View: 1580|Reply: 2
|
Perbicaraan Kes Rasuah Guan Eng Bermula Hari Ini
[Copy link]
|
|
Sebutan dua kes tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berlangsung di Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang pagi ini.
Perbicaraan Kes Rasuah Guan Eng Bermula Hari Ini
Pada pukul 8.45 pagi, orang ramai berkumpul di luar perkarangan mahkamah sambil memegang sepanduk dan melaungkan slogan yang menyokong dan mengkritik Guan Eng.
Anggota polis terpaksa mengawal luar perkarangan mahkamah untuk menenangkan orang ramai.
Lim Guan Eng tiba di mahkamah tinggi pada pukul 9.15 pagi.
sumber foto: facebook
sumber foto: facebook
Guan Eng didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan Phang Li Koon dalam urusan pembelian lot tanah serta banglo untuk kepentingan diri, dengan itu beliau berdepan dua pertuduhan.
Tuduhan pertama, LGE sebagai seorang penjawat awam, pada 18hb Julai 2014, menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, justeru didapati bersalah dibawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.
Pertuduhan kedua, LGE didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan wanita yang juga pemilik banglo tersebut, Phang Li Khoon untuk mendapatkan "hartanah bernilai ' RM2.5 juta yang diketahuinya berada di bawah nilai pasaran sebagai nilai harta yang ketika itu adalah RM4.27 juta, maka didapati bersalah dibawah Seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Manakala Phang didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok, struktur ayat dlm teks dah bertambah baik. Just cadangan, boleh putuskan ayat yg panjang2 tu agar lebih mudah difahami. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara Golf China vs Hudud Hadi, rasa-rasa Najib akan pilih Golf China. Inilah akibat Hadi pilih berkawan dengan Najib. Kalian tunggu dan tengok yer. http://www.malaysianchinesenews.com/2016/08/pm-najib-expected-to-visit-china-for-fifth-time-in-october-on-invitation-of-xi-jinping/. |
|
|
|
|
|
|
| |
|