View: 181915|Reply: 1230
|
Neelofa & Fattah Amin dilanda CINTA LOKASI? #LowFat #surihatimrpilot
[Copy link]
|
|
Edited by bini_fl at 11-10-2016 01:04 PM
iols ada baca dari astro gempak..kalau dh ada tered ni tolong katup la ye.
Miss K mendapat perkhabaran hangat ini dari seorang rakan Miss K, Sheila Serigala. Dakwa Sheila, pelakon kacak Fattah Amin dan pengacara serta usahawan berjaya, Neelofa kini sedang hangat dilamun cinta.
Bibit-bibit mesra itu pula mula timbul semenjak mereka digandingkan dalam drama bersiri terbaru arahan Michael Ang dan Hadith Omar yang berjudul Suri Hati Mr. Pilot.
Pada mulanya, Miss K tak percaya juga. Biar betul Fattah bercinta dengan Neelofa? Tapi, apa yang disampaikan oleh Sheila membuatkan Miss K berfikir sejenak, mungkin juga khabar ini benar.
Sheila mendapat khabar ini dari salah seorang rakannya yang terlibat dalam produksi drama bersiri tersebut. Menurut rakan Sheila, semenjak mereka digandingkan bersama, Fattah dan Neelofa selalu menghabiskan masa berdua.
Nak cakap menghayati watak atau mendapatkan keserasian pun tak juga, sebab selepas babak mereka selesai pun, mereka nampak mesra macam orang yang sedang hangat bercinta.
Jika diamati, Neelofa dan Fattah sering memuatnaik gambar bersama di laman Instagram masing-masing untuk mempromosikan drama bersiri tersebut.
Namun begitu, Sheila yang memang Miss K kenali sebagai seorang stalker tegar ini mendakwa rakan-rakan rapat Neelofa sering meninggalkan komen 'nakal' yang mengusik Neelofa dan Fattah di gambar-gambar tersebut.
Kalau khabar yang disampaikan oleh Sheila benar, apa salahnya sebab masing-masing pun menyandang status solo. Selepas putus cinta dengan Datuk Hans Isaac, Neelofa masih belum berpunya.
Fattah pun masih solo semenjak hubungan cintanya bersama Sherry Ibrahim kandas di tengah jalan. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua gitu!
Lagi pun sesuai sangat mereka berdua tu, si jejakanya merupakan bekas Hero Remaja, si gadisnya pula penyandang gelaran Dewi Remaja! Sesuai betul hero bercinta dengan dewi!
sumber: http://www.astrogempak.com.my/ar ... ilanda-Cinta-Lokasi
Ini pula kenyataan dr Michael Ang di berita harian:
Neelofa dan Fattah memang sedang 'bercinta' - Michael Ang
ISNIN, 10 OKTOBER 2016 - 11:37PM Oleh: Muhamad Fairoz Azizan [email protected]
NOOR Neelofa dan Fattah Amin. KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini, pelakon Noor Neelofa, 27, dan Fattah Amin, 26, sering memuat naik gambar keintiman mereka di laman sosial sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat, apakah kedua-duanya sedang dilamun cinta. Tidak menafikan desas-desus itu, pengarah, Michael Ang, mengakui dua pelakon terbabit sedang menjalinkan hubungan cinta di lokasi penggambaran drama berjudul Suri Hati Mr Pilot. "Ya, mereka memang bercinta di lokasi drama ini. Tetapi, di luar set saya tidak tahu sama ada mereka memang intim atau sebaliknya.
"Keserasian mereka membintangi drama ini jelas kelihatan dan masing-masing sangat 'memberi' apabila membabitkan babak intim. Itulah yang saya mahukan," katanya ketika ditemui pada majlis ulang tahun ke-20 Astro di Pusat Penyiaran Asia di Bukit Jalil, petang tadi. Enggan mengulas lanjut gosip mengatakan kedua-dua bintang muda itu dikatakan turut intim di luar lokasi penggambaran, Michael sebaliknya berkata, beliau tidak masuk campur urusan peribadi pelakonnya. "Kalau benar mereka bercinta, itu hak peribadi mereka. Tetapi, di dalam set saya, mereka memang benar-benar bercinta. Saya juga tidak sangka, Neelofa bukanlah seperti apa yang saya dengar daripada mulut orang," katanya.
Kagum dengan kesungguhan dua teraju utamanya dalam menghayati watak, Michael mengakui dirinya melihat ada peningkatan dan kesungguhan ditunjukkan kedua-dua bintang utama drama berkenaan. "Sebelum ini, saya hanya mendengar orang berkata Neelofa tidak boleh berlakon. Malah, Fattah sendiri sebelum ini pernah dilabel sebagai kayu. "Tetapi, dalam drama ini, mereka nyata tidak seperti apa yang saya pernah dengar dan nampak. Bahkan, Neelofa mampu menghayati watak dengan baik sehingga mengalirkan air mata apabila membabitkan babak sedih," katanya. Kata Michael, beliau sekali lagi cuba memberikan kelainan menerusi drama arahannya apabila kali ini memilih untuk menggandingkan Neelofa dengan Fattah.
Sebelum ini beliau berjaya mencipta keserasian antara Alif Satar dan Siti Nordiana menerusi drama Dia Semanis Honey, sehingga naskhah berkenaan menjadi bualan ramai.
"Saya mahukan kelainan dan tidak suka menggunakan gandingan pelakon yang sudah biasa dilihat kerana penonton memang tahu keserasian mereka. "Apa yang saya bawa ini sesuatu yang berbeza dan yakin drama ini juga meninggalkan impak seperti Dia Semanis Honey kerana keserasian Fattah dengan Neelofa tidak dijangkakan ramai," katanya yang turut menghasilkan sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu untuk slot Akasia di TV3.
Pengarah itu turut menjelaskan, biarpun dilihat intim dan mesra dalam drama terbabit, beliau cukup memahami serta mematuhi garis panduan membabitkan babak bersentuhan kedua-dua pelakon berkenaan bagi menghormati imej Neelofa dan penonton beragama Islam.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200898?m=1
|
|
|
|
|
|
|
|
I dun think neelofa hengen pun kt patah amin |
|
|
|
|
|
|
|
promosi drama je tewwww.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin helok FA ni sejak makin sado. Dulu drama akasia dia tu, jujurnya iols rasa cam nak hempuk dia sebab berlakon acah2 palyboy tp hazab mata memandang gaya playboy dia bawak tu. tapi now..phew! |
|
|
|
|
|
|
|
Fattah , setakat muke helokkk, duit banyak keee...neelopak pandang tu taw |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by twinkystar at 2-11-2016 02:23 PM
Mmg nampak gaya rapat semacam.melekat je dkt drama set.segala benda nak update dkt ig story masing2 tiap hari.fattah golek2 atas katil,merangkak pun ada dlm ig story neelofa
Tapi maybe cinta lokasi je.abis drama abis la jugak story dorg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anyway TT taknak bukak cter cinta zizangg mirafilzahgarit mula bersemi |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Tp neelopak tu lupe ke dia dah pg title hajjah..beragak la nk pegang tepuk tampar dgn si patah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lopak HP berjahit kat tangan... kat makkah pon HP berjahit kat tangan.. mcm tak fokus buat haji.... memanjang selfie... tak boleh ke lupekan sekejap hal2 dunia.. mentang2lah senang nak dpt pergi... sila tgk perangai seseorg lepas balik dari haji... sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
bkn ke patah ngan ahkak fazlina...
tp aku ske je lopa ngn patah...pdn uols
mlm ni kn start cite tu |
|
|
|
|
|
|
|
tengok prebiu drama pn geli jah tengok lakonan lopah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MINNIElove at 10-10-2016 02:48 PM
ala gosip nak promot drama la tu.... iols x rasa lopak nk dgn abg patah .... lopak ni x sesuai belakon intonasi bunyi mcm mengacara je.... |
|
|
|
|
|
|
|
yes..mlm ni..tak sabar nak tengok
mata agak terganggu sikit tengok teaser yg lopa pki dress putih ketat sambil lari2...buah2an beliyau bergoyang
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat ig nmpk giteww leerr..tapi tak tau kot bertahan lepas abis shooting.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama ah weh..aku smpai xleh tgk muka. rs nk tumbuk je dgn badan cekeding acah2 nak playboy. tapi tgk skanggg aummmm aummmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-10-2016 02:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aduradura replied at 10-10-2016 02:30 PM
Anyway TT taknak bukak cter cinta zizangg mirafilzahgarit mula bersemi
Siap post gmbr bakal MIL ..MF smua guy nak try |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pasti keturunan tak perlu dperbaiki gitu...dna santek 2/2 sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pasti keturunan tak perlu dperbaiki gitu...dna santek 2/2 sekali |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHHAAHA mengikut lopak ni i ols tak rasa dia nak kat FA. mmg FA hensem tapi bab duit belum tentu se hensem muka he ols.
sekian |
|
|
|
|
|
|
| |
|