Pakar biologi sel Jepun, Yoshinori Ohsumi menerusi kajiannya mengenai autophagy iaitu kajian mengenai cara tubuh manusia memecahkan dan mengitar semula komponen sel, berjaya memenangi Anugerah Nobel Bagi Fisiologi dan Perubatan 2016.
Yoshinori Ohsumi adalah pemenang Anugerah Nobel bagi Perubatan yang keenam yang berasal dari Jepun, dan juga rakyat Jepun yang memenangi Anugerah Nobel yang ke 23.
Beliau juga adalah saintis yang kedua yang memenangi Anugerah Nobel Perubatan secara perseorangan sejak abad yang ke 21 ini.
Kajian tersebut penting kerana berjaya membantu menjelaskan proses sebenar yang berlaku dalam banyak penyakit misalnya kanser dan Parkinson.
Melalui kajian autophagy, Ohsumi berjaya mengesan gen yang mengawal proses ‘memakan diri sendiri’ ini. Kecacatan dalam gen inilah yang menyebabkan wujudnya penyakit seperti kanser.
Pada tahun lalu,William C Campbell, Satoshi Omura dan Youyou Tu terpilih memenangi hadiah Nobel Perubatan kerana penemuan mereka tentang ubatan anti parasit.
Hadiah Nobel dianugerahkan oleh Yayasan Nobel sejak tahun 1901 dalam beberapa bidang utama seperti sains, perubatan, ekonomi, dan kesusasteraan bagi mengiktiraf pencapaian penting para ilmuan terhadap kehidupan dan tamadun manusia.- CARI