CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Novel: Makmal

  [Copy link]
 Author| Post time 25-11-2016 10:53 AM | Show all posts
ok, kita sambung lagi ya..


ADI hempas helmet di atas sofa. Tubuhnya direbahkan malas. Memandang bilah kipas yang sedang berpusing menambahkan lagi keserabutan fikirannya ketika ini. Anne...satu nama yang pernah menghuni hatinya satu ketika dulu. Satu nama yang juga pernah memberi kasih sayang yang tak berbelah bagi padanya dan satu nama yang juga membuatkan hatinya remuk redam dek kerana sikap Anne yang curang. Tadi, muncul Clarisa mendakwa kakak kepada Anne. Malah apa yang lebih pelik, Clarisa mendakwa Anne sudah hilang!!


Adi meraup muka. Lama. Hampir sepuluh minit, tangan yang meraup muka dilepaskan. Adi melihat sekitar ruang tamu pangsapuri yang dihuninya. Lan dan Tajul tiada di rumah. Sunyi sepi. Kenangan bersama Anne kembali berputar. Satu demi satu...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2016 11:02 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-11-2016 10:26 AM
sabar zam...
cerita ni dah huru hara..hahhaa

huru hara @Ipo style takpe confirm sampai ending...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2016 09:37 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-11-2016 10:53 AM
ok, kita sambung lagi ya..

Ala..awat hang berenti lagu tu? Suspen betui la
Cepat la sambung!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ipo...bila nak sambung...
Lamanya Adi duk ingat kisah chentanya dengan Anne..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 10:24 PM | Show all posts
cengkihgirl replied at 30-11-2016 07:15 PM
Akak ipo...bila nak sambung...
Lamanya Adi duk ingat kisah chentanya dengan Anne..

Lambat lagi nak sambung, tengok bola dulu
Chelsea dah nak menang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 10:26 PM | Show all posts
cengkihgirl replied at 30-11-2016 07:15 PM
Akak ipo...bila nak sambung...
Lamanya Adi duk ingat kisah chentanya dengan Anne..

Lambat lagi nak sambung, tengok bola dulu
Chelsea dah nak menang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-12-2016 10:13 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 4-12-2016 03:41 PM

ok sambung sikit hari ni..
Chelsea dah menang!!


ADI membelek malas buku rujukan mikrobiologi yang baru dipinjam dari perpustakaan. Buku yang dicadangkan oleh Prof Yadav semalam semuanya sudah dipinjam oleh Usop. Huh! Cepat saja mamat tu! Sudahlah buku tu terletak di bahagian 'red spot'. Haruslah berebut pelajar  nak dapatkannya. Buku yang dibelek itu dibaca sepintas lalu. Dulu buku itulah yang selalu menjadi rebutan pelajar untuk rujukan kerana pensyarah sendiri yang mencadangkannya.

"Gila aku nak baca semua ni.." Keluh Adi, tangan masih membelek helaian demi helaian buku Brock Biology of Microorganism itu.

Bosan menelaah, Adi bangun dan merayap di rak bahagian buku sastera pula. Satu persatu buku yang tersusun rapi itu diperhatikan. Banyak buku sastera karya sasterawan negara. Namun apa yang nyata, bukan karya A. Samad Said yang menjadi tumpuannya. Matanya lebih tertarik pada satu deretan novel. Satu buku ditarik perlahan keluar dari rak.

"Emm..Doctors.." Tersenyum membaca tajuk novel yang kini sudah berada di tangan.

Adi melabuhkan punggung di antara rak-rak di situ. Novel Inggeris itu dibaca penuh khusyuk. Lenguh bersila, kedua kaki dilunjurkan pula. Mata masih melekat pada helaian novel yang kini sudah separuh dibaca.

"  Please, stop pushing me!"

"Who's that guy??!!"

"  Please, this is library."

Adi yang khusyuk membaca, terganggu seketika dengan perbualan dua orang di sebelah rak. Pertengkaran yang tak sepatutnya berlaku dalam perpustakaan. Jelas suara si lelaki meninggi pada si perempuan. Matanya kembali menatap pada halaman mukasurat novel.

"  Please, just leave me alone or else.."

"What?"

Adi sekali lagi terhenti pembacaannya. Novel ditutup dan dia bingkas bangun. Suara si lelaki semakin keras menerjah telinganya. Dari celah buku di atas rak, jelas dia melihat si lelaki sudah merah padam mukanya. Si perempuan pula tidak berkutik bila kedua tangan si lelaki sudah mengepung. Adegan yang cukup dibencinya selama ini bakal akan berlaku bila-bila masa. Cepat-cepat Adi berjalan dan mengintai dari lorong di hujung rak. Ya, betul telahannya. Si lelaki cuba membuat perkara tidak senonoh pada si perempuan. Perlahan dia mendekati pasangan itu.

"Ehem! Sorry bro, this is library." Adi mula bersuara.

"Kau siapa?"

Adi senyum sinis. Soalan lelaki itu bernada marah. Matanya beralih pada perempuan yang sudah tunduk. Rambut ikal perempuan itu hampir menutupi wajah putih. Ada iras gadis Cina.

"Tak penting aku siapa, yang penting, kalau kau nak berdrama kat sini, this is not the right place. Please, find somewhere else." Adi sekali lagi bersuara.

Tanpa diduga, lelaki itu terus saja menarik kasar tangan si perempuan cuba untuk keluar dari situ. Adi hanya memerhati tetapi perempuan tadi sempat berpaling padanya dengan pandangan sayu. Mata berkaca.

"  Please..."

Hanya itu yang terkeluar dari mulut perempuan itu. Adi tergamam. Sekali lagi perempuan itu berpaling padanya.

"Wait!!" Adi mula mengejar. Langkah dihayun laju. "Lepaskan dia."

"Hey, kau siapa??"

"Aku boyfriend dia. Husband to be. So??" Dengan wajah selamba, Adi cuba berlakon.

"Oh..jadi kau yang dah racun fikiran Anne??"

Belum sempat Adi bersuara, satu tumbukan padu sudah mendarat di pipinya. Ah! Rasa nak tercabut rahang!

"Stop it! Yes, he's my boyfriend and he's my husband to be!"

Adi tergamam. Anne tiba-tiba sahaja memegang erat tangannya.

Lelaki itu beredar dengan muka merah padam namun Adi dapat merasa rasa dendam lelaki itu padanya.




SENYAP. Suasana bising di kafeteria itu tidak sedikitpun mengubah keadaan dua insan di sebuah meja. Anne dan Adi diam tanpa sepatah kata. Adi pula masih menggosok rahangnya yang terasa kebas. Mujur giginya tidak berterabur!

"Maaf..saya benar-benar minta maaf pasal tadi." Akhirnya Anne bersuara. Segelas sirap limau dihulur kepada Adi.

"It's okay.."

"Saya Anne...you?" Anne menghulurkan tangan.

"Adi." Jawab Adi tanpa menyambut huluran tangan Anne.

Senyap lagi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sesekali Adi meneroka wajah milik Anne. Ada getaran pada hatinya. Cepat-cepat dia melarikan matanya ke arah lain bila Anne mendongak semula.

"Thank you so much." Anne sekali lagi bersuara. Nafas ditarik dalam dan dihembus lemah. "Dia tak pernah berubah. Dia terlalu mendesak. Saya tak suka. Then, saya cuba nak putus tapi dia tetap mengejar saya. So, saya confess yang saya sudah ada teman lelaki istimewa dan bakal berkahwin tak lama lagi..."

Adi hanya pasang telinga. Malas sebenarnya hendak mendengar luahan hati Anne. Malas juga untuknya bertanya siapa 'Dia' yang dimaksudkan oleh Anne. Biarlah gadis itu melemparkan segala yang terpendam di hati. Bukan halnya untuk mengambil tahu hal orang lain. Lebih-lebih lagi perempuan.

"And you telah muncul sebagai my husband to be. What coincedence.. really appreciate that. Anyway, I hope you tak serius apa yang you cakap tadi. So sweet.." Anne menguntum senyum.

"What did I say?!" Adi pula terkebil-kebil. Cuba berpura-pura tidak sedar apa yang sudah dilontarkan di perpustakaan tadi.

Anne hanya senyum. Rona merah di wajah lelaki berkulit sawo matang itu terserlah. Wajah lelaki itu ditatap lama.

"Okay, terima kasih belanja minum.  I ada kelas.  So, I need to make a move. Nice chatting with you."Adi bingkas bangun. Tidak betah dia berlama di situ. Tenungan Anne bila-bila masa boleh merobek hatinya sekarang ini.

Adi tergesa-gesa melangkah meninggalkan kafeteria menuju ke kelas.




"HOI!! BERANGAN!!"

Adi terkejut. Lamunannya terhenti. Tajul dan Lan sudah tersengih di belakang. Entah bila mereka tercegat di ruang tamu itu. Matanya dikalih pada jarum jam di dinding. Sudah pukul satu pagi. Malas melayan Lan dan Tajul yang sudah duduk di sofa, dia menuju ke bilik. Esok, dia sudah berjanji dengan Ojie. Kes yang disuruh ayah Ojie masih belum ada jalan penyelesaian dan Chad juga masih belum menghubunginya, tiada khabar berita tentang jelmaan perempuan berbaju biru lusuh itu.

"Adi, lepak la dulu." Lan ambil sepotong rokok dan dinyalakan. Rakus disedut.

"Aku masuk tidur dulu."  Adi pandang Tajul dan Lan yang masih segar bugar sedangkan tadi rasanya mereka berdua itu baru dari pagi tadi sudah keluar dari rumah. Mungkin terus ke kelab selepas waktu kerja. Malam buta baru nampak batang hidung semula.







Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 12:34 PM | Show all posts
Wah...pertemuan Adi dan Anne
Awat sikit sangat sambungnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah dah ada sambungan.
Adi tu dah crush kat Anne..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 10:47 PM | Show all posts
emm..masih tak ada sambungan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2016 12:06 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 26-12-2016 11:40 AM
cengkihgirl replied at 25-12-2016 09:47 PM
emm..masih tak ada sambungan...

belum ada dik cengkih..
sibuk......
aci tak, citer ni dah tak ada sambungan?? mulai tahun  depan dah tak berapa active dah..


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 07:00 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-12-2016 12:06 PM
belum ada dik cengkih..
sibuk......
aci tak, citer ni dah tak ada sambungan?? mulai tahun  dep ...

eh mana aci???
teruja laa mokcun masuk sini..ingatkan ada la sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 02:29 PM | Show all posts
Park dulu. Nanti nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 09:39 AM | Show all posts
Ipo replied at 26-12-2016 12:06 PM
belum ada dik cengkih..
sibuk......
aci tak, citer ni dah tak ada sambungan?? mulai tahun  dep ...

Mana aci?
Kena kasi habis kak
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 02:29 PM | Show all posts
tajuk pon makin pendek makin pendek.. last2 nanti tinggal KOLIA jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 04:19 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-12-2016 04:22 PM
cmf_conan replied at 29-12-2016 02:29 PM
tajuk pon makin pendek makin pendek.. last2 nanti tinggal KOLIA jek



lama2 tak dak tajuk
aku dah tak tahu hala tuju dah citer nih


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 11:46 AM | Show all posts
ipo.. hang dah takde idea ka..

bod ni sendu.. semua citer hanging
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 03:20 PM | Show all posts
uwaaaaaa...
belum ada sambungan..
kakak mari sini sambung!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 04:12 PM | Show all posts
Ipo replied at 25-11-2016 10:26 AM
sabar zam...
cerita ni dah huru hara..hahhaa

hahahaha... ok2... chaiyok2
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 05:18 PM | Show all posts
Awat sendu dah ni..
Ipo, hang pi mana??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.096292 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list