya rambut dan fesyen berpakaian amat memberi kesan besar pada penampilan terutamanya yang berbadan kurus ingin kelihatan gemuk dan sebaliknya. Jadi, jangan ambil ringan dalam soal ini kerana jika anda berbadan kurus dan salah pilih gaya fesyen, anda akan kelihatan lebih kurus dan menyeramkan.


Disertakan adalah beberapa tips yang dipetik dari Mysumber untuk jejaka diluar sana yang berbadan kurus. Tips ini membuatkan jejaka kurus kelihatan kemas dan maskulin dengan fesyen gaya santai berdasarkan beberapa tinjauan perspektif di sekeliling.


Kredit foto - remaja.my





#1 - JANGAN PAKAI PAKAIAN YANG TERLALU KETAT (FIT)
Sudahlah berbadan kurus, mengenakan pakaian “fit” pula, memang si pemakai akan berasa selesa tetapi dari pandangan mata awam, anda akan dilihat seperti “tengkorak” atau diumpamakan seperti “belalang” anda juga akan kelihatan tidak seperti lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.


#2 - PILIH PAKAIAN BERWARNA PUTIH DISAMPING GRAFIK WARNA ATAU CORAK
Ini dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt contohnya, warna putih disamping grafik yang berwarna lain ia dapat mengalihkan pandangan dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat anda kelihatan sedikit berisi.


Gambar hiasan





# 3 - ELAKKAN PAKAI PAKAIAN MEMPUNYAI LEHER V ATAU BULAT
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher jenjang atau panjang, justeru itu elakkan memakai t-shirt berleher v atau bulat kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus sebaiknya pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada anda kelihatan lebih bidang dan tegap.


#4 - SELUAR JEANS
Mengenai seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya.


# 5 - GAYAAN RAMBUT
Antara yang perlu dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus.


Sebolehnya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit “spiky”.


Semoga tips diatas memberi manfaat untuk lelaki yang berbadan kurus mula berfesyen dengan betul. - CARI.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki kurus is not my type. Tak menarik la kurus sgt..atau sado sgt atau gemuk sgt..sy suka yg sedang2 saja
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 09:51 AM | Show all posts
mirandanicky1 replied at 28-9-2016 08:09 PM
Lelaki kurus is not my type. Tak menarik la kurus sgt..atau sado sgt atau gemuk sgt..sy suka yg seda ...

dah dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 29-9-2016 09:51 AM
dah dapat?

Sedang mencari..awk ada ciri2 lelaki idaman sy ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:27 AM | Show all posts
mirandanicky1 replied at 29-9-2016 10:06 AM
Sedang mencari..awk ada ciri2 lelaki idaman sy ke?

jenis yg awak nk tu ada banyakcuma jgn bergantung sgt pada rupa dan fizikal
sbb rupa dan fizikal akan berubah mengikut keadaan
cukuplah sekadar kita rasa selesa dgn dia
bonus jika dia seorang yg rajin dan penyayang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 12:33 PM | Show all posts
Personally aku disagree yang #1, sebab bila pakai longgar sangat, ko tneggelam dalam baju so orang akan ingat ko lebih kurus.

Macam colleague semua ingat aku kering je sebab baju kerja aku agak baggy, but bila time Team Building aku pakai singlet dengan shorts je (team building kitaorang ada involve swimming pool, takut basah baju), ramai pulak puji badan and cakap diorang x sangka sebenarnya aku agak fit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2016 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 29-9-2016 10:27 AM
jenis yg awak nk tu ada banyakcuma jgn bergantung sgt pada rupa dan fizikal
sbb rupa dan fizikal  ...

Hihihi sy gurau2 jelah..yg penting tk tinggal solat dan bukan kaki pukul kaki judi kaki dadah kaki perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 04:01 AM | Show all posts
eeeee...trs turn off tgk wak doyok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2016 11:36 AM | Show all posts
wak doyok ni bapak kurus
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:40 PM | Show all posts
suke yg ade daging....buncit sikit.....sedap nak peluk...wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nikurus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041084 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list